MIAAILA99
Zayrash Iskandar dan Mawar Inara pernah berkongsi segala-galanya, gelak tawa, impian dan harapan masa depan. Mereka membesar bersama di dalam sebuah kampung kecil yang damai dan persahabatan mereka begitu erat, seolah cahaya dengan bayang.
Selepas tamat sekolah, Zayrash mendapat tawaran belajar ke luar negara dan terpaksa meninggalkan masa silamnya termasuk Mawar.
"Aku... Dapat tawaran belajar ke luar negara."- ZAYRASH
"Wah Tahniah! Saya bangga dengan awak! Tapi... Awak takkan lupakan persahabatan kita, kan?"- MAWAR
Gadis itu pula hanya kekal tinggal di dalam kampung, menjaga ibunya yang sedang uzur. Walaupun berjauhan, Mawar tidak pernah lupa, setiap kejayaan Zayrash disambut dengan doa.
Tujuh tahun berlalu dan kini Zayrash kembali ke tanah air sebagai tokoh muda yang berjaya, pemilik syarikat perniagaan tersohor, hidup mewah dan dikelilingi orang ternama. Namun, setiap kejayaan itu dia lupa dengan satu nama yang pernah menjadi tulang belakangnya dahulu, Mawar Inara.
Dengan takdir yang sudah ditentukan oleh tuhan, dengan secara tidak sengaja, mata mereka berpaut semula setelah sekian lama terpisah tetapi hubungan mereka tidak seperti dulu lagi. Zayrash bertukar menjadi seorang yang dingin terhadapnya.
"Kau selalu fikir kau beri cahaya.. tapi sejujurnya, sejak kau datang, semuanya jadi kelam."- ZAYRASH
"Kenapa cara layanan awak terhadap saya berbeza berbanding dulu? Sebab apa awak jadi macam ni?"- MAWAR
"Sebab kau."- ZAYRASH
Tetapi apa yang dia tidak jangka, hatinya mula goyah apabila melihat senyuman Mawar, senyuman yang pernah menjadi kekuatannya di waktu kecil. Dia betul-betul terperangkap dengan perasaan yang berbolak balik.
"Diam aku jaga, jauh aku lindung."- ZAYRASH
Adakah dia sudah jatuh cinta pada bidadari tak bersayap itu? Adakah kasih yang tersembunyi itu akan menembusi dinding sunyi? Ataukah dia kekal menjadi rahsia dalam diam yang abadi?