flowerss70
[COMPLETED]
Semua orang fikir Hana ialah pelajar contoh.
Dia bijak, rajin, sentiasa tersenyum di sekolah.
Guru memuji, rakan-rakan mengagumi, dan ibu bapanya yakin dia akan berjaya.
Tapi di sebalik senyuman itu, Hana menyimpan luka yang tiada siapa nampak.
Setiap hari, dia belajar untuk menjadi "anak yang sempurna" di mata ibu bapa yang tegas.
Setiap malam, dia berperang dengan anxiety dan depression yang menyesakkan dada.
Hana pandai menyembunyikan perasaan-sehingga tiada sesiapa percaya bahawa dirinya hampir runtuh.
Namun, topeng itu semakin lama semakin berat untuk dipakai.
Adakah ada sesiapa yang benar-benar nampak hati Hana sebelum semuanya terlambat?
Atau senyumannya akan kekal menjadi rahsia terakhir yang dia tinggalkan?