MissDiraa
6 stories
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT] by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 16,491
  • WpVote
    Votes 472
  • WpPart
    Parts 19
𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berlalu, mahligai yang dibina musnah akibat dengki dan jahilnya manusia. Dikhianati oleh sahabat baik dan dibuang oleh lelaki yang cintai. Sakitnya luar biasa. Namun siapa sangka, aturan Dia itu begitu indah hingga membawa kebangkitan Rose Aralyn ke laluan yang benar. "Saya tak perlukan duit. Saya cuma perlukan ilmu dan usaha. Duit hanya buat orang tamak dan saya tak nak jadi orang yang tamak." - ROSE ARALYN Benarlah kata orang, kesabaran mampu mematangkan diri. Dua tahun menjadi pengajaran di dalam hidup sehinggalah... "Melampau? Betul, saya memang dah melampau. Tapi saya nak betulkan semula apa yang silap dulu. To let you go is my biggest regret. Even if you insist to go, I should have stayed with you." - AMMAR UKAIL Satu pertemuan membawa jiwa Rose dan Ammar ke masa lalu. Tidak cukup itu, datang seseorang yang pernah menghancurkan mereka kembali membuat onar. "Tak payah acah-acah nak datang sini, jalang!" - NUREEN RAUDHAH Kendala membawa mereka patah dan kecewa kembali. Akankah ada sirna menanti, jika penghujungnya terselit nyeri? Mampukah jiwa bertahan di dalam dunia yang terlihat kejam ini? "Im not sure I can be happy without you. Kalau kau nak pergi, silakan. Tapi jangan pernah minta aku untuk lupakan kau." - AMMAR UKAIL Kehendak kita adalah harapan yang biasa. Kehendak-Nya adalah kepastian yang luar biasa. "Kerana perpisahan itu, mengajar siapa saya yang sebenarnya..."
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 642,323
  • WpVote
    Votes 28,984
  • WpPart
    Parts 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 1,462,793
  • WpVote
    Votes 46,523
  • WpPart
    Parts 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 [TERBIT] by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 1,412,431
  • WpVote
    Votes 189
  • WpPart
    Parts 7
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚 "Jangan harapkan cinta daripada aku." Hanya disebabkan satu kejadian, mereka akhirnya disatukan. Maruah keluarga terus menjadi pertaruhan apabila kekasih yang dicintainya selama enam tahun terus menghilang. Pedih? Tidak terkata pedihnya saat dia cuba menjaga hubungan itu selama bertahun-tahun. Semuanya sia-sia ketika hadirnya seseorang telah merosakkan semuanya. Tengku Haffaz Daiyan, dia memiliki segala-galanya. Namun, jatuh cinta pada seorang gadis selama bertahun-tahun menjadi titik permasalahan yang membawa amarah besar kepada lelaki itu. "Kau cuma pengganti." - TENGKU HAFFAZ DAIYAN Pengganti. Itulah yang menjadi gelaran buat Darisa Haura. Seorang gadis yang hadir disaat genting hingga menjadi pengantin dalam satu hari. Harga diri menjadi satu keutamaan membuatkan dirinya terjebak dalam kebohongan sendiri. "Sejak awal, aku tak patut pun letak diri sebagai 'pengganti' Nara. Aku tetap kalah dengan Nara. Aku dah penat duduk dalam bayangan Nara." - DARISA HAURA Perkahwinan yang disangka dalam kebahagiaan hanyalah bayangan semata-mata. Kehilangan. Penderitaan. Satu persatu mulai menyempitkan perasaan hingga dia berundur. Namun, takdir membawa mereka bersama kembali. "I always keep my promise. No matter what happen in our future. Insya Allah, aku janji aku tetap jadikan kau bidadari dunia akhirat aku. Cuma kau yang layak untuk digelar bidadari Tengku Haffaz Daiyan." - TENGKU HAFFAZ DAIYAN Saat cinta melebihi apapun, Saat masjid dilanda badai yang kuat, Akankah cinta yang dijanjikan akan kekal abadi seperti yang diungkapkan selama ini? Akankah masjid yang dibina tanpa cinta ini akan kukuh seperti masjid yang lainnya? "Dari-Mu aku datang. Dan kepada-Mu, aku kembali."
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 676,921
  • WpVote
    Votes 28,291
  • WpPart
    Parts 40
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Known as His Perfect Wife Tengku Haziq Rafael | Adelia Amanda "Dia gadis sempurna untuk Tengku Haziq Rafael." Start : 2022 End : 2022 ➾ Cringe storyline ➾ Mental Health ➾ Mature ⚠️ No Plagiarism Allowed