Alieyawy
Aku, Aulia - seorang gadis yatim piatu yang hidup di dua dunia. Siang aku seorang setiausaha biasa di syarikat besar milik CEO paling dihormati, Iqmal Rayyan - lelaki yang setiap wanita idamkan. Kacak, bijak, kaya... dan baik hati. Tapi malam... aku berubah. Aku adalah pembunuh upahan paling dicari dalam dunia gelap. Tiada siapa tahu identitiku. Tiada siapa tahu motifku. Termasuk Iqmal.
Satu hari, aku ditugaskan untuk membunuh sasaran yang sangat tinggi nilainya.
Dan sasarannya adalah...
Iqmal Rayyan.
Kenapa dia menjadi sasaran?
Kenapa aku perlu bunuh lelaki yang selama ini... diam-diam aku cintai?
Lebih mengejutkan, bila Iqmal sebenarnya sudah lama tahu siapa aku. Tapi dia tidak serahkan aku kepada polis. Malah, dia tawarkan satu perjanjian:
"Jangan bunuh aku, Aulia. Sebaliknya, kahwin dengan aku. Aku tahu siapa yang arahkan kau. Dan aku tahu siapa yang bunuh keluarga kau."
Mulai saat itu, hidup aku berubah. Rahsia demi rahsia terbongkar. Aku terperangkap antara cinta, dendam, dan pengorbanan. Siapa sebenarnya Iqmal? Dan apa kaitan dia dengan masa silam aku yang penuh darah?