wiro_duo's Reading List
98 stories
Gelangang Cinta Abadi by sofieve
sofieve
  • WpView
    Reads 6,729
  • WpVote
    Votes 135
  • WpPart
    Parts 15
Di gelanggang volleyball pantai, Fatima, gadis solehah yang taat, tak pernah menyangka hatinya akan terbakar oleh dua insan yang sama sekali berbeza. Mei Ling, gadis Cina yang bebas dan penuh semangat, membawa angin segar ke dalam hidupnya yang tertutup. Ahmad, lelaki kampung yang kasar luar tapi lembut hati, menjadi tempat perlindungan mereka berdua. Mereka membina hubungan yang tak pernah mereka duga: cinta bertiga yang penuh ghairah, kelembutan, dan pertentangan batin. Fatima terperangkap antara iman yang dipegang teguh dan hasrat yang semakin kuat. Mei Ling tak mahu kehilangan. Ahmad tak mahu memilih. Adakah cinta ini rahmat, atau godaan yang akan memusnahkan mereka?
Takdir Tak Menjanjikan Bahagia  by Febryanty656
Febryanty656
  • WpView
    Reads 354,516
  • WpVote
    Votes 12,641
  • WpPart
    Parts 55
Niatnya hanya ingin bekerja sebagai Personal Asistant disebuah syarikat megah, Namun. Tanpa ia sedar. justeru itu adalah permulaan derita yang tak berpenghujung bagi seorang Haura Delisha Hanya dalam satu malam saja, hidupnya berubah dari seorang gadis biasa menjadi isteri kepada lelaki yang bergelar majikannya Disangkanya habis hujan timbul pelangi. Namun. yang datang adalah badai yang membawa kehancuran Bahagia? Mampukah kebahagiaan dia kecapi saat dirinya diperlakukan tak ubah seperti binatang Dipukul Dihina Di jadikan tempat pelampiasan nafsu semuanya hancur tiada lagi yang tersisa Maruah? Hati dan perasaan? Semuanya hancur! Tengku Harraz Rasydan, Lelaki yang bertuhankan ego dan nafsu. lelaki yang tak mengenal apa itu erti kasihan dan cinta lelaki dingin dan kejam Harta, Tahta dan wanita. hanya dengan petik jari saja semuanya ada didalam tangannya "Layan aku malam ni" -Tengku Harraz Rasydan- " Tapi Tu--annn, saya mengandung" -Haura Delisha- PANG! "Aku dah cakapkan, gugurkan budak haram tu. tapi kau degil juga nak jaga kenapa?!" -Tengku Harraz Rasydan "Tuan saya taknak!" -Haura Delisha Ini adalah kisah cinta yang bersulamkan ego dan nafsu semata! mampukah bahagia tercipta bila hati terdera?
DIA CITRA CINTAKU ( IDOL SERIES 2) by sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Reads 3,516
  • WpVote
    Votes 844
  • WpPart
    Parts 88
Ballerina , merupakan cita-citanya sejak remaja . Beraksi di atas pentas , di hadapan khalayak ramai . Bermain piano , sebagai hobi . Setelah ayahnya , Datuk Syed Alwi Ikram dijadikan sebagai inspirasi. Ardini Nadeena , seorang gadis yang berangan-angan tinggi untuk bergelar sebagai anak seni . Malangnya , cita-citanya tidak direstui oleh sang ibunya , Datin Nurin Hafilda . " Ibu tak nak kamu jadi anak seni ." - DATIN NURIN HAFILDA . Ardini sedar , dia dipilih kasih oleh ibunya. Dia cuba sehabis baik untuk merebut hati sang ibunya. Sambung belajar , bukannya dalam bidang kegemarannya . Namun , demi kasih seorang ibu - dia sanggup. " Kalau itu yang ibu nak , Dini akan tunaikan . Asalkan , ibu boleh terima Dini ." - ARDINI NADEENA. Sampai satu saat , hatinya terpaut dengan cinta . " Ardini Nadeena , you satu group assignment dengan I , boleh ?" - MALIQUE IRWAN . Malique Irwan , rakan sekelasnya yang buat pertama kali mencuri hatinya . Dalam diam , Ardini menyimpan rasa . Dengan lelaki itu , dia mempunyai semangat baru . Mendapat dekan setiap sem adalah tujuannya setelah melihat prestasi Malique yang bijaksana dalam akademik . Apabila dia ketahui , lelaki itu menjadi salah seorang ahli dari sebuah kumpulan yang terkenal di Malaysia , En-Dynamic - dia menjadi penyokong setia . Perkembangan Malique , sering diikuti dalam diam . " Saya sedia menjadi supporters awak , Malique Irwan ." - ARDINI NADEENA Pada malam anugerah , takdir mereka bertemu kembali... " Ingat lagi tak saya ? Saya classmates awak masa degree." - ARDINI NADEENA "Ardini , is that you ?" - MALIQUE IRWAN Dia gambaran cinta buat Ardini. Dalam tidak sedar , Ardini juga telah mencuri hati buat Malique . " Ardini Nadeena , you made me fall for you." - MALIQUE IRWAN Kerana Dia , Citra Cintaku.
Althea by astra_dae
astra_dae
  • WpView
    Reads 451
  • WpVote
    Votes 75
  • WpPart
    Parts 31
BACAAN AWAL | ALTHEA UK, 2026. Setelah sembilan tahun mencari, akhirnya Zach Tedros menemukannya. Sebuah kisah kuno tidak bernama, penuh cacat cela, yang disimpan rapi oleh Keluarga Barrington. "𝓐𝓴𝓾 𝓽𝓲𝓭𝓪𝓴 𝓹𝓮𝓻𝓷𝓪𝓱 𝓫𝓮𝓻𝓱𝓮𝓷𝓽𝓲 𝓶𝓮𝓷𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪𝓲𝓶𝓾." . . . Misi Keluarga Barrington hanya satu. Warkah Acheron hanya boleh diserahkan kepada pemiliknya. Abad dan zaman berlalu. Akhirnya, Naomi Barrington, menemukan kunci jawapan. 𝓐𝓵𝓽𝓱𝓮𝓪. Sebuah hikayat lama terkuak. Hikayat yang pernah melukakan dua jiwa. Ceritera kuno tentang cinta dan takdir yang selama ini tidak dimengerti. Poseidon, Hekate, Dyetias, Tiera... Mereka mempunyai agenda tersendiri. Gadis bernama Althea dicari Raja Dyetias. Hadir pula lelaki bernama Ace menjanjikan perlindungan. Lantas, adakah kuasa sakti milik Althea akan menjadi rebutan? Untuk siapa hidup seorang Hilane dipertaruhkan? Demi keserakahan si pemegang kekuasaan atau pengkhianat yang membelitkan benang takdir? Atau mungkin...Althea hanya penawar pada nama. Dan hanya waktu yang mampu menyembuhkan segalanya. "𝓦𝓪𝓴𝓽𝓾 𝓽𝓲𝓭𝓪𝓴 𝓽𝓪𝓱𝓾 𝓮𝓻𝓽𝓲 𝓶𝓮𝓷𝓾𝓷𝓰𝓰𝓾."
Jejak Hijau Nawal  |  C by Lunivienne
Lunivienne
  • WpView
    Reads 4,939
  • WpVote
    Votes 529
  • WpPart
    Parts 43
📚 Hak Cipta Terpelihara © Lunivienne 2025 Karya ini adalah milik penulis dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Sebarang cetakan, penyalinan, terbitan semula, atau adaptasi tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Sokong penulis tempatan dengan membaca secara sah 💛 --- Kadang-kadang, kita tak perlu jadi paling kreatif. Cukup kalau kita paling jujur dan tak berhenti melangkah. Nawal Batrisya, si gadis pendiam dan ceria, baru menamatkan diplomanya dalam seni bina landskap. Dia tidak pernah menjadi pelajar terbaik, bukan juga yang paling menonjol. Tapi dia punya sesuatu yang jarang dimiliki ramai: ketekunan, keikhlasan dan hati yang tak pernah berhenti berharap. Hari pertama di firma landskap yang serba asing menemukan dia dengan Firdaus Hakimi sebagai seorang jurutera awam yang tegas, serius, dan tidak pernah suka kerja sambil lewa. Dia nampak segala kelemahan Nawal... tetapi dia juga nampak potensi yang Nawal sendiri tak percaya dia ada. Mereka bekerjasama dalam projek demi projek, dari taman kampus yang damai hingga landskap hospital yang menyentuh jiwa. Antara teguran, lakaran, dan impian yang mula bercambah benih rasa perlahan-lahan tumbuh, tanpa dipaksa. Namun Nawal tahu, dunia kerjaya tak selalu beri ruang untuk rasa. Dia datang bukan untuk bercinta, tetapi untuk membuktikan sesuatu... pada dunia, dan pada dirinya sendiri. 🌿 Jejak Hijau Nawal ialah kisah tentang jatuh, bangkit, dan menanam harapan walaupun di tanah paling gersang. Tentang percaya bahawa hijau itu bukan sekadar warna, tapi satu perjalanan. 📌 DILARANG PLAGIAT! Start; 5th June 2025 End; 25th July 2025
Tenangmu, Menemukan Aku | SU by Lunivienne
Lunivienne
  • WpView
    Reads 17,413
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 71
📚 Hak Cipta Terpelihara © Lunivienne 2025 Karya ini adalah milik penulis dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Sebarang cetakan, penyalinan, terbitan semula, atau adaptasi tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Sokong penulis tempatan dengan membaca secara sah 💛 --- Dr. Irina Safwah dihantar bertugas ke Kem Iskandar selepas kehilangan sahabat baik dalam kemalangan tragis. Dalam diam, dia membawa luka yang tak kelihatan, insomnia, rasa bersalah, dan hati yang belum sembuh. Kapten Zulfaqar Rauf Al-Fateh, ketua anggota GGK, hidup dengan penuh disiplin, amanah dan fokus. Baginya, tanggungjawab lebih utama daripada rasa. Dalam dunia berbeza, mereka bertemu. Di antara medan latihan dan ruang rawatan, dua jiwa belajar menyembuhkan, bukan dengan kata, tetapi dengan kehadiran yang jujur. Kerana kadang, tenang seseorang itulah yang menemukan semula diri kita. 📌 DILARANG PLAGIAT! Start; 31st July 2025 End;
Detak Janji : Dia أنتِ نبضي. by ___nialunee
___nialunee
  • WpView
    Reads 44,967
  • WpVote
    Votes 2,564
  • WpPart
    Parts 40
Al-Fattha Dayyan x Aezliyna Naura Seorang perempuan bernama Aezliyna Naura datang ke Kuala Lumpur dengan satu niat,nak cari kerja dan bina hidup sendiri. takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki Arab bernama al-Fattha Dayyan. Lelaki itu datang dari Arab dan menetap di Malaysia kerana mengurus serta mengambil alih sebahagian ahli syarikat perusahaan milik ayahnya. Pertemuan mereka bukan dirancang, bukan juga dicari, tapi terjadi begitu saja, seolah-olah takdir memang sengaja menyusun langkah mereka untuk bertemu
LAYAKKAH AKU by uts_yana
uts_yana
  • WpView
    Reads 212,270
  • WpVote
    Votes 5,921
  • WpPart
    Parts 28
Berdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh ayahnya dan dianggap tidak penting dalam hidup ayahnya.... SYAFIQ FARHAN seorang anak berada dan mempunyai pergaulan bebas yang hanya menghabiskan masa keluar setiap malam. 'Tak habis-habis nak ceramah dekat aku. Macam baik sangat je kau ni... kau kena ingat aku jadikan kau isteri pon sebab syarat daddy aku je.. kalau bukan disebabkan daddy yang suruh aku kahwin dengan dengan kau... Memang tak la aku nak kahwin dengan kau euww jijik tau not my taste...Dasar perempuan kampung.. .' - Syafiq Farhan. 'Euwww kampung sangat. Kau ingat Syafiq tu taste perempuan macam kau ke? Jangan nak perasan sangat.' -Sofea 'Umairah, aku tahu kau seorang perempuan yang tabah. Allah bagi kau ujian kerana dia mahu menguji hambanya sama ada kita kuat ataupun tidak menerima ujian tersebut.' -Sumayyah. 'Semoga suatu hari nanti pintu hati abang terbuka untuk berubah. Insyaallah selagi saya ada saya akan bantu abang dengan izinNya.' -Umairah 'Namun ketika mereka ingin bahagia ada sahaja ujian yang mereka perlu hadapi.' 'Mairah harap abang akan jaga anak kita baik baik bila mairah tiada nanty.' - Umairah
DELETE by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 129,196
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 2
delete sebab saya tak suka. muehehehe..