assyaae's Reading List
12 stories
Detik pertemuan kita | C by F_arisya
F_arisya
  • WpView
    Reads 49,524
  • WpVote
    Votes 1,474
  • WpPart
    Parts 36
📖 Sinopsis: Detik Pertemuan Kita Bagi Dr. Nurul Aisyah Hana, cinta dengan lelaki berseragam sudah lama dikuburkan. Luka lama bersama Leftenan Hafiz - lelaki yang pernah curanginya - menjadikan dia berhati kaku, dan hanya fokus pada kerjaya serta kelu Namun segalanya berubah saat dia menghantar abangnya ke pusat latihan tentera laut dan... bertembung dengan seorang pegawai TLDM bernama Leftenan Hazim Irsyad. Tanpa sedar, detik singkat itu menjadi titik mula sebuah cerita yang tak disangka. Ketika Hafiz kembali cuba memenangi hatinya, Hazim pula muncul dengan niat yang berbeza - "Kahwin dengan aku, kalau kau taknak aku akan pastikan Family kau merana" katanya dengan wajah yang serius. Tekanan demi tekanan membuat Hana membuat satu keputusan mengejutkan - bernikah dengan Hafiz. Tapi hidupnya berubah menjadi neraka. Dipukul, dihina, dan dikurung... semuanya dia telan demi menjaga maruah keluarga. Sampai satu hari, Hazim muncul kembali. Dan kali ini, dia takkan biarkan Hana terus terseksa. Layakkah Seorang Nurul Aisyah Hana mendapat kebahagiaan yang dicari selama ini ?. Author : Farisya .
OPERASI RAHSIA: BLACK CODE by Mawarsuri
Mawarsuri
  • WpView
    Reads 62,281
  • WpVote
    Votes 2,459
  • WpPart
    Parts 48
Intan Dahlia merupakan seorang doktor pembedahan yang dengan sukarela menjadi dokter sukarelawan disalah satu kem PASKAL. keputusan Intan, merasakan ia terlalu lama dan berisiko. Hubungan yang dibina bertahun akhirnya terlerai, meninggalkan luka yang dalam dalam hati Intan. Segala penantian dan harapan selama ini ternyata hanya sia-sia. Di kem PASKAL, Intan tidak menjangka akan berdepan dengan cabaran bukan sahaja dari segi profesion, tetapi juga dari segi perasaan. Di situ, dia bertemu dengan Leftenan Dayyan Mikael - seorang pegawai muda yang berkarisma, disiplin, dan juga sahabat baik kepada abang Intan yang juga merupakan Leftenan. Pada mulanya, hubungan mereka hanya terbatas kepada urusan kerja, namun perlahan-lahan, Dayyan mula terpikat dengan keteguhan, sifat garang dan perihatin Intan. Intan yang masih bergelut dengan luka lama tidak mudah membuka hatinya. Namun kehadiran Dayyan yang sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah mendesak, membuatkan Intan mula meragui hatinya sendiri. Adakah ini peluang kedua yang Allah berikan untuknya mencintai dan dicintai? Atau adakah dia masih terperangkap dalam bayang-bayang masa silam? "Operasi Rahsia: BLACK CODE" adalah kisah tentang kecekalan hati seorang wanita, keberanian dalam memilih jalan hidup, dan keindahan takdir yang sering hadir di saat tidak diduga dan juga menunjukkan semangat setia kepada negara serta kekuatan persahabatan. (Dihasilkan pada 2024 dan di post pada 2025)
Her Protector  | ᥴ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,515,202
  • WpVote
    Votes 223,133
  • WpPart
    Parts 72
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
Amor Mio ©️ by itsquinrae
itsquinrae
  • WpView
    Reads 698,785
  • WpVote
    Votes 27,972
  • WpPart
    Parts 69
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan
Kau Aku Kita [C] by cikbutterfly__
cikbutterfly__
  • WpView
    Reads 651,824
  • WpVote
    Votes 24,177
  • WpPart
    Parts 53
Siri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mulanya dia menganggap itu hanya perasaan biasa tapi lama kelamaan dia dapat merasakan dirinya sudah tertarik dengan gadis cantik tersebut dan bertekad untuk memiliki hati gadis itu. Puteri Hasya. Seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang amat cantik dengan kulitnya yang sawa matang. Seorang anak tunggal dan yatim piatu. Ibunya meninggal selepas melahirkannya dan bapanya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia dibesarkan oleh neneknya. Eriq Iskandar. Seorang lelaki yang kacak yang baru menetap di kampung tersebut setelah dihantar oleh ibubapanya untuk sementara waktu dibawah pengawasan atuk dan neneknya "Awak, nah duit awak jatuh tadi" panggil Hasya apabila ternampak duit itu jatuh dari poket seluar Eriq tanpa dia sedar. Eriq mengambil duit tersebut lalu beredar tanpa mengucapkan apa apa. "Elemekk mamat ni bukan nak cakap terima kasih. Dah lah kerek senyum pun tidak nyampah aku" bebel Hasya apabila Eriq sudah jauh kehadapan. ⚠️ 100% from my brain before sleep ⚠️ no plagiat ⚠️ harsh words luv you, cikbutterfly 🦋🤍 Start : 2 Januari 2024 End : 24 June 2024
Purrfect Match | [C] by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,882,419
  • WpVote
    Votes 65,487
  • WpPart
    Parts 68
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs
Hyder Errand : Falsified Love by itsnuhan
itsnuhan
  • WpView
    Reads 2,155
  • WpVote
    Votes 133
  • WpPart
    Parts 15
Pertemuan yang langsung tidak diduga. Antara jejaka dengan gadis ayu. Gadis ayu? Tidak! Perwatakan gadis ini sungguh berbeza. Kasar dan garang! Bagai anjing dan kucing. Begitulah tingkah mereka setiap kali bertemu. Pasti ada saja perkara yang membuatkan mereka bergaduh. Siapa yang mulakan langsung tidak mahu mengaku! Masing-masing langsung tidak mahu mengalah! Kedua-duanya keras kepala! "Tepi la sikit, nak lalu" - Lailatul Aeyna "Kecoh la kau" - Leo Kisah mereka bermula apabila muncul satu perasaan yang sukar ditafsir oleh Aeyna. Cinta? Mana mungkin! Mereka sudah bagai anjing dan kucing, tidak mungkin timbul perasaan cinta? Dada berombak kencang apabila bertemu. Rasa rindu hadir apabila berjauhan. Muncul sifat prihatin saat si buah hati tidak sihat. "Aku suka dia ke? Tak mungkin lah" - Lailatul Aeyna "Eleh, mengaku je la kau suka aku" - Leo Pernyataan yang tidak masuk akal. Binaan mahligai oleh dua mempelai. Kalau dulu bagai anjing dan kucing, kini bagai pinang dibelah dua! Sepadan dan secocok! Senyuman langsung tidak lekang dari wajah mereka. Sungguh manis! Namun, senyuman itu tidak kekal lama apabila hadirnya seseorang yang mampu menggoyahkan mahligai mereka. Seksa! Itulah yang dirasakan Aeyna semenjak suaminya mengenali wanita lain! Senyuman yang dulunya manis kini bertukar pahit. Menangis dan menangis hingga kering air matanya. "Kalau susah sangat kahwin je la dengan dia" - Lailatul Aeyna "Menyusahkan betul" - Leo Sakit. Sangat sakit. Lafaz yang tidak sepatutnya didengar tapi harus diperdengarkan juga. Hidup bermadu sungguh menyakitkan. Lagi-lagi bila tidak adil! "Masakkan untuk kami, kau kan bibik je dalam rumah ni" - Mawar Rossa "Nama macam haiwan peliharaan aku je kau ni" - Kaizen Ammar Mujurlah, masih ada yang berpihak padanya. Dia tidak seorang diri. Dia harus kuat! Dia harus lawan! Dia harus pertahankan mahligainya! Peperangan bermula! 🚫 NO PLAGIAT 🚫 Kalau tersama mungkin tak sengaja! Start : 12 August 2024 End
ZAR |  TERBIT by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 1,622,506
  • WpVote
    Votes 16,882
  • WpPart
    Parts 11
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibirnya kadangkala menyakitkan hati, dengan loghat pekatnya menyebabkan dia berjumpa gadis ini, " Ni Aku hat besaq ragam laguni hang langgaq, awat hang punya mata tu hang letak dekat kepala lutut ka? Harap muka elok, perangai tu pirahh boleh pergi blah!" Tercegang seketika Adwa Naila, membarah hatinya, bukan niat ingin melanggar lelaki ini, namun belum sempat kata maaf dituturkan, terus lelaki ini menyemburnya dengan loghat yang tidak dia fahami, Garang, Tegas! Dua perkataan ini cukup menggambarkan diri Zar Uzair pada pandangan mata Adwa Naila, Zar lelaki yang suka mengarah itu ini, menyusahkan dirinya namun laki-laki ini juga tetap teguh berdiri tatkala hatinya dipatah- patahkan, "Don't give your whole heart to someone called a man" "Because the heart that we always worship and admire is what will poison us" " Engkau kutip sampah yang aku buang" "Aku tak kutip tapi aku ambil kesempatan yang terlalu lama aku tunggu, dia bukanya sampah melainkan anugerah tuhan untuk aku, dan aku bukanlah bodoh, namun lelaki yang cerdik akalnya untuk sentiasa hargai dirinya" "Adwa Naila, Adwa cahaya, Nailah anugerah, hang tau dak maksud nya terhadap aku?" " Maksud awak?" " Adwa Naila adalah anugerah untuk Zar Uzair" " Dan kalau bukan kita yang pikul tanggungjawab ini, siapa lagi? Anggaplah ini adalah jihad yang paling agung yang kita pernah lakukan" "Everyone want to keep us apart" "All I want is always stay beside you Adwa" "But I can't have you, sebab Adwa bukanlah milik Abang sepenuhnya, namun milik Tuhan yang satu" WARNING: THIS STORY IS PURELY FICTIONAL, IT HAS NOTHING TO DO WITH LIFE AND DEATH START: 29 NOVEMBER 2023 END: 25 SEPTEMBER 2024
HANUM (ON HIATUS)  by UnaMyraa
UnaMyraa
  • WpView
    Reads 80,030
  • WpVote
    Votes 5,728
  • WpPart
    Parts 72
HANUM WARDHA × ARYAN DANISH Hidup dicurahi dengan wang. Apa yang diminta boleh didapati dengan petikan jari. Mewahnya lagak sang putri. Namun dia tidak pernah sesekali pun meminta apa apa. Berharap apa apa. Menjadi anak angkat dalam keluarga kaya raya membuat dia rasa bersyukur dan pada masa yang sama dia menyesal. Bersyukur pada awalnya, menyesal pada kemudian hari. Indah khabar daripada rupa. Dia tertipu dengan angan angan yang dinanti. Keluarga bahagia. Namun lebih tepat disebut kesengsaraan. Kisah gelap yang ditutupi di balik pagar gah dan mewah itu tidak akan terungkap. Rumah agam itu bagai sangkar kecil yang mengurungnya di dalam. Pembelajaran tinggi tidak membawanya kemana apabila dia tidak dibenarkan bekerja mahupun keluar daripada rumah. Hidup dikongkong sentiasa tanpa kebebasan. "I have to be a good girl" Sebaris kata yang dipegang teguh selama 20 tahun. Menjadi satu kalimat yang diulang ulang untuk terus bertahan di dalam rumah itu. Segalanya berubah dengan satu keputusan daripada bapanya. Iaitu dia akan dikahwinkan dengan seorang pelumba MotoGP Malaysia. Tidak menolak ataupun membantah kerana dia tahu tiada gunanya. Namun apabila mengetahui siapakah bakal suaminya terus dia mahu menolak perkahwinan itu. Lari. Itu keputusan dia. Mana tidaknya apabila perlu berkahwin dengan musuhnya 11 tahun lepas? Aryan Danish, nama yang tidak ingin diingati mahupun disebut. Namun takdir berkata lain apabila akhirnya dia dikahwinkan jua dan terpaksa hidup bersama sang jejaka. Tetapi si lelaki sudah berubah. Tidak seperti dahulu. Setiap aksinya meninggalkan debaran jantung yang tidak keruan. Sehingga dia akhirnya berharap kepada lelaki itu. Mungkin dia boleh membawa ku kepada kebahagian? Tanpa mengetahui pendustaan yang berlangsung saban tahun meninggalkan diriku di ambang ambang kemusnahaan. Semuanya berubah setelah itu.
Ketua Pengawas by mysteryanonymouss
mysteryanonymouss
  • WpView
    Reads 582,700
  • WpVote
    Votes 32,179
  • WpPart
    Parts 56
Tengku Athirah Qistina Binti Tengku Syahrul Nizam *Panjagn bebenor nama* Athirah kehilangan ibu bapanya ketika dia hanya berumur 5 tahun. Abang-abangnya baru sahaja balik daripada London, jadi mereka berpindah ke Perak. Athirah masuk ke sekolah SMK Iskandar (rekaan sahaja). Keganasannya mengalahkan singa, mungkin boleh dikategorikan sebagai naga. Tengku Muhammad Irfan Bin Tengku Zainal Ketua pengawas yang sangat tegas dengan semua pelajar. Ego, lebih tinggi daripada ketinggiannya sendiri. Guru-guru di sekolah juga amat bangga kerana mempunyai pengawas sepertinya. Pada awalnya, benci Athirah kerana sentiasa membuat masalah di sekolah. Mereka bagaikan anjing dan kucing, ada aja yang mahu digaduhkan. Tetapi seperti orang kata, 'Gaduh-gaduh lama-lama jadi sayang'. Adakah mereka akan tetap benci antara satu sama lain, atau sebaliknya? Selamat membaca~!