hasyalerr
- Reads 281
- Votes 36
- Parts 20
FARAH ALICIA&ADRIEN MIKHAEL
---
Farah Alicia bukan sekadar pelajar biasa di sekolahnya. Gadis berdarah campuran Jerman-Melayu itu sentiasa menarik perhatian ke mana sahaja dia melangkah. Kulitnya putih bersih seperti porselin, manakala mata hazelnya seolah-olah menyimpan rahsia yang sukar diterjemah.
Di padang, nama Farah Alicia sudah tidak asing lagi. Dia lincah, cekal dan sentiasa bersemangat dalam setiap pertandingan. Namun, di sebalik kegigihan itu, satu kelemahan yang tidak pernah mampu disembunyikan ialah pelajarannya. Markahnya sering turun naik, dan dia tahu dunia akademik bukanlah gelanggangnya yang sebenar.
---
Adrien mikhael memang terkenal di sekolah - bukan sebab dia pelajar contoh, tapi sebab kenakalannya yang tak pernah habis. Setiap minggu ada saja cerita baru tentang dia kadang-kadang ponteng perhimpunan, kadang menyakat pelajar perempuan sampai satu sekolah bising menyebut namanya.
Namun di sebalik perangainya yang suka buat huru-hara, Adrien bukan budak sembarangan. Dalam sukan, dia antara yang paling hebat. Tak kira bola sepak, bola jaring, atau olahraga, nama dia mesti naik. Dalam kelas pun, walaupun nampak macam tak ambil peduli, markahnya sentiasa tinggi - cukup untuk buat ramai yang tertanya-tanya macam mana budak nakal macam dia boleh sepandai itu.
Rambutnya selalu sedikit kusut, tali leher sekolah jarang terikat betul, tapi bila dia senyum - senyum nakal yang penuh yakin itu - ramai pelajar perempuan terus cair. Adrien Mikhael tahu dia popular, tapi dia tak pernah kisah. Dia cuma jadi diri sendiri - bebas, nakal, dan sukar dikawal.
---