vxntynaa_-'s Reading List
10 stories
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,572,753
  • WpVote
    Votes 82,781
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,302,654
  • WpVote
    Votes 91,144
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Class Of Soldiers (Trained To Study, Forced To Fight) by vxntynaa_-
vxntynaa_-
  • WpView
    Reads 291
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 10
✨ Class of Soldiers ✨ Sekumpulan pelajar Tingkatan Enam dipilih sertai latihan ketenteraan khas untuk melawan makhluk misteri bernama sfera. Mereka dipaksa hadapi hari-hari sukar, latihan berat dan kehilangan kawan demi satu tujuan: mengumpul markah tambahan penyertaan (MTP) sebagai tiket masa depan. Dalam dunia yang makin kacau, mereka belajar tentang keberanian, pengorbanan dan erti jadi askar walau masih bergelar pelajar. Setelah menyarung uniform tentera, pelajar-pelajar itu atomatik akan didewasakan oleh keadaan. Mereka juga belajar untuk menghargai selagi 'ada' antara satu sama lain-dalam peperangan ini mereka jadi lebih rapat dan baik. Trained to study, forced to fight. Watak : Leftenan Han ( ketua ) Sarjan Azriq ( 2nd command, urus training dan arahan) Prebet Afiq (ketua platoon) Prebet Farhan (2nd Presiden kelas) Prebet Sheng Prebet Marcus Prebet Syahfi Prebet Zarif Prebet Wafiy Prebet Ammar Prebet Adila (ketua platoon , presiden kelas) Prebet Nurin Prebet Riesya Prebet Ryna Prebet A-na Prebet A-sya Prebet Athirah Prebet Aleesya Prebet Hana Prebet Fieya Prebet Maira Prebet Siti Prebet Syahanas Watak utama : Leftenan Han, A-na , A-sya , Riesya , Ryna , Nurin, Adila , Marcus, Afiq, Genre : Romance , friendship , thriller, aksi , sci-fik
I Love You Abang PASKAL ✔️ by Nies02_
Nies02_
  • WpView
    Reads 413,154
  • WpVote
    Votes 12,715
  • WpPart
    Parts 22
(Free read) EBOOK "Kalau macam tu, awak pilih la saya. Saya faham dengan kerja awak." -Hanie Khayrianna- "No...Sorry Hanie. Awak adik Hanif, saya dah anggap awak macam adik." -Mohd Jefry @ Darren Wang- © 2018 hoseokwifeu02 21.12.2018 (End) Ranking #1 (16/12/2020)
MAMAT POYO,SUAMI CIK CHIPMUNK!! [slow update] by syyamni
syyamni
  • WpView
    Reads 1,811
  • WpVote
    Votes 500
  • WpPart
    Parts 29
Tengku daniel hafiy seorang yang sentiasa menjaga keterampilan dirinya. Tengku daniel hafiy menolong datuknya mengurus syarikat. Raisya Adelia seorang yang menjaga maruah diri. Raisya Adelia juga menolong ayahnya menguruskan syarikat. Demi menjaga nama syarikat, ahli keluarga Raisya Adelia dan Tengku daniel hafiy membuat keputusan untuk bekerjasama. Mereka bertemu disebabkan mereka perlu menjalankan misi dan perlu berkerjasama. "I am always by your side, if you feel sad I am here for you, tell me what you feel Raisya Adelia, I don't want to see you sad alone, I am here for you" -daniel hafiy- "No Daniel, you don't understand what I feel, you never know what I feel, I'm trying to accept everything that's happening right now but it's making my heart hurt more and more, aku penat daniel, aku penat nak hadap semua benda ni..kenapa aku yang kena hadap? Why daniel?" -Raisya Adelia- "Semua orang tak sempurna Raisya,tiada manusia yang sempurna, aku pun tak sempurna but kita boleh perbaiki diri kita right?" -daniel hafiy- "Aku takut..macam mana kalau aku tak boleh nak bahagiakan kau daniel hafiy? Aku bukan perempuan sempurna untuk kau" -Raisya Adelia- "Aku akan cuba bahagiakan kau Raisya Adelia" -daniel hafiy- Adakah cinta akan berputik sewaktu mereka bekerjasama? Apakah perasaan Raisya Adelia terhadap Tengku daniel hafiy, seorang yang tampan? update bila ada masa..thank you kepada yang sudi membaca karya saya..💞🌹 ❗❗❗ saya tidak mengizinkan sesiapa sahaja copy paste karya saya..ini adalah 100% idea saya tiada sedikit pun copy karya author lain..saya haramkan sesiapa yang copy paste karya saya. start: 27.2.2025 @miasharixaa
DIKIRIM SANG PENCIPTA  by vxntynaa_-
vxntynaa_-
  • WpView
    Reads 1,850
  • WpVote
    Votes 68
  • WpPart
    Parts 16
Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah terlalu dedah kepada sosial kerana sikap dan adab yang tinggi dan disanjung. Dia dijaga rapi oleh ibu bapanya sehingga nama dia dikenal di mana mana company. Seorang yang mementingkan kawan, kedudukan, nama, jawatan dan tentulah mama dan papa. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk berpisah dengan mama dan papa. Berkahwin? Nooo , benda yang paling dia mahu elak..baginya marriage is scary. Biarlah itu menjadi perkara terakhir untuknya. Sesuai maksud namanya, Amylea Zaisyar. Seseorang yang rajin , disayangi dan bersinar seperti bulan. Entah apa yang ganggu hidup dia, Amylea telah pun menjadi penghidap penyakit kronik dan tersangkut dengan doktor yang merawat dia sendiri. Adreal Zaidan yang membawa maksud lelaki kuat dan sentiasa berkembang. Pada hari Amylea gugur, lelaki itu bagaikan pokok layu tak bermaya. Mengenang kematian si isteri. Raisya, sebagai sahabat baik Amylea dari kecil dikenali sebagai seorang berhati mulia dan pemurah. Dia tidak pernah menyakiti orang . Dia dipaksa kahwin dengan Adreal memandangkan itu permintaan terakhir Amylea. Amylea tahu Raisya yang terbaik untuk Adreal dan Adreal yang terbaik untuk Raisya. Selepas perkahwinan mereka, Adreal tidak lagi sama seperti dahulu. Dirinya bertukar menjadi seorang yang sangat kejam dan tidak berhati perut. "Kau ingat kau Amylea? Sekali pun aku takkan layan kau macam mana aku layan Amylea!" Kata kata itu berulang dalam kepala Raisya, dia tahu ini bukan Salah dia. Dia tahu Adreal perlukan masa.
Suamiku, Sang Saka Biru? by nunanuna20
nunanuna20
  • WpView
    Reads 466,211
  • WpVote
    Votes 18,973
  • WpPart
    Parts 35
Perkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mungkin tak logik bagi sesetengah pembaca. Boleh skip sekiranya tidak menepati citarasa anda. Terima kasih ;) Just another random short story that came across my mind.. Feel free to vote & comment for me to improve my writing.. Thank you ❤️ Start : 5/3/21 End : 5/8/21 [COMPLETE] [Segala nama, karakter dan situasi adalah rekaan semata-mata & tiada kena mengena dengan yang hidup / mati. DILARANG MENCIPLAK HASIL KARYA SAYA]