poofiey's Reading List
46 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 328,932
  • WpVote
    Votes 29,904
  • WpPart
    Parts 62
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Mr pirate [SPECIAL CHAPTER] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 20,935
  • WpVote
    Votes 1,913
  • WpPart
    Parts 2
Rumah tangga Husna dan Andikha Rafael sentiasa disulami tawa dan bahagia. Mereka mungkin pasangan biasa, namun cinta mereka luar biasa. Namun, saat bulan Ramadan kian menjengah, angin di teratak mereka mula berubah arah. ​Sikap Lanun tiba-tiba menjadi aneh. Lelaki yang dulunya penyayang dan sentiasa ingin berkepit, kini mula menjauh. Emosinya tidak menentu, cepat terasa, kuat merajuk, dan adakalanya meminta perkara yang bukan-bukan! Husna buntu. Haruman kesayangannya yang dulu dipuji Lanun, kini dikata tengik hingga membuatkan suaminya mual. ​Hati isteri mana yang tidak resah? Di sebalik kebisuan dan wajah pucat Lanun, adakah kasih sayang lelaki itu benar-benar sudah pudar?
Bunga Pilihan Takdir by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 56,583
  • WpVote
    Votes 4,907
  • WpPart
    Parts 30
Hamra dalam doa, dia dalam nyata...
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,508,949
  • WpVote
    Votes 80,781
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 456,590
  • WpVote
    Votes 31,071
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026
Dia Adalah Jawapan by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 16,699
  • WpVote
    Votes 1,549
  • WpPart
    Parts 23
Hubungan antara Haifaa Azany dan abangnya telah lama retak sejak pemergian ibu dan ayah. Sejak itu, tiada lagi pelukan hangat seorang abang, tiada lagi ketenangan dalam rumah yang dulu penuh kasih. Dalam hati Haifaa, luka itu berubah menjadi benci. Dan kerana itu, dia tekad. Dia pilih untuk hidup sendiri, menapak tanpa berpaling, tanpa harap pada sesiapa pun... termasuk darah dagingnya sendiri. "Aku takkan tinggal dengan kau! Selepas ibu dan ayah meninggal, kau bukan sesiapa dalam hidup aku!" - HAIFAA AZANY "Kalau kau tak nak aku jaga kau, kau kena cari lelaki yang boleh jaga kau and he need to be your husband. Kalau tak, kau kena tinggal dengan aku. Faham?" - HANIF AZRIL Haifaa nekad. Dia tak mahu tinggal dengan lelaki yang telah meragut nyawa kedua-dua insan yang paling dia cintai di dunia, ibu dan ayahnya. Setiap sudut rumah itu menjadi saksi luka yang tak pernah sembuh. Dan kerana itulah, dia buat keputusan paling drastik dalam hidupnya. "Amirul Hafiz, I nak kahwin dengan you" - HAIFAA AZANY Tanpa ragu, tanpa berpaling, dia pandang wajah lelaki yang selama ini menjadi tempat dia berlindung. Itu bukan kerana cinta semata. Tapi kerana dia mahu lari. Mahu bebas. Mahu bina hidup baru yang tidak lagi dihantui bayang si pembunuh. Dan bagi Haifaa Azany... perkahwinan itu adalah satu-satunya jalan keluar dari neraka yang bernama rumah. Malangnya, si kekasih tidak sedia memegang tanggungjawab sebagai seorang suami kepadanya. "Aku nak kahwin dengan kau. As soon as possible" - HAIFAA AZANY "Kau lamar aku hanya kerana kau tak nak tinggal dengan abang kau? Like seriously?" - WAFIQ EUSOFF Published : *AUGUST 2023*
KESAYANGAN TUN by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 158,899
  • WpVote
    Votes 9,586
  • WpPart
    Parts 41
Unedited version! (may contain typos, repetition, and messy structure). 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 [Drama + Romance] [Spin-off Manuskrip] "Kalau aku kahwin sekali pun hangpa masih orang penting dalam hidup aku. Aku tak akan buang hangpa dua. Hang, adik, Syarifah ... hangpa tiga kesayangan aku."" Mula: 1/1/2025
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 502,047
  • WpVote
    Votes 24,194
  • WpPart
    Parts 54
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024