unamqueen's Reading List
23 stories
Dear Abang Bomba (OG) by hazzelava
hazzelava
  • WpView
    Reads 762
  • WpVote
    Votes 172
  • WpPart
    Parts 6
"Cik tak perlu takut. Saya ada. Cik akan selamat selagi cik ada dengan saya" - Khair Insiden kebakaran yang berlaku menemukan Hana dengan seorang abang bomba kacak. Momen yang sekejap. Tetapi berjaya mencuit hati seorang Hana. Sejak itu, Hana rasa hatinya telah dicuri! Macam-macam helah dia lakukan untuk mengorat abang bomba yang merupakan heronya. "Nama abang apa tadi ya? Hmm susah lah pulak nak sebut. Panggil sayang je boleh tak?" - Hana "Maaf, tapi saya tak berminat nak berkenalan dengan cik," - Khair Tapi abang bomba kita ni hati batu. Sikit pun dia tak lut dengan ayat-ayat manis bergula Hana. Namun, air yang tawar, jikalau terus digaulkan dengan gula tetap akan manis kan? Tanpa sedar, hati Khair juga mula berdebar diketuk perasaan aneh. Dinding keras yang dibina memagari hatinya selama bertahun sedikit demi sedikit kian retak dengan kehadiran Hana. Perpisahan terjadi. Namun takdir menemukan mereka sekali lagi. Kala itu, Khair sedar. Hana adalah jawapan kepada doa yang dia langitkan selama ini. "Bukan kerana bertemu lalu kita berjodoh, tetapi kerana berjodohlah lalu kita bertemu," - Khair Ini kisah Hana yang gedik dan abang bomba dia yang nonchalant. Kisah yang aneh... tapi manis. Yang membara panas.... tapi hangat. Ini, Kisah mereka. ⚠️ CRINGE OVERLOADED!
Takdirku Bukan Kita  by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 12,646
  • WpVote
    Votes 559
  • WpPart
    Parts 7
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat?
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 469,317
  • WpVote
    Votes 25,134
  • WpPart
    Parts 62
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❀️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #5 Romance #5 Revenge #6 Bromance #6 Cute #6 Clingy #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
Takdir terakhir kita | OG by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 611,467
  • WpVote
    Votes 31,062
  • WpPart
    Parts 65
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail β€’β€’β€’β€’β€’ start : 5 March 2025 end : unknown
π‡π€π‘πˆπ“π‡ 𝐀𝐋-π…π€π‘πˆπ : HIS BEAUTIFUL DEAR [C] by Yunniex_
Yunniex_
  • WpView
    Reads 106,468
  • WpVote
    Votes 5,181
  • WpPart
    Parts 51
[book 1 in foursome series] βŠΉπ‡π€π‘πˆπ“π‡ 𝐀𝐋-π…π€π‘πˆπ 𝐱 ππ€π˜π‹π€ π‡π”πŒπ€πˆπ‘π€βŠΉ Nayla Humaira, gadis yang berusia 21 tahun yang sentiasa ceria dan tersenyum.Memiliki lesung pipit yang melengkapi sifatnya yang periang Harith Al-Fariq, jejaka yang berusia 26 tahun.Mempunyai mata amber dan rambut coklat yang lebat, mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan penampilannya.Tetapi, bukan Nayla Humaira Jangan ganggu saya lagi boleh tak? -Nayla Humaira Kenapa kalau saya ganggu pun? -Harith Al-Fariq Saya tak suka -Nayla Humaira Tapi saya suka -Harith Al-Fariq Semakin dilarang semakin dibuat. Hampir setiap hari dia mesti bertembung dengan lelaki itu. Apa yang dia nak sebenarnya? So you like white rose? - Harith Al-Fariq Saya suka rose je bukan awak! - Nayla Humaira Disebabkan ujian yang ditimpa diri Nayla Humaira,hidupnya mula berubah. Saya taknak buka hati saya lagi buat masa sekarang,sebab hati saya masih belum pulih sepenuhnya. - Nayla Humaira Kalau macamtu, izinkan saya untuk rawat balik hati awak, Humaira. - Harith Al-Fariq Saya tak boleh, Harith. Saya tak kuat. - Nayla Humaira Just cry my dear, let it all out and don't hold back.Setiap kali awak nak menangis, cari lah saya dan lepaskan semua perasaan awak - Harth Al-Fariq Mampukah Harith mengubah kembali kehidupan Nayla Humaira seperti dahulu, walaupun Nayla telah kehilangan sesuatu yang amat berharga didalam hidupnya? Nayla's guardian~ Main song: Jatuh cinta lagi (Nadhif Basalamah) DISCLAIMER!!! ⚠Ini adalah story pertama saya jadi penulisan macam budak kecik ⚠Jalan cerita tersangatlah cringe ⚠Ayat berterabur dan tidak matang ⚠Typo itu wajib ATTENTION❗️ cerita ni akan di unpublish selepas complete untuk di edit start:24 December 2024 end:20 September 2025
π‡πˆπ’ π‹πŽπ•π„π‹π˜ 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑 | 𝐂 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 22,920
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 26
Jelita Nurabella bukan wanita yang mudah ditakluki . Bibirnya manis menutur kata , tetapi hatinya bagai tembok yang tidak bisa dirobohkan . Raja Aqeel , lelaki yang dingin dan penuh misteri , datang menghampirinya , menyusun langkah demi langkah untuk menakluknya . Namun , Jelita bukan wanita yang mudah tunduk pada pesona seorang lelaki , apatah lagi lelaki seperti Aqeel yang seakan memiliki dunia di genggamannya . Dia jual mahal , berpaling setiap kali Aqeel cuba mendekat . Hatinya sudah berikrar , dia tidak akan jatuh semudah itu , tidak akan menjadi seperti wanita lain yang tersungkur di hadapan pesona Raja Aqeel . Namun , lelaki itu tidak pernah mengenal erti putus asa . Dalam diam , dalam lirikan yang penuh makna , dalam tutur kata yang sering membuatkan dadanya bergetar tanpa sedar , Aqeel terus menyerang pertahanan yang dia bina sekian lama . Dan tanpa dia sedar , hatinya mulai retak . Dalam detik yang tidak dirancang , dalam renungan yang terlalu dalam , dia jatuh . Perlahan-lahan , keangkuhannya runtuh , digantikan dengan debaran yang tidak mampu dia dustakan lagi . Namun , apabila cinta hadir , hadir pula ketakutan yang lebih dahsyat , takut kehilangan . Jika dahulu dia percaya dia mampu pergi tanpa menoleh , kini setiap langkahnya hanya mahu menuju ke arah lelaki itu . Raja Aqeel , yang dahulunya hanya permainan dalam rencana hidupnya , kini menjadi satu-satunya lelaki yang dia ingin genggam selamanya . "i love you , mio universo," bisik Raja Aqeel di telinganya , dan pada saat itu , Jelita tahu , dirinya bukan lagi seorang wanita yang berdiri teguh melawan cinta , tetapi seorang wanita yang akhirnya menyerah kepada lelaki yang dia cuba tolak selama ini . NOTE !! > no copy !! > segala kesalahan bole pm !! > no hating allowed !! > spam auto block !! song : Kisah Cinta Kita - Hafiz suip
PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 997,432
  • WpVote
    Votes 43,133
  • WpPart
    Parts 57
πˆπŒπ€π π‘πˆπ™π 𝐗 π€π˜π‘π„π„π 𝐋𝐀𝐃𝐄𝐄𝐍𝐀 "Miss me dear??" SAMBUNGAN PEMILIK HATI ENCIK DUDA‼️ Perpisahan antara Iman Rizq dan Kausar Umaiyah membuatkan Iman membawa diri mencari cinta yang baru. Sikap Iman yang "mulut manis" membuatkan gadis takut untuk mendekatinya. Siap digelar buaya lagi. Kepulangan Ayreen Ladeena ke Malaysia , memberi satu makna untuknya. Mana taknya , sudah lama dia berpisah dengan pujaan hatinya itu. Harapannya juga adalah memikat hati gadis itu. Penantianku bakal berakhir. Semoga Allah pertemukan kita semula. - Encik Teruna Kiriman bunga mawar dan sepucuk surat membuatkan Ayreen tertanya tanya. Siapa pemberi bunga mawar itu?? Adakah Tengku Darwish?? Lelaki yang suka control hidupnya walaupun sekadar kawan. Saya cemburu kalau lelaki lain tengok awak. Saya tak boleh , Ayreen. Jujur saya cakap saya suka awak , Ayreen - Tengku Darwish. Iman cuba mendekati gadis itu dengan lebih dekat. Namun Ayreen sentiasa dingin dengannya. Sejarah hitamnya itu membuatkan dia takut untuk mendekati mana mana lelaki. Akan tetapi layanan Iman sedikit sebanyak membuatkan Ayreen tertarik untuk mengenali Iman dengan lebih dekat. Kemesraan mereka membuatkan ada hati yang mula iri dengan mereka. Satu persatu rancangan dilakukan untuk memusnahkan hubungan mereka. Berjayakah mereka?? βœ… 100% idea sendiri βœ… Tiada unsur plagiat βœ… If tersama itu adalah satu kebetulan START : 7 MEI 2023 END : 2 OGOS 2023
Duri di antara kita [editing] by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 680,522
  • WpVote
    Votes 486
  • WpPart
    Parts 1
Amyra Rose. Sebaris nama yang mencerminkan keanggunannya sebagai seorang gadis Muslim. Kehidupannya sederhana, namun hatinya sentiasa merasa cukup. Leo Caden. Seorang lelaki tampan dengan kehidupan gelap. Sejak kecil, dia sudah terbiasa dengan dunia pembunuhan. Bagi Leo, bunuh bukan lagi perkara luar biasa dan menakutkan baginya. Pertemuan antara Leo dan Rose berlaku secara tidak dijangka dan berkali-kali, hingga tanpa disedari, Leo mula tertarik dengan gadis itu. Namun, perbezaan agama, keluarga, status, dan cara hidup masing-masing menjadi tembok yang sukar diatasi. Mereka dipaksa oleh keadaan untuk berpisah walaupun hati masing-masing sudah pun berpaut antara satu sama lain. Namun, sejauh manakah kuasa takdir mampu menyatukan kembali Leo dan Rose? Mampukah Rose menghadapi ujian yang selama ini luar dari akal fikirannya? Start : 27 November 2024 End : 23 February 2025 Cerita ni cringe, alah biasalah... typical cerita mafia. Ini cerita pertama yang saya berani untuk publish. Cerita ni juga melambangkan ketidakmatangan saya, mohon jangan kecam. Saya sebenarnya terjebak dengan mafia-mafia, ya saya tahu tu cringe... tapi nak buat macam mana? Benda dah tulis, sayang kalau simpan. Apa saya boleh cakap, cringe dia OVERLOAD. Jadi, kalau tak suka, sila skip. Awak fikir saya ada masa nak sakit kepala layan hate comment masing-masing? Tidak. Kepala saya dah cukup sakit.
THE BEGINNING: UNKNOWN HAZRAN by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 88,503
  • WpVote
    Votes 8,487
  • WpPart
    Parts 16
[INI ADALAH POV UNKNOWN] Hazran Tuah hanyalah bayang, mengikuti Sufi Leila dalam diam, memerhatikannya dari jauh tanpa berani mendekat. Hidupnya sebelum ini kosong, tanpa arah, sehingga pertemuan di bawah jambatan itu menghidupkan sesuatu dalam dirinya, rasa ingin mengenali, ingin mendekati. "Siapa dia, sampai buat aku rasa macam ni?"-Hazran Namun, dunia tidak pernah memandangnya dengan belas. Dia sedar siapa dirinya-manusia yang dipandang hina, yang hanya layak bersembunyi di balik gelap. Maka, dia terus menjadi bayang, mengenali dari jauh, meski setiap senyuman gadis itu semakin menjerat hatinya. Tapi, adakah dia berhak merasai cinta? Atau takdirnya sekadar menjadi bayang yang tidak pernah terlihat? "Kalaulah aku dilahirkan normal macam manusia yang lain, pasti aku dah boleh dekat dengan kau. Malang sekali, cinta tu cuma untuk manusia yang sempurna..." "Takkan sesekali layak untuk orang gila macam aku."
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,128,976
  • WpVote
    Votes 90,358
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."