awanjasmine
Dia merasakan bahawa dia bukanlah pilihan pertama keluarganya kerana semua perhatian dan kasih sayang sudah habis dicurahkan kepada insan bernama Rania Batrisyah, kakak sulungnya.
Jadi siapakah Raya Natasha di mata mama dan papanya?
Di saat kehidupan dirasakan hitam dan putih, kehadiran empat sosok ternyaman sedikit sebanyak mewarnai kehidupannya kembali. Hana, Vivian, Keisha dan Nayla adalah sahabat terbaiknya.
Namun, semesta seakan-akan dengki dengan kebahagiaan yang dimilikinya, Maka diragut dengan perkahwinan dan perjanjian bodoh. Dialah yang perlu menanggung kesan itu.
Adakah kehidupan itu akan kembali kepada hitam dan putih atau dia telah pun menemui kebahagiaan yang sebenarnya?