Estelle_Rose3
Bukan sesiapa, namun dipergunakan. Zahrain sedari akan hal demikian, namun dia biarkan. Cinta yang berputik di hati lelaki itu Tanpa dirancang, pertemuan mereka sememangnya tidak dijangkakan.
Kali pertama bertemu, bertentang mata membuat Zahrain tidak tenang dan membuat dirinya terus mencari maklumat peribadi wanita itu. Lelaki itu memulakan perbualan dengan wanita yang berjaya menakluki hatinya di Instagram.
"I want to meet you, love."
-Tengku Zahrain Haidar
"Are you trying to flirting with me or what?"
-Nur Safiya Husna
Mereka berdua memulakan hubungam tanpa pengetahuan ibu bapa Safiya. Hubungan itu hanya sebatas atas talian. Namun, Safiya masih menjaga dirinya daripada Zahrain.
Tetapi, dia tidak tahu bahawa Zahrain sedari akan hal itu...
"Husna, I want to marry you.."
-Tengku Zahrain Haidar
"Saya tak bersedia lagi Haidar."
-Nur Safiya Husna
Penolakan secara halus itu dapat dilihat oleh Zahrain, dan Zahrain terus bertindak dengan meminang wanita yang bertahkta dihatinya itu tanpa pengetahuan Husna. Ibu bapa Husna terima dengan senang hati.
Namun, tidak bagi abang-abang Husna. Setiap halangan yang diberi oleh abang-abang Husna dapat ditentang dengan mudah. Pelbagai tentangan yang Bakal ditempuhi oleh Husna dan Zahrain, mampukah mereka bertahan?