OG
4 stories
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 930,670
  • WpVote
    Votes 32,121
  • WpPart
    Parts 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
HANYA DIRIMU by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 28,243
  • WpVote
    Votes 3,110
  • WpPart
    Parts 10
5th story 💜 Spin off Ternyata Hanya Dia Agen pencari jodoh cilik, Tengku Amanda sekali lagi memainkan peranannya apabila kali ini dia bawakan jodoh untuk bondasu pula. Calon ayahsu yang bagaikan turun dari langit itu membuatkan bondasu Amanda yang sudah malas memikirkan soal perkahwinan, terkedu. Pertemuan demi pertemuan bagaikan ada magnet yang membuatkan mereka saling tertarik. Namun, ironinya... Perhubungan yang bermula disebabkan kerenah comel seorang kanak-kanak, terpaksa berakhir demi kepentingan seorang kanak-kanak... "Nampaknya, you tak sayangkan I seperti mana I sayangkan you..." - Syed Irsyad "I do love you, Irsyad. But... He needs you more than I do." - Tengku Syafa Jadi, apa pengakhirannya kisah mereka? Adakah akan seindah Nurina Amani dan Tengku Harraz Iskandar atau sebaliknya?
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [TERBIT] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 274,106
  • WpVote
    Votes 435
  • WpPart
    Parts 1
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn ZAYN CHESTER - Seorang kapten bola sepak kelab Thunderhawks yang terkenal dan berjaya. Dia sentiasa tegas dan bertanggungjawab. Di mata dunia, dia seorang yang sempurna dan tiada kelemahan. HAZI MARILYN - Seorang kapten juruterbang yang egois dan keras kepala. Dia akan mewarisi legasi keluarganya sebagai CEO Royal Sky Airlines. Tapi, bersyarat... Tanpa diduga, satu insiden yang berlaku menyebabkan berita palsu melibatkan mereka berdua tersebar di serata dunia. Satu kebetulan yang tak terduga, Hazi memilih Zayn untuk berlakon menjadi teman lelakinya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh datuknya. "Fake boyfriend?" - ZAYN CHESTER. "Untuk pengetahuan, kau bukan orang pertama dalam senarai aku." - HAZI MARILYN. "Dan kau rasa aku akan setuju begitu sahaja?" - ZAYN CHESTER. "Kau bukan buat kerja amal. I pay you." - HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." - ZAYN CHESTER Pertikaian berlaku tapi akhirnya mereka mencapai kata setuju. Namun ego masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. "You think you're special to me? Not even a bit."- HAZI MARILYN "Kau pilih aku berbanding semua lelaki yang dekati kau. Boleh kau jelaskan?" - ZAYN CHESTER "Cukup, Zayn. Aku penat." - HAZI MARILYN "Penat dengan aku? Atau penat dengan perasaan kau yang kau sendiri takut nak hadap?" - ZAYN CHESTER Mengelak dan menjunjung ego masing-masing, akhirnya perpisahan menjadi pilihan. Pun begitu, cinta yang sudah lama tumbuh tak pernah mati. Persoalannya, bolehkah cinta yang dipendam itu mengalahkan ego sendiri? Mungkinkah akan ada ruang untuk mereka kembali bersama? [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]
Wicked Game | [OG] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 12,769
  • WpVote
    Votes 1,628
  • WpPart
    Parts 21
[ AFTERBURN SERIES II ] Eiser Sene X Zendaya Chantelle. Eiser Sene dan Zendaya Chantelle, dua CEO muda yang pernah bercinta di New York, kini hidup dalam kemewahan dan kejayaan, namun di sebalik pencapaian itu, hubungan mereka sedang menuju kehancuran. Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, perniagaan masing-masing menjadi penghalang terbesar. Waktu bersama semakin berkurang, dan rasa cinta semakin pudar. Ketika syarikat Eiser hampir muflis, Zendaya yang telah membina empayar perniagaannya sendiri merasa malu, bukan hanya kerana kegagalan suaminya, tetapi juga kerana dia seorang wanita yang berjaya. Dalam kemarahan dan kecewa, Zendaya menuntut cerai. Eiser yang kecewa setuju dengan permintaan Zendaya, namun mereka berdua bersetuju untuk menjalani satu tempoh sebulan penuh untuk 'membenci' satu sama lain sebagai langkah terakhir dalam hubungan mereka. "Bring over your lawyer and I'll bring mine." - ZENDAYA CHANTELLE Maka, bermulalah permainan emosi antara mereka yang semakin menjauhkan diri, meskipun tinggal di rumah yang sama. Namun, dalam tempoh yang penuh amarah itu, takdir memerangkap mereka. Seorang bayi kecil tanpa penjaga ditinggalkan di depan pintu rumah mereka. Tanpa pilihan lain, Eiser dan Zendaya terpaksa menjaga bayi tersebut, yang mula memberi mereka peluang untuk melihat sisi-sisi lain diri mereka. Keadaan yang penuh ketegangan berubah apabila bayi itu secara perlahan meruntuhkan tembok kebencian di antara mereka, memberi mereka ruang untuk berkomunikasi dan merawat satu sama lain. Dalam dunia yang penuh dengan manipulasi, ego, dan rahsia gelap, adakah cinta mereka mampu bertahan, atau akan hancur bersama impian dan harapan yang pernah mereka bina?