🫀
2 stories
ATMA AKASA [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 742,834
  • WpVote
    Votes 40,969
  • WpPart
    Parts 38
[ BOOK 1 ] Kala langit dan laut terjatuh cinta, Muaz menjadi korban takdir. Sepasang sayapnya patah. Dia tak bisa lagi untuk terbang tinggi. "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni jadi manis" - ATMA MALAIKA "Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas dan tak menyusahkan orang yang cari ikan. Dasar scammer ikan" - MUAZ AKASA Dari kerja di langit, darat dan laut. Muaz tak pernah ketemu gadis aneh seperti Atma Malaika. Sangat tiba- tiba dan random. Sangat bertentangan dengan Mika, Kimi dan Haji Samir. "Perempuan bodoh! Sekali bodoh, selamanya lah kau bodoh!" Oh? Ada sesuatu yang perit kembali mencengkam dada Muaz. Melihat mata Malaika yang jernih itu berkaca. Buatkan jiwa Muaz yang dah lama mati tiada rasa ini, seakan hidup kembali. Rasa sakit. Dah lama aku tak rasa sakit begini.. - Ini kisah Muaz Akasa, penghuni bumi yang pernah menumpang di langit. Menyewa di darat, sekarang menetap di lautan. Sepasang sayapnya yang patah seakan tumbuh kembali kena hadirnya dia. Dia 'jiwa' yang baru. Jiwa Muaz Akasa, Atma Malaika.
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 468,766
  • WpVote
    Votes 29,649
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]