Vaneesha06's Reading List
2 stories
JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED] by roseerly
roseerly
  • WpView
    Reads 78,285
  • WpVote
    Votes 1,786
  • WpPart
    Parts 45
⚠️ Cerita ini ditulis semasa author baru melangkah ke alam sekolah menengah. Jangan berharap akan kesempurnaan. ⚠️ Jalan cerita mungkin memeningkan dan tidak masuk akal. NAURAH LUTHFYA, seorang wanita yang selalu ditimpa musibah. Kehilangan orang tersayang ialah perkara pertama yang menyakiti hatinya. Dipukul dan dihina ialah perkara kedua. Manakala, dikhianati oleh orang yang dia paling percayai ialah perkara ketiga. Siapa sangka? Disebalik senyuman manis yang bertakhta di bibir itu, terselit luka yang tidak akan pernah hilang dari hatinya. TENGKU ZAFREL ARASH pula ialah lelaki dingin pertama yang pernah dia jumpai. Sikap lelaki itu yang dingin bagaikan Gunung Everest amat menyakitkan hatinya. Ditanya sepatah, dijawab pula sepatah. Namun, tiada siapa menyangka bahawa jodohnya bersama dengan lelaki dingin itu. Perkahwinan paksa itu telah mengubah segala-galanya. "Mungkin ini pertemuan terakhir kita" -Haqq Luqman. Niatnya untuk berumah tangga bersama dengan orang yang dia cintai telah hancur begitu sahaja. Pada mulanya, dia menyangka bahawa sikap Zafrel akan berubah selepas berkahwin dengannya. Namun, tidak. "Nama kau tak pernah terukir di dalam hati aku" -Tengku Zafrel Arash. Akibat satu tragedi yang hampir meragut nyawa seseorang, sikap lelaki dingin itu berubah 360 darjah. Bunga yang layu semakin mekar. Namun, kemunculan orang ketiga telah memusnahkan segala-galanya. "I will get you... You're mine" -misteri. Adakah mereka dapat mengekalkan rumah tangga mereka yang hampir musnah itu? Adakah bunga yang mekar akan layu kembali? "Kini aku sedar bahawa kaulah cinta pertama dan cinta terakhirku"
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,934,328
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.