nrflzhh_'s Reading List
2 stories
[ON-GOING] TERCIPTA UNTUKNYA  by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 70,450
  • WpVote
    Votes 1,155
  • WpPart
    Parts 7
Ziyyad Maliq's Love Story "Kenapa awak buat saya macam ni, Qais? Apa salah saya pada awak?" - Afrina Natasha. Pengantin lelaki tidak muncul pada hari pernikahan. Ya... itu semua adalah mimpi buruk buat semua manusia. Siapa saja yang akan bersorak gembira saat pasangan yang berjanji hendak sehidup semati tidak muncul di hari akad nikah? Itulah yang dihadapi oleh Afrina Natasha. Selepas pembatalan pernikahannya, Afrina dibenci oleh ahli keluarga sendiri. Pada semua orang, Afrina adalah punca, punca pada semua malu dan kehancuran keluarga sedangkan gadis itu juga hanya seorang mangsa. Tahun berganti tahun, Afrina hidup dalam rasa bersalah yang menebal. Bawa diri jauh daripada keluarga demi ketenangan jiwa yang hanya kekal buat sementara waktu. "Macam mana kalau kakak cakap... Afrina adalah calon yang akak mahu kenalkan pada Ziyyad?" - Hawa NurIman. "Afrina... pada Ziyyad, orangnya cantik, manis." - Ziyyad Maliq. Perjodohan seringkas itu berjaya huru harakan hidup Afrina sekali lagi. Kali ini, jauh lebih pikuk daripada sebelumnya. Mana tidaknya... dirinya digosipkan sedang bercinta dengan pemain bola sepak harimau malaya! Ketika itu juga, Qais Ibrahim yang lama menghilang muncul di sebalik kekecohan. Antara masa lalu dan pengubat rindu, entah yang mana satu menjadi pilihan hati. Namun, apa yang pasti... selepas bahagia pasti ada dukanya dan ketika itu, siapa yang mampu berdiri bersama Afrina Natasha sehingga akhir?
Mi Reina (SLOW UPDATE) by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 139,790
  • WpVote
    Votes 8,397
  • WpPart
    Parts 4
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-