solarixx_writers's Reading List
17 stories
Dari Pelan ke Pelamin by solarixx_writers
solarixx_writers
  • WpView
    Reads 88
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 17
Daisy Laura, seorang gadis 18 tahun yang penuh cita-cita tinggi untuk menjadi seorang arkitek, dan tidak pernah menyangka bahawa hatinya akan terikat pada seorang lelaki... bukan sekadar kerana wajahnya yang tampan atau matanya yang berwarna coklat keemasan tapi kerana cara dia mengajar tentang seni bina seperti ia adalah seni memahami jiwa manusia. Saifuddin Fikri, seorang pensyarah muda, 32 tahun, penuh misteri dan bijak. Dalam diam, mereka berdua saling jatuh cinta... tetapi tiada siapa berani membuka mulut. Tetapi selepas masa berlalu... dan selepas lafaz akad, mereka baru tahu... "Kita dah suka sejak hari pertama... tapi terlalu takut untuk sia-siakan waktu."
The Hidden Guardian(OG)  by Isyazwriters
Isyazwriters
  • WpView
    Reads 314
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 2
Elena Sabrina, pewaris tunggal sebuah keluarga kaya, hidup dalam bayangan derita. Kehilangan ibu kandung dan datuk kesayangannya merampas kebahagiaannya, dan kini dia terperangkap dalam kekejaman ayah serta ibu tirinya. Walaupun luka fizikal dan emosi terus menjerutnya, Elena tabah meneruskan kehidupannya. Ketika semester akhir bermula, Elena mendapati dirinya berdepan dengan seorang pensyarah baru yang tegas dan misteri,Fayyadh Isaac. Lelaki itu seolah-olah mengenali Elena lebih daripada yang dia sangka, tetapi dia sendiri tidak dapat mengingati apa-apa tentang masa lalu mereka. Teguran demi teguran dari Fayyadh membuatkan Elena mula merasakan sesuatu yang berbeza antara rasa ingin tahu, kekeliruan, dan perasaan yang sukar dimengerti. Namun, Elena tidak tahu bahawa di sebalik persona seorang pensyarah, Fayyadh menyimpan rahsia besar yang berkait rapat dengan dirinya. Kehadiran Fayyadh bukan sekadar untuk mengajar, tetapi untuk melindungi Elena daripada ancaman yang dia sendiri tidak sedari. Ketika masa silam dan masa kini mula bertembung, rahsia demi rahsia terbongkar-membawa mereka ke dalam dunia penuh bahaya yang jauh lebih besar daripada yang mereka bayangkan. AMARAN❗ CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA.TIDAK ADA BERKAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG SUDAH TIADA.SEGALA NAMA DAN WATAK HANYALAH IMAGINASI PENULIS SEMATA-MATA. CERITA INI MUNGKIN AGAK TIDAK KENA BAGI SESETENGAH PIHAK.JADI JIKA BERASA TIDAK KENA DENGAN SELERA ANDA TOLONG JANGAN BACA. AYAT BERTERABUR.MUNGKIN AKAN DI EDIT SELEPAS COMPLETE.
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,462,271
  • WpVote
    Votes 331,962
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
LAKARAN TAKDIR SUMAYYAH [ C ] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 361,052
  • WpVote
    Votes 28,129
  • WpPart
    Parts 62
Tatkala sesuatu yang disayangi hilang dari pandangan, tinggallah hati terbuai dalam rindu, meratap sunyi yang tiada bertepi. Dia anak yang baik dan mendengar kata. Ujian yang menimpa dirinya cuba diharungi dengan rasa sabar. Hati yang terguris akibat pengkhianatan membuatkan dia hilang rasa percaya. Dirinya hanya mahu bahagia bersama ayahnya sahaja. Satu-satunya lelaki yang sentiasa menjaga perasaannya dikala dirinya disakiti oleh lelaki lain. Kehadiran seorang insan mengubah seluruh hidupnya. "Kalau Tuan cakap macam tu, macam mana saya nak percaya yang Tuan ni jujur?" - Warda Sumayyah Antara tanggungjawab dan sayang, dia setia menunggu lelaki itu. Kerana hanya dia yang halal untuk disayangi. "Tunggu saya balik dan saya akan bahagiakan awak sebagai isteri saya." START : 23 MARCH 2025 END : 17 JUNE 2025 [ Story ke-19 ]
Mencari Bahagia [C] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 333,424
  • WpVote
    Votes 11,792
  • WpPart
    Parts 60
Auni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spekulasi tentang hidupnya yang dia tidak akan dapat merasakan perasaan bahagia yang sebenar. "Bahagia tu bermula dengan diri sendiri. Kau? Bahagia bermula dengan orang lain" - Hazeem Irsyad "Aku cuma nak orang bangga dan hargai aku je Hazeem," - Auni Hazeem Irsyad, jejaka periang tetapi tegas, seperti maksud namanya juga. Namun apabila Hazeem Irsyad tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, Auni mula percaya dengan spekulasinya selama ini. "Saya dah minta izin abang awak untuk izinkan kita berkenalan" - Muhammad Asri Auni cuma senyum dan tidak menghalang niat baik Asri. Mungkin betul apa yang Hazeem Irsyad pernah katakan padanya- Bahagia itu bermula dengan diri sendiri. - Start: 17 September 2024 End: 22 November 2024
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 466,250
  • WpVote
    Votes 16,543
  • WpPart
    Parts 73
( spin-off The Hidden Lies. ) Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk move on dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder ialah lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? "You are my unbreakable and unforgettable love, Tengku Aysha Hanisah." - Hazeem Hayder Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
[C] LECTURER ITU SUAMI AKU! by iamfathiah_
iamfathiah_
  • WpView
    Reads 416,191
  • WpVote
    Votes 11,630
  • WpPart
    Parts 75
♡BOOK2♡ Khalif Zafran & Dalisha Inara Pertemuan dua insan yang tak pernah dijangka berlaku antara Khalif dan Inara. Khalif, seorang pensyarah yang tegas dan sentiasa berpegang pada prinsipnya iaitu apa yang dimahukan, dia akan dapatkannya meskipun niat tidak menghalalkan cara. "Aku tahu apa yang aku buat ni salah tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk halalkan dia walaupun dengan cara yang haram." Inara, seorang gadis yang bermulut murai dan kaki menjawab memang nombor satu! Dia yang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selama hampir 10 tahun terpaksa berpisah hanya disebabkan kejadian satu malam yang tidak diingini berlaku menyebabkan angan-angan ingin naik ke jenjang pelamin bersama-sama punah! "Demi Allah, saya tak buat kerja terkutuk tu! Dalam hati saya hanya ada awak seorang aje..." "Tak payah nak guna nama Allah, Inara kalau semuanya dah terbukti depan mata saya!" Hatinya hancur apabila difitnah sebegitu. Lagi sakit tika dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak pernah dia kenali. Bercinta apatah lagi? . . "Saya dah habiskan enam ribu ringgit duit awak harini." "Okay." "Okay? Awak tak marah? Semua ni duit awak tau? Saya tak keluar sesen pun duit saya..." "Buat apa abang nak marah? Lagipun, untuk siapa lagi abang nak bazirkan duit-duit tu kalau bukan untuk isteri abang yang comel ni? Duit abangkan duit sayang jugak?" . . "Selama ni aku tak pernah halang kau keluar dengan kawan-kawan kau... Tapi, jangan gunakan kesempatan yang ada untuk pijak kepala aku!!" PRANGGGG!!! START: 4 JULAI 2023 END: 2023 16+⚠️ 🐾Plagiat? Haram! 🐾Inspirasi? Bagitahu dulu 🐾Jika ada mana-mana scene yang tersama dengan cerita anda, percayalah itu hanya satu KEBETULAN💕 🐾No war✌️ 🐾Maaf jika cerita ini banyak kekurangan kerana saya hanyalah manusia biasa