aureluck
- Reads 683
- Votes 183
- Parts 43
Ariyana Qirdina, seorang graduan dibawah fakulti undang-undang yang bercita-cita menjadi peguam. Percaya masa depannya bersama lelaki yang dicintainya Raqib, akan dipenuhi kebahagiaan. Namun, segala impian itu musnah dalam satu malam.
Dia menjadi mangsa gangguan seks**l kepada teman lelakinya sendiri. Lebih menyakitkan apabila dia tampil menuntut keadilan, bapanya sendiri Dato' Zifran seorang usahawan berjaya itu menyatakan bahawa bukti yang dikemukan Ariyana telah di sunting oleh Ariyana sebelum dikemukakan ke pihak mahkamah.
Empat tahun berlalu, luka di hatinya masih berdarah. Tekanan demi tekanan daripada bapanya akhirnya memaksa Ariyana melarikan diri dari rumah demi mencari nafas lega dalam hidupnya.
Dan tatkala semua orang tidak mempercayainya, ada seorang gadis yang setia disisinya serta tidak putus asa untuk mencari pembelaan ke atas diri Ariyana. Dan gadis itu ialah, Arlia Elvina.
Di sebalik pelariannya, Ariyana masih dihantui bayangan silam apabila Raqib kembali mengganggu hidupnya. Dalam masa yang sama, keluarganya mula berpecah apabila seorang demi seorang menyedari bahawa ego dan kezaliman Dato' Zifran telah memusnahkan keluarga mereka. Aeril, abang yang paling menyayangi Ariyana, sanggup meninggalkan rumah demi mencari adiknya.
Namun, mampukah dia memperoleh keadilan apabila orang yang paling dipercayainya suatu ketika dahulu menjadi punca kepada segala penderitaannya? Dan adakah cinta, keluarga serta kebenaran masih mempunyai tempat dalam hidup seorang wanita yang telah kehilangan hampir segalanya?
Dan semuanya telah dirungkaikan di dalam cereka ini.
Dato' Zifran sanggup memberi keterangan sebegitu yang menyebabkan maruah diri Ariyana tercalar.
Dihimpit trauma, kehilangan kerjaya impian, serta dibuang oleh keluarga sendiri, Ariyana hidup dalam mimpi ngeri yang tidak pernah berakhir.