fleowlerlyz_'s Reading List
122 stories
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 374,767
  • WpVote
    Votes 15,548
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
[C] Captain Qalif, His Protector by Nuratikahtarmizi
Nuratikahtarmizi
  • WpView
    Reads 49,535
  • WpVote
    Votes 2,479
  • WpPart
    Parts 31
Qalif Haiqal, seorang doktor bedah tentera yang tegas, berdedikasi, dan sentiasa berdepan risiko di medan perang. Ariana Airis pula seorang gadis cerdas, bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah muda di universiti. Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang dirancang, bermula daripada salah faham, berlanjut kepada persahabatan, dan akhirnya cinta. Namun, perjalanan mereka tidak mudah kerana dipenuhi pengorbanan, dugaan keluarga, kerjaya yang menuntut, dan konflik orang ketiga.
𝐋𝐞𝐟𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 | BAKAL TERBIT by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 270,559
  • WpVote
    Votes 1,628
  • WpPart
    Parts 7
PDRM SERIES 3 [Spin-off Inspektor Adzriel & Inspektor Aqlan] ‼️ PLEASE BACA IKUT TURUTAN ‼️ Izinkan aku terbangkan cinta ini melintasi langit milikNya. Berperang mulut bagai tiada titik noktahnya. Asal berjumpa saja mulut melancarkan laser bagai tiada hentinya. Tengok muka saja sudah boleh menimbulkan rasa benci yang tidak terhingga. Begitulah Afina dan Harraz setiap kali bersua muka. Baru pertama kali berjumpa sudah menerima tamparan padu yang pedasnya ibarat baru disapu dengan satu balang sambal belacan! "Hoi, mamat darah penjajah!" - NUR AFINA ARISSA "Dulu kau mat saleh celup kan aku, and now what?!" - HARRAZ HUZAIR Lidah masing-masing betah menembak peluru bertubi-tubi bagi memenangi perang mulut. Sepatah Harraz menembak, seribu patah juga Afina membalas! Sehinggalah satu tragedi tidak diduga berlaku yang membuatkan Harraz terpaksa lafazkan akad ke atas Afina. Meskipun mereka berdua tidak bersalah, bukti tetap ada yang membuatkan dia rasa dia harus bertanggungjawab. Dia bukanlah lelaki berspesies kejam dan lari jikalau bukti ada walaupun bukti itu tidak benar. Hidup selepas kahwin, lagilah lancar mereka bergaduh! Perang bantal, perang lidah, perang dapur, semualah. Masing-masing tidak mahu kenal erti kalah. Tetapi tipulah jika hati lelaki Harraz tidak terusik. Bila mengenali Afina dengan lebih rapat lagi, gadis itu tidaklah seteruk yang disangka. Begitu juga dengan Afina, apabila Harraz terpaksa berpisah sementara dengannya kerana bersuamikan seorang tentera, berjaya menimbulkan rasa rindu di antara mereka. "Saya cuma jujur. Saya rindu awak. Sangat." - HARRAZ HUZAIR "Harraz, awak ni dah kenapa? Sakit?" - NUR AFINA ARISSA Bila kedua-duanya sudah berbahagia selepas mengaku cinta mereka, mulalah satu demi satu bala menghampiri. Tambah lagi dengan kehadiran seseorang dari masa lalu Harraz, membuatkan Afina putuskan untuk melangkah pergi dari hidup Harraz. Meninggalkan Harraz yang menunggunya bagai orang hilang akal dan mencarinya tidak henti.
[ C ] Mr Cold Bodyguard  by Xanderalqis
Xanderalqis
  • WpView
    Reads 26,161
  • WpVote
    Votes 2,444
  • WpPart
    Parts 40
Jatuh cinta dengan bodyguard sendiri? Betul, itu yang berlaku dalam hidup Halwa Liyana Dia telah jatuh cinta pada salah seorang bodyguard ayahnya sendiri iaitu Khalid Al-Fateh. Namun mampukah dia cairkan hati beku lelaki itu?
𝐃𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐮 [C] by flwrsyaa
flwrsyaa
  • WpView
    Reads 2,430
  • WpVote
    Votes 800
  • WpPart
    Parts 18
In editing progress! 𝐊𝐞𝐢𝐫𝐚 𝐑𝐨𝐬𝐚𝐥𝐲𝐧 & 𝐊𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐆𝐫𝐚𝐜𝐞𝐥𝐲𝐧𝐧 Mengisahkan tentang kembar yang terpisah sejak lahir dimana si kakak diculik dan si adik masih bersama keluarga kandung. Sudahlah diculik, malah didera lagi. Begitu malang nasib si kakak. Meskipun didera, Keira tetap sabar menjalani hidup tanpa melawan setiap tindakan yang dibuat oleh ibunya. Sedangkan adiknya disana sedang bahagia bersama keluarga kandung. Adakah mereka akan bertemu kembali? Tetapi dimana? Dan bila? Namun satu persatu rahsia yang dijaga rapi kian terbongkar. Mampukah Keira menerimanya? - Idea sendiri - Beginner Creator Tarikh : Mula dicipta : 24/10/2023 Tamat : 17/2/2024
DANISH HAIZIQ |✓ by aikadaisy
aikadaisy
  • WpView
    Reads 541,663
  • WpVote
    Votes 19,805
  • WpPart
    Parts 52
Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurna. harta? uh dia memang seorang yang jutawan! Wajahnya sentiasa dingin. Senyuman? Tiada! Hidupnya hanya ada kerja kerja dan kerja. Disebalik wajah kacak itu ada sisi gelapnya sendiri. Hauraina Arrien- Seorang gadis yang polos. Dia cantik tetapi naif. Dia bijak tetapi senang diperdaya. Selepas kehilangan ibu bapanya, dia dijaga oleh mak sedaranya. Ingatkan dia boleh dapat kasih sayang selepas ibu bapanya tiada. Rupa rupanya dia telah melangkah masuk ke dalam neraka ciptaan mak saudaranya. Hari-hari di seksa sehinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk lari dari neraka ciptaan mak sedaranya Itu! Dia berjumpa dengan seorang lelaki dingin. Lelaki itu yang menolongnya semasa dia dikacau di kawasan sunyi. "What are you doing here?"- Danish Haiziq "Saya tiada Hala tuju... Boleh awak bantu saya?" - Hauraina Arrien. Hidup Hauraina berubah 100% apabila bersama dengan Danish Haiziq. Walaupun layanan lelaki itu sangat dingin tetapi lelaki itu seorang yang caring. Lama kelamaan satu perasaan muncul di dalam hati mereka... Perasaan Apakah Itu? Cinta? "Aku taknak kau duduk sini sebagai pembantu rumah aku lagi" - Danish Haiziq "Maaf.. saya sedar saya hanya menumpang" -hauraina arrien "Aku nak kau jadi isteri aku Arrien" - Danish Haiziq. Perjalanan hidup mereka penuh dengan ujian. Apa lagi bila sesuatu yang di rahsiakan oleh Danish terbongkar. Adakah hubungan mereka bertahan?
ZA'IM UKHROWI [C] by nurfrhnnh
nurfrhnnh
  • WpView
    Reads 1,264,892
  • WpVote
    Votes 43,635
  • WpPart
    Parts 68
# 1st Sambalado Series * karya pertama 'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Adra Umaira yang mencintai seorang lelaki dalam diam. Namun, sejak mengenali lelaki yang disukainya itu perlahan-lahan sikap sebenar gadis itu semakin hilang. Mula mendiamkan diri, sakit hati sendiri, memendam rasa apa yang dia rasa dan apa yang dilemparkan oleh lelaki yang bernama Za'im Ukhrowi. Semakin keruh hubungan persahabatan dari kecil mereka apabila kedua pihak keluarganya membina sebuah ikatan tanpa persetujuan Za'im iaitu ikatan pertunangan. "Kau dengar sini! Hadam betul-betul masuk dalam otak kau yang benak tu! Lepas aje habis paper SPM. tak ada lagi ikatan yang diagung-agung kau tu. Sementara ada lagi setahun ni, kau Jajalah dekat satu sekolah tittle bodoh kau tu!!" - ZA'IM UKHROWI Kata-kata yang dilempar oleh Za'im itu dipegang kuat sehinggalah pada hari dia memutuskan untuk menyambung pembelajaran di luar negara. Dia memohon dalam diam tanpa diketahui oleh Za'im, malah keluarganya sendiri. Selepas 8 tahun, Adra Kembali ke tanah air apabila dipaksa oleh Abinya. Semakin hari semakin Adra keliru, banyak perkara yang berlaku selepas dia pulang ke Malaysia. keluarganya dan keluarga Za'im diganggu dan dianiaya kerana mereka mengetahui rahsia besar yang Rido Mikael lakukan. Za'im yang dulu dikenali sebagai 'mr heartless' berubah 100 percent dan menjadi seorang lelaki sangat kuat melindungi diri Adra dari musuh tanpa gentar dan takut. "Awak sendiri yang cakap, kita tak ada apa-apa hubungan lepas je paper SPM tamat."- ADRA "Itu dulu, aku dah lama tarik balik kata-kata aku 8 tahun lepas. Kau je yang tak dengar." - ZA'IM "Semudah tu aje kan jawapan awak!"- ADRA Namun kuatkah Adra ingin melupakan apa yang dilakukan oleh Za'im 8 tahun dahulu? Sesenang itukah Adra dapat memaafkan Za'im? Sia-siakah dia melarikan diri selama ini? start : 26 january 2022 End : 24 February 2022
SHADOW by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 121,694
  • WpVote
    Votes 6,090
  • WpPart
    Parts 51
Under PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ #3 Sequel of AIDAR Leftenan Madya Arden Hansel. Mengikut jejak ayahnya, dia menggalas tanggungjawab dalam mempertahankan keamanan negara sebagai tentera di bawah pasukan elit daripada Tentera Laut Diraja Malaysia. "Sedia untuk berjuang, sedia untuk berkorban!" Beret ungu menjadi kebanggaan, gelaran komando umpama lencana diri. Senjata diangkat, nyawa dijadikan pertaruhan di dalam medan pertempuran untuk negara. Bertahun penantiannya, bertahun dia menyimpan rasa. Di bawah langit yang sama, dia berharap mereka akan bertemu kembali. Akhiri penantiannya yang penuh rindu. Elish Ivara. Disebabkan satu insiden, hidupnya seakan dihantui bayang-bayang hitam. Perih meneruskan hidup, sakit bila harus berpura-pura. Hilang kepercayaan pada diri sendiri. Apatah orang lain. Dia hanya mendambakan kebahagiaan. "Mungkin lelaki yang boleh bahagiakan awak selama ni ialah saya. Saya, Arden. Milik awak seorang dari dulu." Bila hati sudah tekad, mengalah bukan pilihannya. Arden mewarnai hidup Elish bagaikan sinar pelangi. Hadirnya dia bukan untuk sementara namun buat selamanya. highest ranking : #1 for effort #1 for navy #1 for lovestory
Milik Tuan Qarizh (On-Going) by selenophile01_
selenophile01_
  • WpView
    Reads 7,646
  • WpVote
    Votes 423
  • WpPart
    Parts 26
Hanya disebabkan pertemuan yang tidak dijangka, mereka berdua disatukan kerana persetujuan keluarga dan kehendak si jejaka yang mahu larikan diri daripada asyik digesa untuk berkahwin. Qarizh Zayne dan Hanania disatukan tanpa rasa cinta. "Jangan sentuh aku!!" "Eh? Saya kan isteri awak. Suka hati saya lah nak sentuh awak ke..cubit awak ke.. bunuh awak pun saya boleh!" Balas Hanania sambil menjegilkan matanya. Namun disebabkan satu perkara berlaku di depan matanya, membuatkan Qarizh sedia untuk menjaga Hanania sampai akhir hayatnya. Trauma Hanania membuatkan Qarizh sedar betapa hancurnya hidup gadis itu. "Abang tak suka awak berahsia dengan abang. Kalau ada apa-apa, bagitau. Jangan diam. Abang ni siapa dengan sayang?" - Qarizh Zayne.
Meliana and the man behind the commando mask. by iamsafyaela
iamsafyaela
  • WpView
    Reads 20,149
  • WpVote
    Votes 435
  • WpPart
    Parts 31
Pertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling memperkenalkan antara satu sama lain. "I'm Nur Meliana Lidya, and you?" - Meliana "Gorgeous name! I'm Tengku Dazrael Zayden." - Dazrael Cinta pandangan pertama bertukar menjadi perkahwinan, dan dia tidak percaya hidupnya akan menjadi begitu sempurna, sehinggalah satu demi satu rahsia terbongkar. Suaminya bukan sekadar kapten tentera. Dia juga CEO kepada ZaydenVault industri, syarikat yang paling berpengaruh di seluruh dunia dan yang paling menakutkan, dia juga seorang assasin berdarah dingin. Dia hidup di dalam dunia yang penuh bayang dan penuh musuh yang ingin melihatnya tumbang. Lebih mengejutkan, semua rakannya termasuk sepupu Meliana sendiri turut memikul identiti gelap yang sama. Namun meskipun rahsia itu terbongkar, dia tidak menjauh tetapi dia tetap di sisi lelaki itu. Meskipun rumah tangga mereka menghadapi salah faham yang besar, yang hampir meruntuhkan segalanya. "Ceraikan aku! Kau patut kahwin dengan dia, bukan aku!" - Meliana "Abang tak akan lepaskan cielo. Bagi abang masa untuk buktikan yang itu semua hanya lakonan untuk keselamatan cielo." - Dazrael Tapi... Mampukah cinta mereka bertahan dalam dunia penuh rahsia, darah dan pengkhianatan? Adakah itu lakonan semata-mata atau untuk keselamatan Meliana? Sanggupkah Meliana kekal di sisi lelaki itu selepas dia tahu perkara sebenar? Adakah apa yang Dazrael lakukan itu untuk melindunginya dari sesuatu yang buruk ? ⚠️ Abaikan jika ada sedikit typo, keselahan ejaan dan penyalah gunaan tatabahasa. ⚠️ Cerita ini ialah rekaan semata-mata. ⚠️Mohon jangan terikut dengan perkataan kasar yang terdapat di dalam ini. ⚠️Untuk pembaca yang matang