sitiARIFAH13's Reading List
2 stories
Bahagia Sekali Lagi [Coming Soon] by sitiARIFAH13
sitiARIFAH13
  • WpView
    Reads 82
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 3
Melangkah masuk saja ke dalam Raniel Holdings, Ezrien bertemu dengan kawan rapat lamanya, Muhammad Raniel Haziq. Tapi tak pula dijangka, Raniel merupakan pemilik syarikat itu. Patut nama company macam pernah dengar, bual Ezrien sendiri. Genap sebulan Ezrien bekerja di sana, sudah tentu gadis 21 tahun itu sudah rapat dengan pekerja-pekerja di Raniel Holdings. Bagaimanapun, Ezrien lebih rapat dengan Raniel kerana mereka pernah menjalin hubungan pertemanan semasa sekolah menengah dahulu. Perlahan-lahan, Raniel mula memendam rasa cinta terhadap Ezrien. Keberuntungan buat Raniel kerana Ezrien juga merasakan perasaan yang sama dan menerima baik perasaan Raniel terhadapnya. Raniel membawa ahli keluarga berkunjung ke rumah keluarga Ezrien di Seremban, Negeri Sembilan, untuk sesi perkenalan. Raniel juga memberitahu Puan Nazihah dan Encik Azman Harith tentang perasaan mereka dan juga tujuan sebenar adalah untuk merisik Ezrien. Tarikh pertunangan pun ditetapkan setelah mendapat izin dan dipersetujui daripada kedua-dua belah pihak. Setelah Ezrien bergelar tunang orang, dia cukup bahagia kerana tidak lama lagi akan mendirikan keluarga bahagia pada usia muda. Dan juga, tentunya kerana selepas ini, yang bakal menjadi peneman hidupnya sehingga akhir hayat adalah orang yang sangat dia cintai. Namun, kebahagiaan itu tak kekal lama. Harapan Ezrien diletakkan pada orang yang salah. Sesuatu yang tak diingini berlaku antara mereka, kerana salah faham dan tanpa mendengarkan penjelasan terlebih dahulu. Sehingga Raniel mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan. Apakah masih ada peluang untuk Ezrien meraih kembali kebahagiaannya? Apakah yang terjadi antara mereka berdua sehingga Raniel mengambil keputusan yang sebegitu? Sanggupkah Ezrien menghadapi segala cabarannya sendiri? Atau bersama-sama berkongsi beban dengan seseorang? ♡♡∞:。.。 𝐵𝐴𝐻𝐴𝐺𝐼𝐴 𝑆𝐸𝐾𝐴𝐿𝐼 𝐿𝐴𝐺𝐼。.。:∞♡♡ ♡♥︎♡♥︎♡♥︎♡♥︎♡
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 2,229,166
  • WpVote
    Votes 32,477
  • WpPart
    Parts 10
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa