mochaalattezynv's Reading List
3 stories
BAYANGAN CINTA ADAM by bbysarahluv
bbysarahluv
  • WpView
    Reads 12
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
Aeydan Adam tidak pernah percaya pada cinta. Baginya, cinta hanyalah ilusi— indah seketika, kemudian menghancurkan tanpa belas. Sehingga Amelia Natasya hadir. Gadis itu tidak memaksa untuk difahami, tidak menuntut untuk dimiliki— tetapi entah bagaimana… dia menjadi satu-satunya perkara yang Aeydan tak mampu lepaskan. Dalam diam, mereka saling bergantung. Dalam sunyi, mereka saling menyembuhkan. Namun Amelia menyimpan rahsia. Rahsia yang bukan sahaja tentang dirinya, tetapi tentang masa depan yang tidak pernah ada “mereka”. Ketika Aeydan mula percaya bahawa mungkin dia boleh bahagia, Amelia mula menjauh tanpa penjelasan. Dan apabila kebenaran akhirnya terbongkar— Aeydan sedar satu perkara paling kejam tentang cinta: kadang-kadang, orang yang paling kita sayang… bukan ditakdirkan untuk kekal. Cuma untuk mengajar kita bagaimana rasanya kehilangan.
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 13,735
  • WpVote
    Votes 2,471
  • WpPart
    Parts 18
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow