leaderchip's Reading List
6 stories
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,596,383
  • WpVote
    Votes 405,012
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,104,999
  • WpVote
    Votes 89,349
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
[Terbit] Mr. Headhunter [UNEDITED] by ariaseva
ariaseva
  • WpView
    Reads 7,607,223
  • WpVote
    Votes 242,472
  • WpPart
    Parts 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa digilai ramai kerana perwatakannya yang sangat dingin dan sentiasa tenang dalam apa jua situasi sekalipun. Di dalam, dia seorang jejaka yang sangat romantik dan baik. Tetapi di luar, dialah manusia yang paling kejam dan ego di dalam keluarga Sr US Mafia. "Well he's my twin brother. Tapi aku handsome sikit dari dia. Dan aku takdalah sekejam dia" -Mark Jayden William Adik kembar yang tidak pernah matang. Sudah 31 tahun hidup tanpa pasangan hidup. Mungkin hidupnya memang untuk bersendirian? Mungkin? "Sedar sikit kau tu dah tua bangka. Dah lah makin lama makin hodoh. Bodoh pulak tu. Pergilah cari jodoh sana" -Ariq Frandy Louise "Orang buta je yang nak dekat lelaki kejam macam kau bro. Jadilah baik macam aku. Hidup penuh dengan tipu helah dan teknik tanpa perlu membunuh" -Spencer Riverra "Aku taknak masuk campur" -Aryan Froy Louise "Es hora de lo mejor contra lo mejor," kata Hayden sambil menayangkan senyuman pembunuhnya. Sangat sinis. [Action + Romance + Comedy] ⚠️ UNTUK PEMBACA MATANG ⚔️ Pertukaran watak utama. ⚔️ Sila baca buku 1 (Jejaka Blue & Gadis Hazel) & 2 (He's An Assassin) dahulu jika tidak mahu tersalah faham atau terbelit otak. ⚔️ Segala cerita dan isi di dalam cerita hanyalah rekaan semata-mata. ⚔️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakan perkataan-perkataan tidak elok yang digunakan di dalam cerita. Hak milik © ariaseva Start: 26th June 2018 End: 30th March 2022
AZEL [BAD MAGICIAN] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 109,008
  • WpVote
    Votes 11,545
  • WpPart
    Parts 25
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. Rasa dirinya seolah-olah sengaja diperkotak-katikkan oleh lelaki berlagak kaya itu. Kalau dah tahu dirinya tak cantik, mengapa Tengku Hayyan bersungguh-sungguh menggodanya dahulu? sekarang bila dah jatuh cinta, nak ditinggalkan sesuka hati? Apa? lelaki itu fikir, maruahnya boleh dipermainkan dengan cinta palsu ke? Lebih bertambah api kemarahan Jina apabila dia dapat menangkap hubungan sulit Tengku Hayyan bersama seorang wanita yang tidak dikenali. Apa-apa pun, dia takkan biarkan Tengku Hayyan bahagia bersama wanita itu! "Aku akan pastikan hubungan kau dengan perempuan tu akan putus! kau fikir orang macam aku tak reti nak balas dendam huh?!"-JINA "Well... rancangan yang bagus." -MISTERI "PENCULIK!!" Spritttttt!!!! Lelaki pelik itu muncul secara tiba-tiba. Latar belakangnya langsung tak dikenali, tapi dialah paling bersungguh-sungguh meyakinkan Jina bahawa dia boleh menjayakan misi memporak-perandakan hidup Tengku Hayyan. Tetapi hanya untuk tiga permintaan sahaja. "Betul ke kau boleh buat apa-apa saja?"-JINA "Tiada yang mustahil dalam magic. Kalau nak aku lesapkan dia depan mata kau pun aku boleh buat." "Tapi peliklah. Kenapa kau nak tunaikan tiga hajat jahat pulak? Jin baik buang kau ke sampai kau tersakiti?"-JINA "Sebab tak semua dalam dunia ni, perlu dibalas dengan kebaikan. Dan lagi satu, aku bukan jin. Aku Kian Arzhel. Panggil Azel!" Siapakah Azel yang sebenarnya? Adakah misi mereka bakal berjaya dan apakah tiga permintaan jahat yang Jina bakal minta? "Aku rasa aku dah ada permintaan terakhir" Jina "Tak nak dengar."-Azel Semakin sukar Azel hendak menunaikan permintaan Jina apabila hatinya mula diganggu perasaan aneh. Akibat fikirannya sering terganggu dengan bayangan wajah wanita itu, sulap matanya juga jadi tak terkawal. "I miss you, Jina."-TENGKU HAYYAN "Kau masih percayakan, dia?"-AZEL
KAPTEN ZULU AMRI 2 by hashaulia_
hashaulia_
  • WpView
    Reads 25,157
  • WpVote
    Votes 604
  • WpPart
    Parts 7
"You ni tak boleh jadi normal ke? Semua benda nak diangkut macam guni beras. I manusia. I ada kaki. Boleh jalan sendiri!" - Iris Sakura "I dah lama tak training. Anggap jelah I tengah angkat dumbbell." - Kapten Zulu Amri Dia fikir, bila dah ada anak, Zulu semakin matang. Aih, malangnya tak! Semakin ada anak, semakin merenyam. Penat Iris nak melayan. Semakin lama, semakin manja sehingga Zulu diusik oleh teman-teman. "Mich you, mich you, mich you," - Kapten Zulu "Ish! Serabutlah aku duk mich you, mich you." - Akif "Sejak bila ada kucing sesat ni?" - Joe Semakin gawat bila satu team mula mengusik. Dari kapten no mercy terus jadi kapten oyen. Kehidupan mereka perfect sehinggalah Zulu ambil satu keputusan yang mula menjauhkan mereka. "Brothers always together." Itu yang Zulu ucap namun, dia jualah yang meninggalkan. Tanpa kata, tanpa bicara. Sehingga ada hati yang terluka. "Cukup-cukuplah dengan perangai tak matang kau tu! Sampai bila kau nak bermusuh dengan aku? Aku keluar team je pun! Bukannya kau berhenti komando!" - Zulu "Kau ke, atau aku yang tak matang, tuan? Kau pentingkan diri, kapten. Kau tak pernah berbincang dengan sesiapa pun. Kau buat keputusan sendiri." "Aku buat keputusan ni demi keluarga aku!" "Dan aku siapa?!Aku siapa, Zulu? Aku siapa! Bukan keluarga kau ke? Pertingkahan mula berlaku. Hubungan mereka menjadi retak. Masing masing mula menjauh diri. Masih sayang, namun ego menguasai diri. Ingin bertegur, malangnya kecewa menghalang. Lalu, ego merajai di hati, mengawal emosi. Namun, kasih sayang tak pernah padam. Demi Iris dia buka uniform. Dan demi Akif, dia pakai kembali. Dengan satu prinsip, 'brothers always together.' "Let's bring our brother back, Yodha." - Akif "You are not allowed to die, Kapten. Back to me. Back to Gun. We will be waiting." Arahan itu, Zulu harus patuh! Dia tak boleh mati! Dia tak diizinkan berbuat demikian. Itu syarat yang Iris letak! He need to come back!
KAPTEN ZULU AMRI by hashaulia_
hashaulia_
  • WpView
    Reads 77,475
  • WpVote
    Votes 1,107
  • WpPart
    Parts 15
"Maaf terpaksa tinggalkan kau pada malam pertama kita. Kerana sumpah setiaku pada negara, memerlukan aku tika ini. I will back, in one week." - Kapten Zulu Amri. "Faham. Jaga diri. Jangan sampai I jadi janda dalam masa seminggu." - Iris Sakura Tak pernah terfikir yang dia akan ditinggalkan pada malam pertama mereka. Tapi, itulah pengorbanan yang harus dia lakukan. Namun, tiada rasa pilu di hatinya kerana mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Perginya Zulu, langsung tak memberi apa apa kesan. Kerana yang lebih menyakitkan hati, adalah keluarga sendiri. Hidup dengan keluarga toksik, benar benar buat Iris hilang sabar. Hari pertama bergelar isteri, dia dijemput pulang ke rumah gara-gara duit hantaran! "Mana duit hantaran tu? Duit tu milik ayah. Ayah nak." Kak Mila. Tak cukup dengan itu, segala perbelanjaan di dalam rumah, bil api dan air, serta duit shopping kak ipar, dia juga yang menanggung! "Seronok betul shopping pakai duit orang kan, kak? Tak pernah lagi Iris jumpa kak ipar kurang ajar masuk bilik dan ambil kad atm orang." - Iris "Kau tu kena sedar diri Iris. Selama ni, along yang tanggung kau. Kalau bukan kerana along, kau takkan hidup sampai ke harini!"- Along Dari ayah, sehingga ke abang, serta kakak ipar, semuanya toksik. Lama lama buat Iris menyampah lalu dia memilih untuk keluar dari rumah tu. Satu persatu Iris balas sehingga mereka jatuh terduduk. Dan di saat dia mula mengecapi bahagia, ada satu kejadian tak diduga, bakal meragut nyawanya. "Kapten Zulu code sign Night Ghost. Kamu dikecualikan dari operasi ni." "Aku akan pergi. With team, or without team!She's my wife! I will save her no matter what happened! Safe and sound! Thats how she will live in this life." - Zulu Mampukah Kapten Zulu Amri menyelamatkan isterinya disaat nyawa mereka di hujung tanduk? Dan siapakah Iris Sakura yang sebenarnya? Adakah seorang gadis biasa yang memerlukan CPR dari sang suami tatkala dia kelemasan atau sebenarnya dia adalah punca kepada semua yang berlaku?