fiedefers
"Bayang-bayang kadang lebih setia daripada manusia."-UMBRA
Kehilangan seorang ayah meninggalkan luka yang tidak pernah sembuh dalam diri Hadees. Lebih perit, seorang ibu yang tidak pernah memberi kasih sayang membuatkan dia rasa terasing dan sendirian.
Di sekolah, Hadees sering diejek kerana statusnya. Sekali dia melawan, sekali itu juga hidupnya berubah. Pertukaran sekolah bukan sekadar permulaan baru, tetapi jalan menuju dunia yang gelap yang tak pernah dia bayangkan.
Umbra, sebuah organisasi rahsia yang kononnya menegakkan keadilan, menjadikan Hadees sebagai senjata muda. Setiap misi membawa darah dan dosa, tetapi juga membawa Hadees lebih dekat dengan jawapan: siapa pembunuh sebenar ayahnya.
Namun, semakin dia melangkah, semakin jelas kebenaran-Umbra bukanlah penyelamat tetapi perangkap. Dan di antara tipu daya, Hadees hanya boleh bergantung pada dua perkara: keberanian sendiri dan kepercayaan kepada sahabat yang setia.
"Kadang-kadang untuk menegakkan keadilan, kau perlu tahu bila berhenti membunuh."- HADEES MIKAEL
IDRIS
Mampukah Hadees melepaskan diri daripada bayangan Umbra? Atau adakah dia akan hanyut selamanya, sehingga hilang peluang untuk menjadi sekadar seorang pelajar biasa... calon SPM yang mengejar masa depan?