CIKFRSHA's Reading List
2 stories
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,338,644
  • WpVote
    Votes 7,916
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
Timeless Love  by __luvvfyaa206
__luvvfyaa206
  • WpView
    Reads 8,541
  • WpVote
    Votes 4,525
  • WpPart
    Parts 17
Muhammad Qhaf Dannil - Juruterbang yang dingin, tegas, dan berkarisma. Di sebalik ketegasannya, dia pelindung bagi seseorang yang tidak menyedari betapa berharganya diri sendiri. Clarissa Lavennia - Pramugari yang cantik dan berdedikasi. Nampak sempurna, tetapi dihantui rasa jijik terhadap diri sendiri. Hadirnya 'DIA' bukan sekadar mengisi kekosongan, tetapi mengajarnya untuk menghargai diri sendiri. Dunia yang pernah dikenali olehnya tidak lagi sama. Bayang-bayang silam memburu setiap langkah, membisikkan ketakutan yang tidak pernah reda. Dia bukan lagi gadis yang tersenyum bebas, bukan lagi jiwa yang percaya pada dunia. Semuanya berubah sejak malam itu malam yang hampir meragut bukan sahaja maruahnya, tetapi juga jiwanya. Dia bukan sekadar mimpi buruk, tetapi luka yang terukir dalam ingatan. Setiap sudut bandarmenjadi perangkap, setiap sentuhan manusia lain terasa seperti ancaman. Dia hidup dalam ketakutan yang membelenggu, terperangkap dalam sangkar yang tidak terlihat. Masa berlalu, tetapi trauma itu masih menghantuinya. Namun, di saat dia hampir tenggelam dalam dunianya yang kelam, takdir mempertemukannya dengan seseorang. Lelaki itu tidak mendesak, tidak memaksa, tetapi cukup untuk membuat tembok ketakutannya mula retak. Dia tidak cuba memadam luka yang ada, tetapi mengajarnya menerima, bertahan, dan bangkit semula. Sedikit demi sedikit, dia belajar mempercayai. Tetapi bayang-bayang silamnya masih mengintai. Dia tahu hatinya telah jatuh, tetapi bagaimana jika kebahagiaan ini hanya sementara? Bagaimana jika luka itu kembali menghantuinya? ⚠️Setiap huruf dalam karya ini adalah hasil titik peluh penulis.Sebarang bentuk penyalinan atau penggunaan tanpa izin adalah dilarang !!