Fav Stories🤍
7 stories
Princess of Alfa Kingdom by DemiRoseff
DemiRoseff
  • WpView
    Reads 147,918
  • WpVote
    Votes 12,636
  • WpPart
    Parts 64
Princess Diana, puteri yang dibesarkan sepenuhnya di istana. Semua rakyat mengenalinya tapi hanya mengenali nama bukan rupa. Meganjak umur 16 tahun dia perlu pergi ke sesebuah sekolah dan menjadi seorang murid di situ tetapi bukan menggunakan identiti sebenar. Alasan dia pergi untuk menyelesaikan satu masalah. Nak tahu, kena la baca buku ni. 100% my idea. Do not copy.
Servant of Evil by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 17,989
  • WpVote
    Votes 1,952
  • WpPart
    Parts 144
Aku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia itu, aku telah hilang keadilan di dunia ini. Selama aku hidup, keadilan tidak pernah aku percayai. Dan disebab itulah aku bangkit membalas dendam kepada dunia ini atas keadilan yang tidak dapat aku kecapi. Aku tidak kisah dilayan seperti sampah, namun jangan sesekali memijak nama kedua ibu bapa aku. Semua yang aku lakukan kerana mereka berdua. Aku juga bangkit menentang dunia kerana itu. "Aku akan menjadi hamba engkau selama engkau dapat tunaikan hajat aku." Aku sanggup menjadi hamba raja iblis demi menghancurkan dunia ini. Tujuan aku hidup adalah menjadi pemusnah dunia dan menghancur semua keadilan yang telah memusnahkan hidup aku. Start: 6 May 2024 End:
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 482,689
  • WpVote
    Votes 65,973
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021
Silent Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 384,102
  • WpVote
    Votes 34,129
  • WpPart
    Parts 112
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di dalam diri ini. Aku terikat dengan kata itu sepanjang hidup. Hari menjelang minggu, minggu menjelang bulan, bulan menjelang tahun tetapi kalimat itu tidak pernah hilang. Malah menambahkan lagi kesengsaraan diri ini. Dan semua itu sebab aku adalah penyebab ibu aku pergi. Aku dilahirkan di dunia ini dianggap sebagai pembawa malang. Tidak ada satu pun ahli keluarga aku menyayangi aku. Semua mereka berfikir aku adalah pembawa malang. Aku tidak salah tetapi kenapa mereka menyalahkan aku? Atau mungkin aku memang pendosa sebagai manusia yang hidup. Aku sakit. Sakit dan penat menerima kenyataan ini. Dan disebabkan semua ini jugalah, jiwa kedua aku muncul. Muncul sebagai pengganti diri aku yang sungguh sakit dan penat untuk menerima kenyataan sebenar. "Aku bukan Rechel, aku Emerline." P/S karya ini mengisahkan hidup Rechel iaitu kwn kepada Claire di tears of melody Start: 1.1.2021 End: 4.4.2021 Cover by: @AizackMesle
37. The Lost Crown by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 202,130
  • WpVote
    Votes 16,391
  • WpPart
    Parts 66
Kehadiran mereka pernah sekali menjadi buah mulut penduduk. Sebuah keluarga diraja yang amat disegani dan disayangi. Namun semuanya berubah setelah keluarga ini dikhabarkan mengalami kecelakaan yang mengyayat hati, Menggemparkan ke seluruh pelosok negeri akan berita itu. Sekarang, hampir sedekad kemudian, Kerajaan Everlon declared kerajaan memerlukan waris bagi meneruskan legasi kerajaan mereka atau negeri itu akan terbiar dan dihapuskan. Harapan semakin tipis, dari kampung ke satu kampung, setiap lelaki dan perempuan telah di pilih antara usia 17 dan 18 tahun lalu dinilai. Adriena Brooke anak seorang penghulu kampung telah terpilih untuk masuk King and Queen Academy, sebuah sekolah yang dipenuhi putera dan puteri, waris anak-anak orang kaya. Kenapa dia terpilih? Siapa yang memilih dia? Macam mana dia nak larikan diri? Dan paling penting apa yang mereka telah sembunyikan dari dia? Mula 15/5 Tamat 1/6 Mei 2021
Irene: The Lost Witch 2 [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 167,858
  • WpVote
    Votes 22,810
  • WpPart
    Parts 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirnya datang kembali untuk membalas dendam yang tersimpan di hatinya. Semua yang telah dia lalui di kehidupan ini dan masa lalu telah membuat dirinya kuat untuk menahan segala kesakitan yang menimpa. Dan disebabkan itu, dia bertekad akan membalas dendam atas apa yang berlaku walaupun dia terpaksa membayar dengan nyawanya sendiri. Satu persatu rancangan membalas dendam Irene berjaya dilakukan malah dia sendiri telah membuat negara Verish ke arah peperangan. Memang itu rancangan dia selama dan itu berjalan dengan lancar. Namun tidak ada kemenangan tanpa pengorbanan. Dia sekali lagi telah melihat pengorbanan yang tidak sanggup dia hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga tersedar bahawa dirinya kini telah menghadapi satu takdir yang diberi nama.. Takdir penyihir kegelapan. Dia tidak dapat lari dari takdir itu namun dia tidak mahu takdir itu menamatkan dendam yang belum dia lunaskan. Oleh itu, dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Adakah Irene berjaya akan membalas dendam tersebut? Adakah pengorbanan yang berlaku membuat Irene hilang arah lagi? Atau adakah sejarahnya masa lalunya akan berulang lagi? Ikuti kisah ini untuk mengetahui pengakhiran Irene dan rahsia yang berlaku dibalik kehidupannya itu. Start: 8.1.2022 End: 3.7.2022
MR PRINCE'S PRISONER [complete] by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 690,465
  • WpVote
    Votes 32,852
  • WpPart
    Parts 76
Putra Kim Mikail x Najeeha Sudah jatuh di timpa tangga! Menjadi tawanan penyamun pula! Begitu lah nasib diri seorang janda muda bernama Najeeha. Ingatkan berkahwin dengan lelaki yang di cintai, diri nya boleh hidup bahagia. Rupa-rupa nya semua itu bukanlah seindah yang di sangka bila si suami berkahwin lagi dan dia diceraikan saat si suami melafazkan akad dengan wanita lain. Dapat pulak ibu mertua mulut puaka, lagi la bertambah rasa pedih di dada. Setahun bergelar janda, bekas suami berubah menjadi gila talak. Tapi Najeeha bukan lah perempuan lemah yang akan mudah untuk di pujuk rayu semula. Biarpun dia orang susah, tapi dia ada harga diri. Apa Adam ingat dia kain buruk? Bila masih cantik, pakai, bila dah buruk buang? Dia satu-satu nya anak kampung wanita muda pertama yang menjadi nelayan. Jadi jangan pandang rendah pada kaum wanita. Dia harus akur dengan takdir hidup nya. Dia masih ada nenek dan adik yang perlu di suap mulut mereka. Hidup Najeeha berubah 180 darjah ketika dia sedang menangkap ikan di tengah laut, dia telah menyaksikan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di atas sebuah kapal. "May nakakakita sa atin na pumatay ng kriminal kanina, Kim" - Han "Tangkap dia! Huwag mo siyang palayain" - Mr Prince Berjayakah Najeeha melarikan diri? Di saat dia cuba menghidupkan enjin bot, enjin bot pula mati. Geng penyamun pula sudah berdesup-desup terjun ke dalam bot kecil mahu mengejar nya. Dan Najeeha terus menjadi tawanan dalam kapal besar itu selama 14 hari lamanya. "Ni bukan tempat saya! Lepaskan saya!" - Najeeha "Kau akan jadi tawanan aku selama-lamanya" - Mr Prince "Kenapa awak kejam sangat?" - Najeeha "Dahil Mahal Kita, Jeeha.. " - Mr Prince Pertemuan ini telah membibitkan rasa cinta pandang pertama dalam hati Mr Prince, putera raja Kepulauan Kristal. Benarkah wujud nya Kepulauan Kristal? Yang di perintah oleh seorang Raja yang tidak pernah di ketahui pun kewujudan nya? ▶️Karya adalah 100% idea asal penulis sendiri Mi_Amethyst