mimiilovel's Reading List
31 stories
Better With You by Mrwaxzya
Mrwaxzya
  • WpView
    Reads 9,912
  • WpVote
    Votes 838
  • WpPart
    Parts 62
Starly Lanchaster pernah memberikan seluruh hatinya kepada seseorang. Dan dia kehilangan erti cinta kerananya. Sejak itu, dia belajar bahawa harapan hanya akan menyakitkan. Maka lebih mudah untuk tidak mempercayai sesiapa. Kemudian hadir Carter Grey. Lelaki yang sepatutnya dia jauhi sejak awal. Musuh kepada lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. "I can't afford to trust anyone again." - Starly Lanchaster "I'm not him, Star." - Carter Grey Semakin Starly cuba menjauh, semakin kerap takdir menemukan mereka. Dan semakin Carter menjadi sebahagian daripada hidupnya, semakin sukar untuk Starly berpura-pura bahawa lelaki itu tidak memberi kesan kepada hatinya. Masalahnya, Carter mahukan lebih daripada sekadar persahabatan. Sedangkan Starly masih belum pasti dia mampu mempercayai cinta sekali lagi.
The Only Certainty [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 47,232
  • WpVote
    Votes 2,903
  • WpPart
    Parts 83
BLURB Tuan Harraz Rafael dan Edlyn Khaleeda tidak pernah berkahwin kerana cinta. Mereka hanya disatukan oleh sebuah alasan yang pada awalnya membuatkan perkahwinan itu terasa seperti satu kewajipan. Namun waktu mengubah segalanya. Cinta tumbuh tanpa mereka sedari, sehingga dua manusia yang pernah yakin mereka mampu hidup tanpa satu sama lain akhirnya menjadi tempat pulang yang paling mereka perlukan. "Janji dengan abang, tak kira apa pun berlaku, it's us against the problem." -- TUAN HARRAZ RAFAEL. Mereka fikir janji itu cukup untuk melindungi rumah tangga yang telah mereka bina. Sehinggalah Mya Rosalie, anak perempuan Tuan Rehan, muncul dalam kehidupan mereka. Apa yang bermula sebagai sebuah urusan profesional perlahan-lahan membawa mereka kepada sesuatu yang jauh lebih besar daripada yang pernah dijangka. Rahsia lama mula muncul, hubungan mula diuji, dan ketenangan yang mereka bina selama ini mula retak sedikit demi sedikit. Edlyn hanya tahu satu perkara. Ada sesuatu yang tidak kena. Dan semakin dia cuba mencari jawapan, semakin dia terasa kehilangan lelaki yang paling dia percaya. "Mana abang waktu sayang perlukan abang? Mana pergi semua janji yang abang pernah ucapkan? Takkanlah tak ada sikit pun rasa untuk perjuangkan rumah tangga kita?" -- UNGKU EDLYN KHALEEDA. Apabila cinta yang pernah menjadi tempat pulang mula terasa seperti tempat paling asing, mampukah Harraz dan Edlyn memilih untuk bertahan, atau mereka akhirnya akan kehilangan satu sama lain sebelum sempat mengetahui siapa yang sebenarnya sedang bermain di belakang mereka?
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 356,207
  • WpVote
    Votes 18,200
  • WpPart
    Parts 41
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞ Alaia Zanera, nama itu secantik gerangannya. Lemah lembut, manja dan sopan, itu antara karakter yang dimiliki gadis itu. Namun, tiada siapa tahu rahsia disebalik raut wajah polos itu. Hakikat sebenar, Alaia menyembunyikan sesuatu rahsia tentang dirinya. Selepas rahsia itu bocor, sudah tentu itu mengundang kemarahan keluarga Alaia. "Kenapa you setuju untuk kahwin dengan I, Nuh? Kenapa you setuju dengan permintaan papa? I berani kerat jari I yang I akan berubah, okay? Kita tak perlu kahwin." - Alaia Zanera. "Kau ni tak reti bersyukur ke?" - Hael Nuh. Ya. Itu arahan papa Alaia, Encik Adam. Gila, bukan? Tidak perlu rasanya mengheret Hael dalam masalahnya. Dia tidak mahu terikat dengan Hael. Dan dia juga yakin yang Hael juga tidak mahu terikat denganya. Hael Nuh, sebaris nama itu dulu sering dipuja Alaia. Siang dan malam, gerangan itu yang dicari Alaia. Hubungan kekeluargaan mereka cukup dekat. Dan kerna itulah, Hael patuh dengan arahan Encik Adam untuk berkahwin dengan puteri tunggalnya. Saban hari, perkahwinan yang mulanya terbina atas permintaan keluarga itu dirasakan lari dari paksi asalnya. "Isn't clear?" - Hael Nuh. "What?" - Alaia Zanera. "I have feelings for you." - Hael Nuh. Hael pilih untuk berterus terang tentang perasaan sebenarnya pada Alaia. Namun, segalanya terasa begitu pantas. Alaia masih dibelenggu kenangan dulu. Dia masih keliru dengan perasaan sendiri. Tapi Hael tidak mudah melatah. Hael masih tegar menanti dan cuba menambat hati si isteri. Namun... "I sakit Nuh... I sakit selagi bergelar isteri you. Tolong, lepaskan I. I don't want to be your wife anymore." - Alaia Zanera.
TENTANG KITA (C)  by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 987,334
  • WpVote
    Votes 36,832
  • WpPart
    Parts 55
[Karya pertama Snowdream] Naura Husna X Hud Rusyaidi Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
Loving And Loved by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 427,058
  • WpVote
    Votes 17,720
  • WpPart
    Parts 52
Hazz Edraqi | Dahlia Evelyn Disebalik tenangnya wajah dia, tersimpan satu memori gelap yang dia cuba padam sehingga menetapkan CINTA bukan satu prioriti buat dirinya. Orangnya dingin, perangainya pun kurang sopan! Tapi entah kenapa, dia sentiasa diterima oleh semua orang. Dia Hazz Edraqi. "Tolong simpan perasaan kau tu dalam-dalam sebab aku tak peduli pun." - HAZZ EDRAQI Ya ke tak peduli? Setiap patah kata yang keluar dari mulut lancang lelaki itu memicu rasa ingin tahu anak dara majikannya. Orangnya berperangai bebas tapi hidup dikongkong orang tua. Misinya hanya satu, berkahwin dengan Edraqi dan bebas dari dikongkong mummy dan daddy serta abangnya yang gila. Dia Dahlia Evelyn. "Be my husband. I'll show you how love can make your everyday worth living." - DAHLIA EVELYN Namun siapa sangka, baru hari pertama kahwin dah berbincang pasal penceraian. Gila! Dikala mereka berdua baru mahu mengecapi kebahagiaan, satu demi satu rahsia terbongkar yang bakal menggoyahkan rumah tangga mereka. "I will never make it easy for you." - Hazz Edraqi "The weak can never forgive, Hazz." - Dahlia Evelyn start : 15.5.2025 end : 22.8.2025
YOU ARE MINE (#2): HIS REGRET by NZA1125
NZA1125
  • WpView
    Reads 6,134,309
  • WpVote
    Votes 136,798
  • WpPart
    Parts 41
"Budak paling pandai dalam kolej dah jadi pelayan lelaki kelas atasan or should I call you a prostitute? But when I touched you several years ago,you still a virgin. I must be special to you,am I right?" - Tengku Alex Iskandar "Mind your own bussiness Tengku" - Zahira Aina Zahira Aina. Nama secantik tuan empunya badan. Namun kisah hidupnya penuh dengan penderitaan. Dia terpaksa berhenti belajar akibat kerakusan seorang lelaki. Hanya kerana satu penolakan kesucian dirinya diragut. Selama 7 tahun,Zahira cuba mengemudi semula hidupnya. Namun kembalinya lelaki tersebut menyuburkan kembali kedukaan. Bukan permohonan kemaafan yang diterima tetapi cacian dan hinaan yang berterusan daripada lelaki tersebut. Tengku Alex Iskandar. Anak kepada jutawan dunia. Dia juga bergelar jutawan di usia muda.Menjadi lelaki pujaan wanita daripada zaman universiti lagi.Dia playboy. Dia tidur dengan ramai wanita. Duit yang dimiliki boleh membeli sesiapa sahaja. Namun,hatinya terpaut dengan seorang gadis bernama Zahira Aina. Kerana satu penolakan,dia bertindak di luar kawalan. Kembalinya dia selepas 7 tahun membawa seribu satu muslihat dan dendam. Pelbagai cara digunakan supaya gadis itu tersungkur di kakinya. Namun kerana satu rahsia,dia jatuh tersungkur merayu dan meminta keampunan.
YOU ARE MINE (#3): THE SEDUCER by NZA1125
NZA1125
  • WpView
    Reads 4,063,973
  • WpVote
    Votes 109,204
  • WpPart
    Parts 50
"I always wondering Aurora,what's behind that sexy black dress of yours"-Tengku Adam Akhtar "I lagi suka kalau you tak pakai apa-apa,Tengku Adam" - Aurora Salsabila Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak berminat untuk bercinta tetapi pandai berkata-kata.Saat bertentang mata dengan Si Dia, tidak keruan dibuatnya. Berkali-kali dia cuba mengelak daripada gadis tersebut,namun gadis tersebut ada dimana-mana. Dalam mimpinya. Dalam tidurnya. Malah dalam kerjanya. Belum sempat dia menyemai benih cinta,gadis tersebut pergi meninggalkannya. Dia sedar dia kalah dalam permainan cinta gadis tersebut. Gadis tersebut hanya mempermainkannya. Dia Tengku Adam Akhtar. Tidak pernah ada yang terlepas daripada genggamannya. Dia The Seducer. Memerangkap sang jejaka dalam permainan cintanya. Siapa yang tidak kenal dengan Aurora Salsabila. Seorang model yang sangat terkenal. Hidupnya liar. Tidak punya keluarga. Hanya punya kawan ,bukan yang setia. Saat sang lelaki membuka kata-kata,dia menggoda. Tidak ada yang tidak tergoda,kecuali Si Dia.Saat sang jejaka mengotakan kata cinta,dia pergi meninggalkannya. Dia juga telah kalah dalam permainan cintanya sendiri. Sangkanya lelaki tersebut tidak ambil peduli. Namun,kembalinya jejaka tersebut menuntut dirinya sebagai galang-ganti. -Jangan copy paste story Sis. Sis tahu ada yang copy dalam platform lain. I am watching!-
YOU ARE MINE (#1): WANTED BY THE DEVIL by NZA1125
NZA1125
  • WpView
    Reads 4,313,416
  • WpVote
    Votes 105,119
  • WpPart
    Parts 39
"Lepaskan saya Tengku"- Bella Safiya "For how many times that I have to remind you that you are mine baby. I've told you before that you can't escape me baby. Don't do anything stupid baby or I will make you regret your own decision. You don't want to know what I'm capable to do baby"- Tengku Daniel Marco Bella hanya dijadikan sebagai alat pertukaran hanya semata-mata untuk memenuhi wasiat bekas bapa mentuanya. Menjadi janda di usia muda tidak pernah dia impikan. Tiada tempat tinggal,tiada makanan,wang,dia dihalau bagaikan anjing kurap. Takdir mempertemukan Bella dengan kekasih sejati Si Dia. Tengku Daniel Marco merupakan seorang billionaire dan juga playboy yang sangat terkenal. Sikapnya yang dingin dan garang membuatkan para gadis ingin mendampinginya. Baginya,perempuan semuanya tiada nilai. He didn't date the girls. He bed them. What happen when he collided with an angel? Dia tidak pernah melepaskan kehendaknya. What he want, he will get it and there's nothing,no one can stop him.
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 227,841
  • WpVote
    Votes 10,139
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.