azazrh
---
𝐇𝐚𝐬𝐲𝐫𝐚𝐟 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 ♡ 𝐀𝐥𝐢𝐞𝐬𝐲𝐚 𝐇𝐮𝐬𝐧𝐚
"Dulu dia lari dengan janji. Sekarang dia pulang dengan luka."
Aliesya Husna tidak pernah lupakan sahabat kecil yang pernah berjanji untuk terus ada iaitu Hasyraf Rayden. Namun hidup tidak selalunya indah. Hasyraf tiba-tiba hilang tanpa jejak, meninggalkan sekeping hati yang masih belum mengerti.
15 tahun berlalu. Dan kini, suara yang sering muncul dalam mimpi suara yang menenangkan itu... kembali. Dalam bentuk lelaki dewasa yang penuh rahsia.
"Kawin dengan aku." - Hasyraf Rayden
"Kau hilang bertahun, tiba-tiba datang bawa lamaran? Kau fikir ni drama?" - Aliesya Husna
"Aku tak hilang. Aku cuma ikut takdir... tapi tak pernah lupa siapa yang aku tinggalkan."
---
Namun cinta yang ditinggalkan tidak mudah dipetik semula. Aliesya tersepit antara kenangan lama dan realiti pahit yang menghantuinya. Hasyraf pula dihimpit rasa bersalah dan rahsia keluarga yang tak semua boleh dicerita.