pprincesnisa_2001's Reading List
4 stories
Sungguh, Saya Cintakan Awak by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 80,682
  • WpVote
    Votes 1,776
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk : Sungguh, Saya Cintakan Awak! Penulis : Shaista Haziq Penerbit : Penulisan2u ISBN : 978-967-0567-95-2 Harga : RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni Cinta pandang pertama? Sukar untuk dipercayai tapi ternyata ia wujud. Nur Adra Nayli juga tidak ketinggalan. Turut sama terjatuh cinta pada pandang pertama. Renungan dan pandangan daripada Syed Muhammad Ajmal bisa menggetarkan hatinya. Namun, tidak pada kata-kata daripada mamat poyo itu. Menyakitkan hati adalah! “Cantik memang cantik. Tapi cantik saja tak guna kalau tak tutup aurat.” - AJMAL “Habis tu, awak ingat eloklah awak tegur dengan cara memalukan orang macam ni? Nak tegur kena cakap baik-baik dan di tempat tertutup supaya orang yang ditegur tak terasa malu!” - ADRA “Wow, tahu agama rupa-rupanya. I am impressed. Dah tu bab tutup aurat tak tahu kenapa? Tak sempat belajar ke? Cikgu meninggal ya tak sempat ajar?” - AJMAL Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Apabila dah kenal, maka bercintalah! Ajmal dan Adra bersatu atas dasar cinta. Suka sama suka. Namun, bahagia mereka tidak lama apabila satu rahsia besar Ajmal diketahui Adra. “Aku ni girlfriend Ajmal. Bakal tunang Ajmal. Ahad ni majlis pertunangan kami. Aku nak bagi amaran kat kau. Kau tinggalkan Ajmal. Jangan ganggu dia lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, kau taulah nasib kau.” - YASMIN Kehadiran Yasmin benar-benar membuatkan Adra tertekan. Baru menyulam cinta buat kali pertama dalam hidupnya, tapi sudah diuji sedemikian rupa. Adra rasa tertipu dengan kata-kata Ajmal. Kata cinta, tapi kenapa sudah nak bertunang? “Kalau awak tak suka dia kenapa awak nak bertunang dengan dia?” - Adra “Saya terpaksa. Dah banyak kali sangat umi saya minta. Lagipun saya tak ada siapa-siapa masa tu, jadi saya terima. Kalau saya tau saya akan jumpa awak, saya takkan setuju dengan rancangan umi saya tu.” - Ajmal
Sayangku Mia by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 244,509
  • WpVote
    Votes 4,505
  • WpPart
    Parts 15
Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan. “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya
PLOT CINTA UNTUK BIG BOSS by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 395,983
  • WpVote
    Votes 15,249
  • WpPart
    Parts 36
WARNING! INI HANYA PROMO. Yang tertulis di sini hanya setakat BAB 35 sahaja. Novel ini telah diterbitkan pada bulan Jun 2016 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. PEMBELIAN ONLINE: Emelkan kepada order@fajarnovels.com.my ******* SINOPSIS Ini bukan cerita memikat hati bos. Dan Lisa... tak teringin pun nak pikat hati bos. Ini cerita pasal bos malas nak fikir soal cinta. Jadi, diupahnya novelis cinta untuk selesaikan masalah cintanya... Layankan sajalah...
LELAKI PALING BAHAYA by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 77,237
  • WpVote
    Votes 4,994
  • WpPart
    Parts 19
Bagi Ayuni, Irfan umpama Lee Min Ho. Dan orang macamnya hanya boleh lihat dan meminati Irfan dari jauh... Namun dia langsung tak menjangka Irfan mengungkapkan satu ayat keramat; "Jadi isteri saya." "Ehh?" "Encik Irfan, awak demam ke?" "Apa yang awak nak saya buat untuk saya jadi suami awak?" Kata orang tua-tua, jangan lepaskan peluang yang ada. Bukan senang nak jadi heroin. Dan bercintalah dia dengan tukang masak yang hebat itu. Tapi orang kata, mana ada pasangan yang tak terima ujian... Setakat makhluk perosak rumah tangga tu, Ayuni jentik jari je. Tapi ada sesuatu yang lagi menakutkan. "Kak Ayuni, hati-hati tau dengan abang. Dia tu, kami gelar; LELAKI PALING BAHAYA!"...