Blue_Moy
- Reads 701
- Votes 102
- Parts 35
Dalam dimensi berbeza, Hannan, Zaidan dan Mikail adalah sahabat baik. Ke mana mereka pergi, mesti bersama. Namun, Mikail sebenarnya menyimpan perasaan pada Hannan, manakala Hannan pula menyimpan perasaan pada Zaidan. Walaupun tahu cintanya tak berbalas, Mikail tak pernah putus asa. Dia tetap mahu mengejar Hannan dan mendapatkan cintanya. Tapi tidak bagi Hannan. Dia rimas, dia tak suka, dia benci dengan sikap Mikail yang suka mendesak itu.
Pelbagai cara Hannan dah buat untuk bagi Mikail sedar yang dia takkan boleh cintakan Mikail sampai lah takdir merubah segalanya. Satu hari, Hannan sengaja memancing Mikail menuju ke sebuah tasik, tempat rahsia mereka. Dan di tasik itu lah semuanya bakal berubah. Sebuah sumpahan telah dimetrai. Demi peroleh ketenangan dan kebahagiaan masing-masing, mereka rela disumpah.
Hannan akan masuk ke dimensi lain. Di mana Mikail, tidak lagi mencintainya. Dan setiap kali mereka bersentuhan, akan ada tenaga elektrik yang muncul buatkan mereka terenjat hebat. Tapi, setiap sumpahan pasti ada kelemahannya. Hannan sangka hidupnya bakal tenang dan bahagia tanpa cinta Mikail. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Di dimensi itu, tiada siapa yg berpihak padanya. Dan paling teruk, dia dibenci semua. Termasuk lah Mikail.
"Aku takkan pernah cintakan kau sampai bila-bila lah! Walau mati hidup balik ke, dekat dimensi lain ke, aku takkan pernah cintakan kau!" - Hannan Danish.
"Aku sanggup korbankan rasa cinta aku pada kau kalau benda tu boleh buatkan kau bahagia. Walaupun dekat dimensi berbeza, aku yakin cinta aku pada kau takkan pernah berubah," - Dzil Mikail.
'Walau aku rindu, Pzzzztttt, renjatan selalu menolakku jauh darimu'
Jom baca STATIC LOVER, sebuah sekual dari kisah MAGNET LOVER coretan Blue_Moy
Nak tahu sambungan? Haaa sila tekan butang 'Baca/Read' tu sekarang!
REMINDER: AUTHOR SARANKAN UNTUK PARA PEMBACA BACA DULU SEKUEL PERTAMA CERITA NI IAITU 'MAGNET LOVER' SEBELUM SAMBUNG BACA UNTUK LEBIH MEMAHAMI JALAN CERITANYA.