tihanini's Reading List
66 stories
𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐋𝐘 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑 | 𝐂 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 23,867
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 26
Jelita Nurabella bukan wanita yang mudah ditakluki . Bibirnya manis menutur kata , tetapi hatinya bagai tembok yang tidak bisa dirobohkan . Raja Aqeel , lelaki yang dingin dan penuh misteri , datang menghampirinya , menyusun langkah demi langkah untuk menakluknya . Namun , Jelita bukan wanita yang mudah tunduk pada pesona seorang lelaki , apatah lagi lelaki seperti Aqeel yang seakan memiliki dunia di genggamannya . Dia jual mahal , berpaling setiap kali Aqeel cuba mendekat . Hatinya sudah berikrar , dia tidak akan jatuh semudah itu , tidak akan menjadi seperti wanita lain yang tersungkur di hadapan pesona Raja Aqeel . Namun , lelaki itu tidak pernah mengenal erti putus asa . Dalam diam , dalam lirikan yang penuh makna , dalam tutur kata yang sering membuatkan dadanya bergetar tanpa sedar , Aqeel terus menyerang pertahanan yang dia bina sekian lama . Dan tanpa dia sedar , hatinya mulai retak . Dalam detik yang tidak dirancang , dalam renungan yang terlalu dalam , dia jatuh . Perlahan-lahan , keangkuhannya runtuh , digantikan dengan debaran yang tidak mampu dia dustakan lagi . Namun , apabila cinta hadir , hadir pula ketakutan yang lebih dahsyat , takut kehilangan . Jika dahulu dia percaya dia mampu pergi tanpa menoleh , kini setiap langkahnya hanya mahu menuju ke arah lelaki itu . Raja Aqeel , yang dahulunya hanya permainan dalam rencana hidupnya , kini menjadi satu-satunya lelaki yang dia ingin genggam selamanya . "i love you , mio universo," bisik Raja Aqeel di telinganya , dan pada saat itu , Jelita tahu , dirinya bukan lagi seorang wanita yang berdiri teguh melawan cinta , tetapi seorang wanita yang akhirnya menyerah kepada lelaki yang dia cuba tolak selama ini . NOTE !! > no copy !! > segala kesalahan bole pm !! > no hating allowed !! > spam auto block !! song : Kisah Cinta Kita - Hafiz suip
𝐌𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐩𝐢𝐞𝐧𝐭𝐞 | 𝐈𝐍 𝐄𝐃𝐈𝐓𝐈𝐍𝐆 ( slow update ) by lvrndynaa
lvrndynaa
  • WpView
    Reads 2,160
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 14
𝐐𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍 𝐀𝐙𝐀𝐋𝐄𝐀 | 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐇𝐀𝐅𝐈𝐙 "We stay together, no matter what happens," Selepas peninggalan arwah ayahnya, dia terjumpa dengan seorang lelaki yang rupanya adalah lelaki kepercayaan arwah ayahnya. Saling mencintai dan mempercayai. Tetapi akhirnya kepercayaan itu runtuh disebabkan seorang perempuan, Lea Adelia. Housemate Qaireen. Selepas apa yang terjadi, Lea telah melarikan dirinya sendiri kerana malu dengan atas kesalahan yang telah dilakukan. "Im easy on you. Saya sanggup berikan awak peluang kedua," - 𝐐𝐚𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐳𝐚𝐥𝐞𝐚 "Marry me." - 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐳 Selepas Qaireen dan Thaqif mempercayai antara satu sama lain, Lea tidak berputus asa untuk meruntuhkan rumah tangga mereka. Arya Eldina, kawan rapat kepada Qaireen pula kini menjadi mangsa diupah olehnya supaya dapat meruntuhkan rumah tangga Qaireen dan Thaqif. Apa sebab Arya menerima tawaran itu? Adakah mereka bahagia? Apakah dugaan yang akan menimpa mereka lagi? Nantikan semuanya di dalam update nanti. Start : 27 JAN 2025 End : 9 MAR 2025 𝐓𝐞𝐦𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐮 : 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐲 𝐊𝐡𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫 𝐟𝐭. 𝐅𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐇𝐮𝐬𝐧𝐚🎧🎶 • Dilarang menciplak hasil karya ini dan jika cerita atau ayat saya sama seperti hasil karya anda, itu hanyalah kebetulan. - 𝓁𝓋𝓇𝓃𝒹𝓎𝓃𝒶𝒶
Rayyan Iskandar's | 𝐂 by shafiysz
shafiysz
  • WpView
    Reads 2,622,191
  • WpVote
    Votes 83,882
  • WpPart
    Parts 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerjaya dandia juga seorang yang Dingin,tegas dan tidak suka dengan mana mana perempuan selepas dikecewakan oleh 'teman wanita' . selepas setahun dirinya dipertemukan dengan kawan baik adiknya dan dari situ la dia obsess pada kawan baik adiknya 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚 - Gadis polos yang berusia 22 tahun dan mempunyai dua abang yang sangat protective pada dirinya. "you are mine baby" - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 "kenapa seribu je baby? bukan abang suruh habiskan duit yang abang bagi? abang bagi sejuta kan?kad pun sayang tak guna hm,ke tak cukup? sayang nak abang beli mall tu untuk sayang?kalau nak abang beli" - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 "simpan la untuk masa hadapan" - 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚 "You are mine obesession little Rose" - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 Start: 26 February 2022 End: 20 March 2023 - Love Me Like You Do by ( Ellie Goulding ) ⚠️ Plagiarism Is Prohibited ⚠️ 15+ ⚠️ Matured Language • 🚩 • turn green after married • cringe • banyak kesalahan bahasa/ ejaan a little information, if you don't like this story no need to read dan cerita ini sangatlah mengarut.
Zafriel Laaith | 𝐂 by shafiysz
shafiysz
  • WpView
    Reads 1,516,489
  • WpVote
    Votes 52,306
  • WpPart
    Parts 63
[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) Start : 31 October 2022 End: 29 May 2023 ⚠️ plagiarism is prohibited ⚠️ 13+
Al-Asraar : His Flower from Paradise | ½ C by cikbulann__
cikbulann__
  • WpView
    Reads 54,660
  • WpVote
    Votes 2,790
  • WpPart
    Parts 69
Kisah ini memaparkan unsur jenayah dan keganasan sebagai iktibar dan peringatan kepada pembaca. Segala perbuatan salah dalam kisah ini tidak wajar diteladani. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah dunia. Sinopsis>> Bahagian 1: His Flower from Paradise Eshal Erhal begitu, Ezzan Eidlan begini. Bukan dia yang mencari bunga, dan bukan dia yang mencari taman. Tapi bunga itu telah pun mekar, dan taman itu telah pun terbuka. Tanpa sedar, Eidlan telah menanam sesuatu yang dia sendiri tak berniat menyemai. Tanpa sengaja, Eshal telah pun berakar di tempat yang tak pernah dia rancang untuk singgah. Mereka melangkah bersama, seolah-olah menaiki tangga kejayaan yang tidak berkesudahan. Seperti permainan dam ular, setiap langkah mereka penuh dengan harapan dan kemenangan di depan mata, namun tersembunyi di bawahnya adalah jurang yang boleh merubah segalanya. Ketika dunia mereka kelihatan sempurna, siapa sangka bahawa takdir akan membawa mereka ke dalam permainan yang lebih berbahaya daripada yang mereka duga? Bahagian 2 : Rahsia
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 451,754
  • WpVote
    Votes 18,695
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
SOFEA by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 275,491
  • WpVote
    Votes 10,073
  • WpPart
    Parts 36
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] by Dasyaishere
Dasyaishere
  • WpView
    Reads 116,736
  • WpVote
    Votes 130
  • WpPart
    Parts 1
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?
PRECIOUS OF MATHEO @ DARLING,  FIRST LOVE  [ TERBIT ] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,416,732
  • WpVote
    Votes 8,820
  • WpPart
    Parts 9
TERBIT UNDER RC PUBLICATION ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. "Kau hanya milik aku. Tubuh kau hanya untuk aku. Jadi jangan biar lelaki lain sentuh tubuh kau." - Matheo. Segalanya berubah apabila Aeris tersalah hantar jambangan bunga. Jambangan bunga tersebut perlu dihantar kepada orang lain tetapi terhantar kepada sebuah kumpulan pembunuh. "Saya taknak. Saya takut dengan awak, Matheo. Please. Bebaskan saya." - Aeris. Semuanya berubah dalam hidup Aeris. Daripada seorang yang ceria kepada seorang yang menyendiri. Ianya berlaku tanpa keinginan dirinya sendiri. " Start - 25 November 2022" " End - 7 Mac 2023 " [Story Ke-7]