NYOMImeow's Reading List
200 stories
LITTLE LILY by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 10,980
  • WpVote
    Votes 1,769
  • WpPart
    Parts 5
[ BOOK 5] Tiga puluh tahun menyendiri dalam dunia dan identiti palsu, dia akhirnya bertemu nafas baharu. Asbab untuk terus hidup. "Saya teka, nama sebenar cik bukan Rosli. Cik juga bukan seorang lelaki." "Pandai awak teka. Nama saya Limah." Limah kawal senyuman. Pertama kali ada manusia reti teka jantina dirinya. Walau pertemuan kali pertama mereka tidak indah, Limah tak tahu kenapa dia asyik bermimpi di siang hari. Berangan, mahu kekal menjadi kecil. "Lah? Tiba- tiba jadi makin kecil pula bandar Deland. Pusing sana jumpa awak. Pusing ke sini pun jumpa. Tak sangka. Awak cari saya, sebab nak minta hutang kereta ke?" Masuk kali ketiga, Limah sudah tak reti bersangka baik. Tambahan pula lelaki asing itu sentiasa mengekorinya bersama dua orang jejaka perangai aneh. Gaya seperti pemiutang. "Kalau cik Limah sudi bantu. Kami bertiga mahu pinjam seorang 5 dollar dari cik Limah. Kami tak ada duit cash nak beli tiket bas." Tercengang Limah dengar pengakuan mereka. Tak sangka, wujud juga manusia yang tidak pernah menaiki bas. 5 dollar pun tiada! "Saya rasa, abang saya boleh tolong akak. Itupun kalau akak sudi tolong abang saya." Perkenalan Limah dengan seorang doktor cantik pula mengundang satu perasaan lama. Perasaan haram yang dia selalu cuba kuburkan. "Tolong macam mana?" -LIMAH "Kahwin dengan abang Muhammad." -ALTıN RUKSANA Permintaan si cantik, desakkan keluarga serta takdir seakan memihak kepada Muhammad. Jasad gagah Limah tersepit di tengah pintu hijrah. "Awak dah pandang? Pandang saya betul- betul. Tak menyesal? Saya bukan perempuan normal. Saya raksasa. Raksasa jahil. Menjijikkan." -LIMAH "Pada pandangan saya, kita sekufu." -MUHAMMAD ; Dia lelaki misteri, juga matang. Bersama rupa dan akhlaknya yang sempurna. Dengan tenang, Muhammad berjaya mengheret Limah kembali ke fitrahnya tanpa sebarang kekasaran, keluhan atau penyesalan. "Terima kasih, encik suami." -L . M "Terima kasih kembali, Lily permaisuri. -D . M. M
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,429,960
  • WpVote
    Votes 101,076
  • WpPart
    Parts 166
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 by flwrsmlee
flwrsmlee
  • WpView
    Reads 22
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 1
Dania Qistiana, gadis berumur 25 tahun yang kuat berangan, penuh gaya, dan percaya dirinya dicipta untuk dunia mewah, spotlight, dan cinta ala drama Korea. Instafamous dengan attitude bidadari tercampak ke darat, dia tak suka laut, tak suka panas, apatah lagi tak ada line internet. Tapi satu cabaran dari tunangnya, survive sebulan di pulau terpencil = mengubah segalanya. "Hello?! Mana Starbucks? Mana aircond? Kenapa bilik air ni... macam nostalgia 90-an?" - Dania Qistiana Di pulau tu, dia jumpa seorang lelaki. Bukan lelaki yang puji rupa dia. Bukan yang layan gatal dia. Tapi lelaki yang bagi dia payung masa hujan... dan tarik lengan bila dia nak pegang. Qair'w Hilman, jejaka berumur 27 tahun, mata tajam sebab kerja laut, mulut tegas sebab selalu kena urus orang kampung dan ubat hidung kembang Dania yang allergic drama. Dia tak pandai sweet talk. "Kalau awak sentuh saya lagi sekali, saya pindahkan awak ke rumah tok imam." - Qair'w Hilman Bila rahsia terbongkar - yang tunang Dania sebenarnya nak buang dia... Dania tak sedar, orang yang paling jaga dia... Tak pernah janji bulan bintang. Tapi doa dia tiap malam, namanya tak pernah tinggal. Bila dua jiwa dipisahkan oleh dunia yang berbeza...adakah takdir mampu menyatukan mereka?
MAWAR: HIKAYAT TUAH ISKANDAR by etherealelara
etherealelara
  • WpView
    Reads 2,002
  • WpVote
    Votes 138
  • WpPart
    Parts 6
Tatkala cermin pusaka terbuka oleh rahsia yang telah lama terpendam, Mawar Inara, gadis dari zaman alaf, terjerumus ke sebuah alam silam, bumi Melayu yang masih utuh adatnya dan bernyawa dengan bisikan ghaib. Di situ, dia ditemukan oleh Tuah Iskandar, seorang pahlawan berdarah bangsawan dari alam Melayu, dingin laksana bayu gunung dan bicara berlapis adat. "Wahai perempuan asing, engkau bukan dari dunia ini. Tempatmu bukan di sini. Pulanglah ke dunia asalmu, sebelum rahsia ini mengundang malapetaka." - Tuah Iskandar ​"Awak ni tak nampak ke saya terpingga-pingga kat sini? Saya pun tak nak tinggal di sinilah. Ish, cepat tolong saya cari jalan pulang!" -Mawar Inara ​Hari berganti malam, langit bersilih warna. Dan tanpa disedari, tumbuh bait-bait rasa cinta antara mereka. ​Namun, rahsia mula terbongkar. Cermin pusaka yang membawanya ke alam silam Melayu bukan hanya alat penghubung, tetapi pusaka sakti yang diwarisi turun-temurun oleh keturunan Tuah Iskandar. ​"Hanya keturunan asli yang benar-benar mengalir darah bangsawan dapat menguasai dan menjaga cermin itu. Siapa pun yang bukan keturunan asli jika cuba menguasainya, akan membawa malapetaka kepada dunia silam dan dunia luar." ​​Tuah terpaksa memilih antara taat setia kepada wasiat nenek moyangnya atau melindungi sang kekasih? Pilihan itu bukan sekadar menentukan nasib mereka berdua, tetapi juga masa depan antara dua dunia.
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 357,523
  • WpVote
    Votes 18,332
  • WpPart
    Parts 53
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
C| Ramadan by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 8,554
  • WpVote
    Votes 734
  • WpPart
    Parts 16
Kata orang Ramadan tu indah. Kata orang Ramadan itu mulia. Kata orang Ramadan itu sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya. Tetapi kenapa Ramadan yang ini tidak seperti yang diperkatakan? Bahkan ada yang membencinya setulus hati. Apa kerana dia memang ditakdirkan menderita? Atau kerana ini ujian untuknya berlari di taman syurga? Dan ini kisahnya. Kisah penuh teladan. Kisah Muhammad Ramadan Mula: 23/04/2024 Tamat: 11/05/2024 ❗️Terdapat kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan plot hole
HOLD| Bebas by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 2,701
  • WpVote
    Votes 200
  • WpPart
    Parts 5
Dream Series : 1 - Nuh Zyad Impian Nuh hanyalah satu: kebebasan. Dilahirkan dalam keluarga yang terikat dengan kepercayaan mistik, hidupnya dipenuhi dengan pantang larang yang menyekat keseronokan di luar sana. Melanggar pantang larang yang ditegaskan oleh ibunya dan menyelamatkan seorang wanita dari meragut nyawa sendiri telah membawa Nuh ke dunia roh dan makhluk halus. Hijab terbuka. Makhluk halus datang mengincar dan roh teman lelaki wanita itu meminta bantuannya. Adakah kebebasan yang Nuh cari membawa kebahagiaan atau hanya bencana kerana melanggar pantang larang ibunya? "𝘉𝘢𝘭𝘶𝘯𝘨𝘮𝘶 𝘸𝘢𝘯𝘨𝘪. 𝘔𝘢𝘬𝘩𝘭𝘶𝘬 𝘩𝘢𝘭𝘶𝘴 𝘴𝘦𝘯𝘦𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘳𝘰 𝘬𝘰𝘸𝘦." Mula: 6/10/2024
KESAYANGAN TUN by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 86,911
  • WpVote
    Votes 2,223
  • WpPart
    Parts 12
Unedited version! (may contain typos, repetition, and messy structure). 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 [Drama + Romance] [Spin-off Manuskrip] "Awak dan adik-adik ialah kesayangan saya. Macam mana saya berkorban untuk adik-adik, macam tu juga saya berkorban untuk awak." Mula: 1/1/2025
P H A R A O H by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 89,276
  • WpVote
    Votes 11,221
  • WpPart
    Parts 20
(A FIRAUN RETELLING) CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA Zaman Fatrah adalah zaman kemuncak kesesatan dunia. Satu era di mana tiada rasul diutuskan. Tiada penyeru hidayah yang membetulkan. Hidup bertuhankan nafsu semata-mata. Membuas dan merakus dalam setiap jiwa. Tiada petunjuk. Tiada jalan yang lurus. Di era sukar ini, wujud raja yang mengaku tuhan. Pharaoh Alexander. Lelaki kejam dan cilik. Membunuh itu hobinya. Darah itu kegemarannya. Menyeksa itu hiburannya. Dirinya digeruni segenap dunia. Disembah seperti tuhan. Dipuja seperti pemilik alam. Namun wujud juga di sisi lain, seorang pemuda sederhana. Allah itu Tuhannya. Nabi Isa itu nabinya. Millah itu agamanya. Pedang Allah nama diberi, Saefullah. Niatnya hanya satu. Membetulkan segala pegangan manusia era ini. Menjadikan semua hanya beriman pada Yang Satu. Menyebarkan kembali agama yang mulai luput. Namun di penghujung cerita, segalanya berubah. Takdir Tuhan mengatasi segalanya. Dunia sendiri terkedu dengan aturan-Nya. "Aku bukan tuhan, aku hanya hamba." Rujukan kitab berkenaan agama nasrani: (قصص النبيين جزء ٤) 1. Qisasun-nabiyyin juzuk 4. Karangan Abul Hasan Ali Al-hasani An-nadwi (تفسير الجلالين) 2. Tafsirul Jalalain. Karangan Imam Mahalli dan Imam Suyuti. (الرحيق المختوم) 3. Ar-rahiqul makhtum. Karangan Safiyyurrahman Al-Mabarkafuri. 4. Fadhail Amal. Karangan Shaikul Hadith Maulana Zakariya. 5. Fadhilat Sedeqah. Karangan Shaikul Hadith Maulana Zakariya. (القرآن الكريم) 6. Al-quranul karim. Cover by @ummulemonade
CASANOVA LOVE by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 35,840
  • WpVote
    Votes 3,998
  • WpPart
    Parts 17
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END: