...
3 stories
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 700,586
  • WpVote
    Votes 31,086
  • WpPart
    Parts 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
Bahagia Sekali Lagi [Coming Soon] by sitiARIFAH13
sitiARIFAH13
  • WpView
    Reads 82
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 3
Melangkah masuk saja ke dalam Raniel Holdings, Ezrien bertemu dengan kawan rapat lamanya, Muhammad Raniel Haziq. Tapi tak pula dijangka, Raniel merupakan pemilik syarikat itu. Patut nama company macam pernah dengar, bual Ezrien sendiri. Genap sebulan Ezrien bekerja di sana, sudah tentu gadis 21 tahun itu sudah rapat dengan pekerja-pekerja di Raniel Holdings. Bagaimanapun, Ezrien lebih rapat dengan Raniel kerana mereka pernah menjalin hubungan pertemanan semasa sekolah menengah dahulu. Perlahan-lahan, Raniel mula memendam rasa cinta terhadap Ezrien. Keberuntungan buat Raniel kerana Ezrien juga merasakan perasaan yang sama dan menerima baik perasaan Raniel terhadapnya. Raniel membawa ahli keluarga berkunjung ke rumah keluarga Ezrien di Seremban, Negeri Sembilan, untuk sesi perkenalan. Raniel juga memberitahu Puan Nazihah dan Encik Azman Harith tentang perasaan mereka dan juga tujuan sebenar adalah untuk merisik Ezrien. Tarikh pertunangan pun ditetapkan setelah mendapat izin dan dipersetujui daripada kedua-dua belah pihak. Setelah Ezrien bergelar tunang orang, dia cukup bahagia kerana tidak lama lagi akan mendirikan keluarga bahagia pada usia muda. Dan juga, tentunya kerana selepas ini, yang bakal menjadi peneman hidupnya sehingga akhir hayat adalah orang yang sangat dia cintai. Namun, kebahagiaan itu tak kekal lama. Harapan Ezrien diletakkan pada orang yang salah. Sesuatu yang tak diingini berlaku antara mereka, kerana salah faham dan tanpa mendengarkan penjelasan terlebih dahulu. Sehingga Raniel mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan. Apakah masih ada peluang untuk Ezrien meraih kembali kebahagiaannya? Apakah yang terjadi antara mereka berdua sehingga Raniel mengambil keputusan yang sebegitu? Sanggupkah Ezrien menghadapi segala cabarannya sendiri? Atau bersama-sama berkongsi beban dengan seseorang? ♡♡∞:。.。 𝐵𝐴𝐻𝐴𝐺𝐼𝐴 𝑆𝐸𝐾𝐴𝐿𝐼 𝐿𝐴𝐺𝐼。.。:∞♡♡ ♡♥︎♡♥︎♡♥︎♡♥︎♡