rosefairydaisy's Reading List
11 stories
AISHITERU SENJA KYOTO by Dyra_Nadhira
Dyra_Nadhira
  • WpView
    Reads 594
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 10
Nayla Yasmin sudah lama bersara daripada dunia percintaan. Selepas beberapa episod kecewa yang cukup untuk dijadikan drama 30 episod pukul 7 malam, Nayla Yasmin memutuskan hidupnya lebih aman tanpa komitmen, tanpa bunga, dan tanpa ayat-ayat manis yang akhirnya menambah beban luka di jiwanya. Jadi apabila keluarganya mula bertanya bila dia nak kahwin, jawapan Nayla Yasmin sentiasa sama. "Tak ada calon." Namun semuanya berubah apabila satu tugasan kerja menemukan dia dengan seorang lelaki di Kyoto. Aqeef Ilhan. Pada mulanya, lelaki itu hanyalah orang asing. Kemudian menjadi kawan. Hari demi hari bersama, lelaki itu turut menjadi sebab Nayla Yasmin mula melihat kehidupan dengan cara yang berbeza, seolah trauma dan luka yang dipendam di dalam hati selama ini berjaya diluahkan. Kerana ada luka yang tidak sembuh dengan masa. Mungkin dengan teman istimewa. Di bawah pepohon rimbunan daun maple, Aqeef Ilhan sering membuatkan Nayla Yasmin ketawa sehingga lupa pada hari esok bagaimana takdir mereka. Tanpa mereka sedari, terbit bibit-bibit cinta yang mekar di bumi Kyoto. Tetapi saat itu, Aqeef Ilhan sendiri tidak tahu untuk meluahkan perasaan kerana perjalanan hidup yang berbeza. Nayla Yasmin merasakan ada tembok yang dibina antara mereka oleh Aqeef Ilhan walaupun hati mereka mula terisi dengan perasaan cinta. Persoalan mula bermain. Siapakah Aqeef Ilhan yang sebenar? Apakah rahsia yang disimpan? Dan apabila rahsia itu mula terlerai, adakah kisah mereka akan berakhir seperti yang diimpikan? Atau sekadar menjadi satu kenangan yang ditinggalkan di bumi Kyoto? ***** # Andai deru bayu senja itu dapat kusimpulkan menjadi bola rindu, akan kulontarkan lembut ke perdu rasamu.. untuk menyambut panggilan rinduku ! ***** Assalamualaikum Hai 😊 ini first novel yang saya publish di sini. Jika ada kekurangan dan kesalahan, ampun dari saya. Selamat membaca sambil menyelami perjalanan di Kyoto bersama-sama dgn Nayla dan Ilhan 🍁
Te Amo [Rahsia] ✔ by aimegabriella_
aimegabriella_
  • WpView
    Reads 4,954,495
  • WpVote
    Votes 185,116
  • WpPart
    Parts 53
[ COMPLETED ] 1. Kejar kau. 2. Cium kau. 3. Rogol kau. 4. Kahwin dengan kau. 5. Happy Ever After. Aku cuma sayang kau. Hanya kau. Lebih dari diri aku. Lebih dari sesiapa pun. Aku bukan psiko. Tapi aku gila. Ya, aku gila. Gilakan kau. #3 in Sweet 一 11.5.18 #5 in Romance 一 20.5.18 #2 in Cinta 一 2.6.18 © Aime Gabriella 2018
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 10,756
  • WpVote
    Votes 2,209
  • WpPart
    Parts 16
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED] by HilmiSpencer
HilmiSpencer
  • WpView
    Reads 2,270,118
  • WpVote
    Votes 42,936
  • WpPart
    Parts 81
Irfan - Seorang lelaki 23 tahun berkahwin dengan budak perempuan yang baru 17 tahun. Tak sangka dia menjadi suami kepada budak sekolah. Isterinya merupakan pelajar yang menjadi kegilaan pelajar lelaki. Dan juga mempunyai ex boyfriend yang masih menagih cintanya. Kekasih lamanya yang merupakan isteri kepada kawan baiknya juga menaruh harapan padanya. Mampukah hubungan mereka bertahan? START : 13/11/2018 END : 25/12/2019
Suami Ku Ketua Pengawas by aariyys
aariyys
  • WpView
    Reads 964,301
  • WpVote
    Votes 47,602
  • WpPart
    Parts 43
Apabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pada awalnya, mereka membantah. Tapi bila difikirkan balik, takkan lah mereka mahu menghampakan ibu bapa mereka, kan? Apabila sudah mendirikan rumah tangga, bertikam lidah pula antara dua insan ini. Ada aje yang mahu digaduhkan, sampailah satu rasa asing yang hadir dalam diri mereka. ❛❛𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗮𝗳𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶, 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮.❞ - Tengku Irfan Hakim. ❛❛𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝗮𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶, 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗶 𝗱𝗶𝗮.❞ - Nik Sumayah Yaqana. ❛❛𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿?❞ - IrMayah Rumah tangga mereka, menjadi huru-hara apabila banyak rintangan yang datang. Bermula dengan seorang gadis, guru, dan rakan. ❛❛𝗔𝗸𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗮𝘂 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.❞ ❛❛𝗞𝗮𝘂 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗲𝗵?❞ ❛❛𝗧𝗮𝗸.❞ Semakin banyak rintangan yang mereka hadapi, makin kukuh masjid mahlighai mereka. ❛❛𝗧𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶! 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗮𝗸𝘂!❞ ❛❛𝗦𝘂𝗺𝗮𝘆𝗮𝗵, 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁, 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂.❞ Mampukah Irfan dan Maya mempertahankan rumah tangga mereka sampai akhir hayat mereka?
Tautan Takdir by itshanipa
itshanipa
  • WpView
    Reads 3,615
  • WpVote
    Votes 167
  • WpPart
    Parts 51
Lima tahun lalu, Rayyan Elias melarikan diri di hari akad nikah mereka, meninggalkan Erisya Elyna menanggung malu dan luka yang dalam. Kemudian, takdir menemukan mereka kembali - kali ini di syarikat milik Rayyan, dan Erisya menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang pernah menghancurkan hidupnya. Rayyan ingin menebus kesalahan lalu. Erisya pula masih berjuang antara benci, maruah, dan perasaan yang tidak pernah padam. Mampukah cinta yang pernah musnah bertaut kembali, atau luka lama itu terlalu dalam untuk diubati?
Teman Istimewa | Complete by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 73,705
  • WpVote
    Votes 6,516
  • WpPart
    Parts 48
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 𝒈𝒆𝒏𝒓𝒆𝒔; 𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 + 𝒔𝒍𝒊𝒄𝒆 𝒐𝒇 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒕𝒓𝒐𝒑𝒆𝒔; 𝒎𝒂𝒓𝒓𝒊𝒂𝒈𝒆 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒏𝒗𝒆𝒏𝒊𝒆𝒏𝒄𝒆 + 𝒒𝒖𝒊𝒆𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 + (𝒏𝒐𝒕 𝒔𝒐) 𝒆𝒏𝒆𝒎𝒊𝒆𝒔 𝒕𝒐 𝒍𝒐𝒗𝒆𝒓𝒔 + 𝒔𝒍𝒐𝒘 𝒃𝒖𝒓𝒏 + 𝒇𝒐𝒖𝒏𝒅 𝒇𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 263,975
  • WpVote
    Votes 10,283
  • WpPart
    Parts 48
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 518,911
  • WpVote
    Votes 45,199
  • WpPart
    Parts 86
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,303,969
  • WpVote
    Votes 75,340
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?