Raspberryshere's Reading List
32 stories
ISTERI TANPA HATI by Dee_Yashara
Dee_Yashara
  • WpView
    Reads 28,288
  • WpVote
    Votes 1,419
  • WpPart
    Parts 38
"Cinta tak semestinya hadir di awal cerita, tapi tanpa hati... mampukah ia bertahan hingga ke akhirnya?" Yasmeen Aluna tidak pernah mengimpikan sebuah perkahwinan tanpa cinta. Namun demi keluarga, dia rela menjadi isteri kepada Raes Jibran-lelaki berwajah dingin, berhati beku dan penuh ego. Bagi Raes, Yasmeen hanyalah perempuan yang 'disumbat' ke dalam hidupnya oleh kehendak orang tua. Setiap hari dalam perkahwinan mereka adalah ujian. Kata-kata sinis, renungan tajam dan layanan acuh tak acuh jadi makanan harian Yasmeen. Namun, wanita itu tetap bertahan-kerana prinsip, kerana maruah, dan kerana satu perasaan yang mula tumbuh tanpa dipinta. Tapi bila akhirnya Raes mula belajar mencintai... Yasmeen pula sudah penat. Hatinya sudah mati, hilang bersama luka-luka yang dikumpul saban hari. Adakah kasih sayang seorang isteri masih berguna apabila cinta itu hanya disedari setelah dia pergi? Atau Raes Jibran akan meratapi satu kehilangan yang dia sendiri ciptakan?
Rahsia Hana (C)  by Hudafuadd
Hudafuadd
  • WpView
    Reads 13,174
  • WpVote
    Votes 791
  • WpPart
    Parts 53
Novel Kelima Rahsia Hana 🍁 Hana Irdina bukan gadis biasa. Dalam dunianya yang eksklusif, dia punya segalanya kecantikan, kejayaan dan kebebasan. Namun, di sebalik wajah tenang dan senyum yakin itu, tersembunyi satu rahsia yang memenjara jiwanya. Baginya, cinta itu hanya membuka ruang untuk luka. Dan perkahwinan? Bukan untuk orang sepertinya. Emir Harraz pula membawa duka yang berbeza. Kematian isteri yang amat dicintainya menjadikan dia seorang lelaki yang tertutup hatinya. Dunia cinta telah dia tinggalkan...Tapi mak mertua nak dia kahwin dengan kembar arwah isterinya tapi emir menolak kerana dia belum bersedia sehinggalah dia bertemu gadis yang membuatkan jiwanya kembali bernyawa. Satu cabaran gila di majlis reunion UKM. Hana dicabar untuk menawan hati duda hot yang katanya 'imun pada cinta'. Niatnya hanya untuk berseronok. Tapi pertemuan yang sepatutnya hanya main-main telah menggoncang hati dua jiwa yang pernah patah. Bila Emir melamar dengan penuh harapan, Hana terperangkap antara rahsia silam dan perasaan yang tak sepatutnya wujud. Sanggupkah Hana melukai hati yang ikhlas... hanya kerana takut menerima cinta? Dan jika kebenaran terbongkar, adakah Emir masih mahu menjadikan dia isteri... atau sekadar kenangan? ⛔Plagiat tak dibenarkan⛔ ⛔Semua dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata.
CRUEL DESTINY | C by missraisha_
missraisha_
  • WpView
    Reads 313,077
  • WpVote
    Votes 16,393
  • WpPart
    Parts 55
[BOOK SERIES ] Empat tahun yang lalu, dia ditinggalkan atas alasan bahawa sang isteri sangat lelah dengan keadaan yang serba kekurangan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang berusia 21 tahun yang asal usulnya tidak diketahui, hidupnya tenang sebelum bertemu dengan Datin Rose. Rais Andika - Seorang jejaka yang berusia 24 tahun. Dia disahkan lumpuh dan mempunyai trauma yang mendalam setelah mengalami sebuah kemalangan jalan raya berpunca daripada salah orang lain. Kerana aturan keluarga, mereka berkahwin. Asing tetapi seperti rumah. Itu yang dirasakan oleh sang jejaka. "Sumpah, aku penat hidup susah dengan kau." - Chempaka Elana. Bumi itu selalu berputar pada paksinya. Setelah empat tahun mereka tuhan mempertemukan mereka semula. Di sini, segala-galanya bermula... Penderitaan baru sahaja dimulai... Bagaimanakah kesudahan kisah ini? IN RANKING: #3 in sadromance. Start: 9 Ogos 2024. End: 18 May 2025.
SILENT BETRAYAL  | C | by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 205,515
  • WpVote
    Votes 5,455
  • WpPart
    Parts 45
"Sometimes, the deepest wounds come from the quietest betrayals." Dia - Zayyan Emir, lelaki dingin yang menguasai dunia korporat dengan ketegasan dan prinsip. Tiada ruang untuk cinta, tiada tempat untuk wanita dalam dunianya yang penuh aturan dan reputasi. Namun hidupnya berubah drastik bila satu tuduhan menjatuhkan maruahnya - dituduh mengandungkan seorang wanita asing. Wanita itu muncul dalam hidupnya bukan dengan senyuman, tapi dengan kandungan yang memboyot dan linangan air mata. Fitnah itu datang dari adik kandungnya sendiri. Zayyan tidak mahu mendengar penjelasan. Dia hanya mahu menebus maruah. Maka perkahwinan paksa pun terjadi. Wanita itu, Arianna Liyana, kini sah isterinya - tapi dalam hatinya, dia hanya 'hukuman'. Arianna terperangkap dalam perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Dipandang hina, dilayan tanpa hati, dan dituduh membawa aib. Namun dia tetap bertahan - demi anak yang tidak bersalah. Dan perlahan-lahan, retak pada dinding hati Zayyan mula terbuka. Dia mula melihat cinta dalam diam Arianna. Dia mula menyayangi anak yang bukan darah dagingnya. Tapi saat cinta ingin mekar... Kebenaran akhirnya terbongkar. Dan segalanya mungkin sudah terlalu lambat.
Antara Dia & Dia by Cik_Haslly
Cik_Haslly
  • WpView
    Reads 2,540
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 57
Tiada hari tanpa air mata.Hidupnya penuh pancaroba.Dipaksa oleh keadaan yang mendewasakan diri.Namun Alia pasti,selagi dirinya teguh percaya pada Sang Pencipta,hidupnya pasti akan baik-baik saja dipengakhirannya. "Antara dia dan dia" Yang mana satu akan menjadi penguat semangat dan pelengkap hidup Alia? Aniq,setiap kali bertemu pasti tercetus perbalahan antara mereka dan sudah tercatat dikamus hidupnya,Alia musuh ketatnya.Tapi kerana satu kejadian,Aniq mengucapkan janji bahawa Alia adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dijaga sepenuh hati.Namun belum sempat janjinya dikotakan,dia pula menghilangkan diri tanpa berita.Alia sudah hilang kebergantungan hidup. Tetapi dengan takdir Tuhan,Alia dipertemukan dengan Aydan.Kerana salah faham,Aydan nekad menjadikan Alia sebagai isterinya.Bukan kerana cinta tapi kerana dendam.Hari demi hari Alia mulai penat.Terlepas dari perbuatan kejam ibu tirinya namun terseksa kembali oleh si suami yang tidak pernah memperlakukannya layak seorang isteri. Dalam keadaannya yang hampir berputus harap,Aniq kembali ingin mengotakan janji yang pernah diucapkan dulu.Aniq yang belum mengetahui status sebenar Alia,terus mengejar. Alia dihimpit dua pilihan. Antara Aniq yang kembali memberi semangat dan selalu menjadi zon selesanya atau Aydan dengan tingkahnya seolah-olah tiada pendamaian yang akan berlaku antara mereka berdua?
First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ] by NURADREENAASHEERABIN
NURADREENAASHEERABIN
  • WpView
    Reads 537,722
  • WpVote
    Votes 19,591
  • WpPart
    Parts 78
AMARAN ⚠️ Pengenalan sudah cukup membuatkan badan meremang dan air mata mengalir. Cerita ini akan membuatkan emosi anda tidak stabil. Jikalau anda tidak kuat, jangan baca. _______ ✨🦋✨ _______ - THE LAST LOVE FOR US - Arainna Asheera, mungkin lebih di kenali sebagai Nana. Hidupnya tidak seindah gadis yang lain. Dari kecil lagi dirinya perlu merasai pahitnya kehidupan. Qarizh Damien. Seorang lelaki yang amat Arainna cintai. Tapi hatinya sakit apabila mendengar tentang lelaki itu sudah tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. Tapi siapa sangka? Larilah sejauh mana pun ia. Kalau sudah tertulis lelaki itu untuk Arainna. Tiada sesiapa yang boleh menghalang lagi. Arainna sudah sah menjadi milik Qarizh Damien. Di awal perkahwinan hanya indah saja. Tapi tanpa gadis itu sedar. Sang suami telah merancang satu pelan kejam untuknya. Apabila terbongkar satu kisah silam sang isteri. Arainna tidak lari dari di hina dan di caci oleh sang suami. " Aku haramkan engkau bin atau bintikan anak tu dengan nama aku!" - Damien. Cinta? Di sebabkan cinta, Arainna hampir meragut nyawa seorang gadis yang amat dicintai oleh suaminya. Nur Haellyzar. " Kalau kau sentuh Elly, aku akan hancurkan hidup kau. Kau kenal akukan?" - Damien. Kejadian gila yang di rancang oleh Arainna telah membongkarkan satu persatu pelan kejam yang di rancang oleh suaminya. " Adik tahu adik banyak sangat buat dosa. Tapi tak layak ke adik untuk berubah? Kenapa dia buat adik macam kucing kurap? Adik benci dia, abah! Dengan nama Allah. Adik benci dia!" - Arainna. Apabila ingin hidup dengan cara sendiri dan ingin mencari bahagianya sendiri. Ada saja yang meminta peluang kedua. " Sayang... Tak layak ke abang untuk jadi ayah kepada anak ni?" - Damien " Anak ni tak hadaplah nak ada bapak yang tak bertanggungjawab macam kau!" - Arainna. Plan kejam apa yang telah di rancang oleh Damien sehingga membuatkan gadis itu susah untuk memaafkan dirinya kembali? _______ ✨🦋✨ _______
⋆˚。⋆˚ 𝙱𝙴𝙽𝙲𝙸 𝚃𝙰𝙿𝙸 𝙽𝙸𝙺𝙰𝙷 ˚⋆。˚⋆ by Luna-think
Luna-think
  • WpView
    Reads 270,818
  • WpVote
    Votes 8,108
  • WpPart
    Parts 50
Kahwin dengan musuh? Siapa je yang sanggup?! Adra Aleeya dan Faiq Qalish-dua insan yang langsung tak sebulu. Bagi Adra, Faiq tak lebih dari lelaki menyakitkan hati yang pernah menghancurkan kepercayaannya dulu. Manakala bagi Faiq, Adra hanyalah gadis keras kepala yang seronok menentang dia dalam segala hal. Bagi Adra, perkahwinan adalah tentang pilihan dan cinta-bukan satu paksaan. Tapi hidup tak selalu ikut kehendaknya. Dalam sekelip mata, dia dijodohkan dengan Faiq Qalish, lelaki yang sejak dulu lagi dia tak pernah sebulu. Dari hari pertama, hidup mereka penuh dengan perang dingin, drama tarik tali, dan cubaan Adra untuk mengelak dari segala bentuk "suami isteri things." Tapi Faiq? Dia tak pernah penat mencuba. Dengan muka tak malu, ayat menggetarkan hati, dan godaan tanpa henti-dia nekad nak buat Adra panggil dia "abang." "Cuba panggil aku abang." - Faiq Qalish "Pergi mampus." - Adra Aleeya Tapi benci ke kalau setiap kali Faiq dekat, jantung Adra laju semacam? Dari perkahwinan yang penuh kejutan, drama makcik-makcik bawang, hingga ke bab cinta yang makin membara, mampukah mereka ubah benci jadi cinta? Atau Faiq bakal tersungkur dalam misi menawan hati isteri sendiri? Sebuah kisah perkahwinan paksa yang penuh gelora, kelakar, manis, dan pastinya buat jantung berdegup laju!
Bidadari Hati Aysar by YanieArifin
YanieArifin
  • WpView
    Reads 8,829
  • WpVote
    Votes 236
  • WpPart
    Parts 13
"Kau jangan ingat aku ikhlas nak kahwin dengan kau. Kalau bukan sebab mama dan papa yang paksa jangan harap aku sudi jadikan kau isteri!" - Aysar Haiden. "Baiklah, kalau dah tu kata awak. Saya akan terima. Tapi sebelum tu saya ada satu permintaan. Sebelum awak pergi, izinkan saya untuk salam tangan suami saya untuk kali yang terakhir. Mungkin selepas awak balik nanti keadaan dah tak akan sama antara kita." - Aileen Aryana. Demi sebuah wasiat, Aysar Haiden terpaksa menerima Aileen Aryana sebagai isterinya. Demi mengejar cita-cita Aysar Haiden meninggalkan isterinya tidak sampai 24 jam mereka bergelar suami isteri. Aileen Aryana sudah tawar hati. Buat apa memaksa kalau orang dah tak sudi. Demi sebuah janji dia menunggu Aysar Haiden pulang untuk menoktahkan segalanya. Namun takdir mengatakan sebaliknya. Kepulangan Aysar Haiden membawa satu janji baru. * Mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan pada ayat atau ejaan. Saya budak baru belajar. Ini merupakan penulisan pertama saya yang sudah complete. Harap anda semua enjoy!
Book 4 : Seduction √ by rosesnorkeds
rosesnorkeds
  • WpView
    Reads 645,977
  • WpVote
    Votes 13,808
  • WpPart
    Parts 12
Megat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya Amanda Vierra Dia tak bahagia. Hidupnya derita. Segalanya hilang, hidupnya penuh dendam, dendam pada seorang manusia yang dianggap telah meragut semua kebahagiaannya. Kerana dendam lalu, kisah ini bermula. Terlalu lama dia bertahan, terlalu kuat rasanya dendam yang sudah bersarang dihati. Lelaki itu bahagia, sedangkan dia? 13 tahun menanggung menderita, disebabkan oleh lelaki itu. 2024
HE MY HUSBAND (COMPLETED) by syahh009
syahh009
  • WpView
    Reads 131,143
  • WpVote
    Votes 2,599
  • WpPart
    Parts 28
HAYYAN ZAFUAN seorang lelaki yang segak, hensem namun, walaupun pon begitu, anda tersilap anggap. Siapa yang sangka lelaki yang macho ini sebenarnya GAY! "AYANG! apa semua ni?! Sayang tipukan?" Ujarnya melihat bf nya yang berpeluk dengan seorang gadis seksi. "Kita putus!" ARIN MIKAYLA bertudung manis, menutup aurat dengan sempurna hanya lah penipu sahaja. Lakonan nya yang sangat real membuat semua nya percaya katanya. Dipaksa kawin dengan seorang lelaki gay untuk membimbing ke arah jalan yang benar sangat sukar bagi nya. Cinta? Tunggu ayam jantan bertelur dululah baru dia bercinta. "Awak. Makan bubur ni tau. Sedappp" pujuk Arin lembut memandang wajah suaminya yang pucat. Semakin lama, perasaan aneh muncul. Diusir makin kuat rasanya. Sia² sahaja baginya. "Kau ni pergi mana?" Mata tepat memandang Arin menuju ke sofa bersama bantal. "Tido lah" bibir mencebik tanda tidak suka. "Tido je sini.tak yah sana" Arin menggeleng kepalanya. Melihat wajah bengis hayyan membuat nya akur. Nak tak nak terpaksa dia ikut. "You re mine girl. Just mine teroso"