MALAY
196 stories
UNTUK KE SYURGA 3✓[New story] |هجرة  by samperitmilo
UNTUK KE SYURGA 3✓[New story] |هجرة
samperitmilo
  • Reads 2,790
  • Votes 289
  • Parts 6
[ SEKUEL UNTUK KE SYURGA 1 & UNTUK KE SYURGA 2 ] Bismillah. Percaturan yang tidak selesai terus memburu dua orang pemuda ini. Mimpi ngeri Salman dan Zack kembali menghantui di saat Mat Shah sudah mengetahui keberadaan dua orang pembelot tersebut. Mereka pembelot, pembelot dari kumpulan sendiri yang menempah tiket ke neraka. "Man, isteri aku tengah sarat mengandung...." -Zack- "Bunuh je lah aku seperti apa yang dorang minta kau buat! Bunuh!" -Salman Firash- "Aisyah percayakan abang. Aisyah percaya abang akan datang balik demi Aisyah dan anak-anak." - Aisyah Qomar- "Ainur Mardhiah atau Aina Mardhiah? Saya suka dua-dua nama ni." -Atiqah Najla- Pergelutan yang menjerut jiwa. Persahabatan, kesetiaan dan cinta. START: 15 Feb 2022 END: - . . . Support sekuel ketiga ni!! Jangan lupa vote & komen
C | Aiman Ariths by BungaLiliath
C | Aiman Ariths
BungaLiliath
  • Reads 45,766
  • Votes 3,267
  • Parts 87
♤3rd Ariths Series♤ -Coming Soon in April- Siapa Aiman Ariths? Cuma dua kata. Buaya Darat Hebat percaturan dunia, tak sangka ada Intan di balik sayap besar Dragon. Putri Intan Kayish- model terkenal yang berjaya mencipta nama dengam hanya jangka masa dua tahun. Dia hebat dalam dunia permodelan tapi hidupnya? Berantakan. Satu demi satu masalah menimpa sejak dia berjumpa dengan Aiman. Dengan rela hati dia ungkapkan kebenaran pahit yang selama ini dia sembunyikan tentang Dragon. Mampukah Intan memilih antara darah dan kebenaran? Aiman Ariths - jejaka yang bersahaja. Sering menjadi penghibur dan mencipta drama swasta dalam organisasi Ariths Security. Tapi soal wanita dia yang paling arif. Seorang jejaka yang tak suka berkongsi cerita, mungkin buat-buat gembira tatkala benci pada ayahnya membuak-buak. "Apa yang kau sembunyikan dia rumah banglo?" Niat ingin menyelamatkan tapi hati Sharon Kirana sudah terpahat buat Aiman. Jejaka yang bertanggungjawab ke atasnya sejak kejadian satu tahun yang lalu. Apa cerita pertemuan mereka berdua? "Tak mudah kan? Aku faham tak mudah nak memilih antara darah dan kebenaran?" -Daniel Arsyan Ariths Apa yang ada di sebalik Dragon? Mampukan Ariths Security merungkai kes rumit melibatkan buah hati Aiman? "Bukan itu niat abang"- Aiman Ariths Adakah Aiman mampu pertahankan permaisuri di hati bila Putri Aatika Ariths wujud antara mereka? "See you when I see you, princess" - Aiman Ariths Adakah jalan untuk bersama semula? Start: 9 september 2024 - End: 23 April 2025 See you later!
C | Poison by BungaLiliath
C | Poison
BungaLiliath
  • Reads 355,704
  • Votes 12,309
  • Parts 67
♤1st Ariths Series♤ Daniel Arsyan Ariths x Mawar Ariana Dendam? Dengki? Sebuah agensi keselamatan ditugaskan untuk merungkaikan kes berkaitan business kongsi gelap yang dijalankan di satu kelab malam. "Ini kes licik Amir. Kes pelacuran, dadah, pemerdagangan manusia dan jualan organ dalaman secara haram. Kes ni dah lama dalam siasatan polis tapi Amir bukan sembarangan orang, dia bijak hapuskan bukti dan jejak jenayah dia. Satu habuk pun polis tak dapat nak rungkai. Semenjak Sara masuk, lagi susah polis nak selinap masuk untuk menangkap Amir. Sebab tu kes ni di bawah Ariths Security sekarang. Dua tahun kes ni dibawah polis tapi laporan tetap sama. Amir tidak bersalah kerana tiada bukti kukuh" Mawar dibawa masuk ke dalam Ariths Security dengan kod nama Poison. Namun silat hanya kemahiran yang belum cukup digilap, hanya beralaskan pengalaman sahaja tidak cukup untuk Mawar lindungi mereka. Satu hari, sesuatu yang tidak diduga terjadi. Mawar dan Daniel terpaksa bersama kerana hanya sebotol air minum di bilik hotel. "So that's why that bitch enter that room. Untuk letak pil peransang. Tak sangka trick murahan macam tu jadi juga"-Aadyan Siapa musuh sebenar mereka? Sara Atisha kawan kepada Mawar atau Amir, masa lalu Daniel Arsyan Ariths? Atau ada bayang lain yang bersembunyi menunggu kehancuran keluarga Ariths? -Betrayal after betrayal- ✔️Action ✔️Romance ✔️Cliche ✔️Mature ✔️Perlukan sedikit air mata #1 fight (26/12/2024) (9-10/3/2025) (9/4/2025) #1 plot (26/12/2024) #3 malayromance (15/1/2025) #2 action (2/2/2025) Cerita ini milik BungaLiliath dan 100% karya sendiri.
C | Dark: Aadyan Rafael Ariths by BungaLiliath
C | Dark: Aadyan Rafael Ariths
BungaLiliath
  • Reads 488,861
  • Votes 14,790
  • Parts 69
♤2nd Ariths Series♤ Poison Spin-off Aadyan Rafael Ariths X Alia Rania "She don't have any other choices, it's either me or me. No other option" ✔️Cliche ✔️Mature ✔️Possesive ✔️Spin-off #1 Love (29 Oct 2024) (15 Jan 2025) (16 Jan 2025) Start: 31 December 2023 Finish: 4 April 2024 Ini adalah cerita milik BungaLiliath. 100% perah dari otak.
DIA MILIKKU : HER BODYGUARD  by niyaebelyn
DIA MILIKKU : HER BODYGUARD
niyaebelyn
  • Reads 692
  • Votes 35
  • Parts 3
Dia muncul bila peluru mula menari. Dia berdiri bila semua orang lari. Dan bila kau sentuh perempuan tu... kau mati. Tyara Adleena bukan gadis lemah yang mudah diarah. Anak kepada seorang ahli perniagaan ternama, hidupnya kelihatan sempurna tapi realitinya, penuh rahsia dan kesepian yang dibungkus dengan ego setinggi langit. Masuklah seorang lelaki yang tak pernah diundang tapi terlalu sukar untuk diabaikan. RIEV A.K.A BODYGUARD PALING MITHALI. Mulut celupar, barbarian, selamba, Sifat yang tenang tapi menyakitkan. Setiap ayat dia bunyikan ada saja sindiran pedas yang buat darah Tyara naik mendadak. Dia datang sebagai pelindung. Tapi bagi Tyara, dia cuma perosak mood, pengacau rutin, dan pencetus pergaduhan nombor satu. "perempuan jenis kau ni patutnya dah lama orang campak sebab menyusahkan, tak tahu bersyukur dan menyakitkan hati. aku pelik lah.. macam mana ayah kau sanggup bayar mahal untuk simpan 'liabiliti' macam kau eh?" -RIEV Tapi dalam setiap pergaduhan, ada satu benda yang tak pernah padam. Tension antara dua manusia keras kepala yang sebenarnya... saling jatuh cinta diam-diam. Tapi tidak semudah itu. Kerana Riev bukan sekadar bodyguard biasa. Di sebalik usikan, pergaduhan dan sindiran sinis, mereka berdua sedang ditarik perlahan-lahan ke dalam dunia yang lebih gelap. Dinding yang dibina mulai retak. Rahsia yang disorok bertahun mula terkuak. Dunia di mana cinta bukan pilihan utama... tapi satu-satunya cara untuk terus bertahan. "aku tak sangka kau boleh sekejam ini jantan tak guna! kau gunakan aku untuk dapatkan apa yang kau nak? kau memang manusia bertopengkan syaitan!" -TYARA "kau dah tak boleh lari daripada aku lagi tyara... kau sepenuhnya dah jadi milik aku..." -A.V Apa sebenarnya yang telah terjadi? Dimana perginya riev dan siapakah lelaki misteri itu? Dan mampukah tyara lari dari genggaman lelaki itu? "touch her, you die" -A.V
ARESTELLA  by SHA_ATASHA
ARESTELLA
SHA_ATASHA
  • Reads 23,162
  • Votes 2,148
  • Parts 10
"Welcome back....... Our princess"
In Your Time - Complete ✅ by saraimani99
In Your Time - Complete ✅
saraimani99
  • Reads 61,063
  • Votes 2,143
  • Parts 43
Luna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang rendah, sentiasa menjadi bualan para penggemar industri tanah air. Siapa sahaja tak kenal Luna Tihani. Namun, sangkaan Luna tentang populariti diri meleset apabila bertemu seorang lelaki. "Nampak tak papan iklan yang besar itu. Perempuan itu ialah aku. Aku , Luna Tihani, antara pelakon terbaik di Malaysia." "Kalau betul kau pelakon, aku rasa kau kena berusaha keras sedikit, sebab ada lagi manusia yang tak pernah tengok kau." Hafiz Malik- Seorang inspektor di jabatan jenayah yang sedang menyiasat satu pembunuhan kes bersiri. Dalam masa yang sama juga, dia ditugaskan untuk menyelesaikan kes bunuh Datin Seri Zaitun yang juga merupakan nenek angkat kepada Luna Tihani. "Ikut aku ke balai. Kau ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datin Seri Zaitun"- Hafiz Malik Luna Tihani menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas. Kerana itu juga, kariernya hampir hancur. Tiga tahun kemudian, takdir menemukan kembali Luna Tihani dan Hafiz Malik. Kali ini, Luna nekad, dia perlu segera bertindak sebelum terlambat. Dia ingin bahagia buat kali terakhir. "Aku nak mati sebagai isteri kau. Aku disahkan menghidap kanser otak dan doktor kata aku hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja. "Selama ini, hanya aku yang selalu ditinggalkan. Kali ini, aku akan jadi orang yang meninggalkan. Aku nak pergi dengan tahu bahawa ada orang yang akan meratapi kematian aku nanti. Orang itu ialah....kau....." In your time....Luna ingin hidup dalam waktu yang berputar buat Hafiz. Mampukah Luna merasa bahagia seperti yang dia inginkan? Adakah ada cinta di hati Hafiz buat Luna?
Let It Rain (Complete) by saraimani99
Let It Rain (Complete)
saraimani99
  • Reads 540,144
  • Votes 17,202
  • Parts 52
~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas. Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung. "Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." "Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...." Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti. "Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." "Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa. Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu. "Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu." "Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."
Perfect Sky by saraimani99
Perfect Sky
saraimani99
  • Reads 133,374
  • Votes 6,954
  • Parts 50
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.