joshAFI10's Reading List
6 stories
Hud Hudzaifah [OG] by maleekaa
maleekaa
  • WpView
    Reads 821
  • WpVote
    Votes 60
  • WpPart
    Parts 4
Sipnosis: Pernah dengar tentang cinta pandang pertama? Itulah yang dirasakan Adella Catalina tatkala pertama kali berjumpa lelaki pujaannya, Leftenan Hud Hudzaifah. Hanya mendengar namanya saja, Adella sudah rasa berdebar tidak keruan. Setiap hari, setiap jam, gadis itu tak putus-putus mahu menarik perhatian lelaki itu. "Hud, awak rasa tak bumi ni bergoncang? Sebab hati saya rasa bergoncang bila ada dekat dengan awak!"-ADELLA CATALINA "Kau bukan hati bergoncang. Kau tu otak yang bergoncang. Bukan setakat bergoncang, dah jadi gempa bumi kut dalam otak kau. Itu yang tak betul."-HUD HUDZAIFAH Bermacam cara dicuba Adella untuk memikat hati Hud. Tapi gadis itu tak kenal istilah putus asa. Kalau dia mahu, dia tetap akan cuba. "Hud, saya ada buat nasi goreng untuk awak."-ADELLA CATALINA "Puih! Kau letak secubit garam ke kau letak satu bekas terus? Masin sangat ni, boleh kena darah tinggi aku."-HUD HUDZAIFAH Bahagia mereka terasa manis, namun tidak lama. Datang pula ujian yang melanda, menguji kesetiaan dan kepercayaan. Kadang manusia tak lari dari sifat dengki, dan pengkhianatan boleh muncul dari arah yang tidak disangka. "Aku tak tahu kau boleh jadi racun untuk aku. Kenapa kau buat aku macam ni?"-ADELLA CATALINA "Aku minta maaf."-? Tanpa diduga, keputusan yang dibuat oleh si 'dia' bakal menggoncang hidup Adella. Apakah keputusan itu? Mengapa 'dia' sanggup meruntuhkan kebahagiaan yang baru mula dirasa? ⚠️ Maafkan saya kalau tatabahasa semua tu teruk. Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Minta maaf juga kalau cerita ini agak membosankan. Terima kasih kalau korang sudi singgah cerita yg cringe ni. Apa-apapun, happy reading 💞
Menawan by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 163,252
  • WpVote
    Votes 8,261
  • WpPart
    Parts 60
Orang kata perkahwinan itu manis, maniskah ia? Tidak bagi orang yang kahwin tanpa cinta malah kahwin demi keluarga. Begitu juga yang di rasa oleh Emiir Ibrani Elhaziq apabila dia perlu berkahwin dengan Nur Sofia Aurin tanpa kerelaan hati. Apabila dia tahu isterinya adalah kakak kepada Bella Kailani bekas kekasihnya hatinya sakit tetapi tidaklah dia berdendam cumanya dia kecewa malah takut untuk bercinta kembali. Trauma? Sudah tentu. "Cuba buka hati tu untuk saya, tolonglah." Nur Sofia Aurin. "Kalaulah semudah itu." Emiir Ibrani Elhaziq. Hari demi hari, kisah mereka ada sahaja yang tidak kena tetapi apa yang mereka boleh lakukan? Berpisah saat hati sudah mencintai, terutamanya Emiir Ibrani Elhaziq yang sudah jatuh ke dalam cinta Nur Sofia Aurin. Saat hati ingin meluahkan rasa tersebut satu kejadian membuatkan Nur Sofia Aurin tekad akan sesuatu. "Kita bercerai." Nur Sofia Aurin.
Ameliazone [C] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 353,597
  • WpVote
    Votes 12,942
  • WpPart
    Parts 55
Amelia Helena. Gadis selamba yang berterus-terang dengan perasaannya membuatkan Azrul Aqeel menganggap gadis itu menakutkan. Azrul Aqeel yang jual mahal, akhirnya dipinang oleh keluarga Amelia gara-gara umurnya yang dikategorikan sebagai bujang terlajak oleh abang, kakak dan ipar-duainya. Sekali ditolak Aqeel, beratus kali Amelia mencuba. Semakin Aqeel menjauh, semakin Amelia mendekat. Akhirnya, sebuah ikatan suci terbina walaupun pada awalnya bermula dengan bertepuk sebelah tangan. "Kau tak patut wujud dalam hidup aku." - Aqeel "Saya tak akan ganggu hidup awak dah." - Amelia Namun, untuk mengecapi bahagia juga memerlukan sebuah perjuangan. Dan tiada perjuangan tanpa rasa sakit. - Start: 26 Disember 2024 End: 14 Mac 2025
Qayyim's Remorse [C] by qweenellaa
qweenellaa
  • WpView
    Reads 251,364
  • WpVote
    Votes 9,300
  • WpPart
    Parts 46
[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 || 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Terjerat dalam perkahwinan yang tidak pernah diingini dan dirancang, lebih-lebih lagi dengan seseorang yang langsung dia tidak kenali, tidak pernah dijangka oleh Melissa. Bagi Qayyim pula, difitnah dan putus tunang dengan wanita yang dicintai sudah menyakitkan namun dia tidak sangka yang dia perlu berkahwin dengan wanita yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya. Namun kerana orang tua, mereka terima. Walaupun hati masing-masing keras menolak. ❝Melissa, aku tak boleh terima kau jadi isteri aku.❞ - Fawwaz Qayyim ❝Saya tak mampu anggap Tengku sebagai suami saya buat masa sekarang.❞ - Melissa Umaira Mulut Qayyim selalu bilang benci namun sikap lelaki itu berbeza apabila masa kian dimakan waktu. Tanpa sedar mereka jatuh dalam kasih sayang masing-masing. Rasa cinta yang kian mekar terasa susah untuk diluahkan kerana masa lalu yang kelam mengubah jalan hidup mereka. Apabila mereka cuba untuk menggapai bahagia yang tidak pasti, rupa-rupanya itu semua tidak susah seperti apa yang mereka fikirkan! Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan banyak kekeliruan, kesalahan tatabahasa dan ayat yang tidak teratur.
Lukisan Takdir [C] by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 61,506
  • WpVote
    Votes 2,026
  • WpPart
    Parts 56
MAWAR JUITA - gadis yang lahir bersama luka. Saat cintanya pergi, hatinya turut mati. Jiwa yang dulunya berwarna kini tenggelam dalam kelam, setelah kepergian ZIYAD EMIR, cinta pertama yang tidak sempat menjadi nyata. Begitu juga kisah seorang TENGKU IR ASHEL. Saat bahagia sudah hampir tergenggam bersama bidadari hatinya, takdir datang merenggut. SERI PUSPITA lebih dahulu dijemput Ilahi, meninggalkan sekeping hati yang retak tanpa arah. Hanya sepucuk surat terakhir Seri Puspita menjadi saksi. Sebuah amanah berat yang menghubungkan Tengku Ir Ashel dengan Mawar Juita, adik kembar yang menyimpan wajah dan bayangan yang sama. Dua jiwa akhirnya terikat oleh takdir, bukan kerana cinta, tetapi kerana janji yang perlu ditunaikan. Diikat dalam sebuah perkahwinan yang lahir dari duka, saat hati mereka masih berpaut pada cinta lama yang tidak mungkin kembali. Mampukah cinta tumbuh di celah luka? Akankah takdir membuka ruang untuk mereka kembali belajar mencinta? Atau mungkinkah amanah ini hanya menjadi persinggahan jiwa yang tidak pernah bersatu? 𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐮𝐣𝐢.
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 521,966
  • WpVote
    Votes 27,895
  • WpPart
    Parts 62
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #2 Friendship #5 Romance #5 Revenge #6 Bromance #6 Cute #6 Clingy #8 Sayang #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025