yayaraco's Reading List
3 stories
Novel I'm Yours - By Anna Lee by PrologMed
PrologMed
  • WpView
    Reads 846
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 11
Kerana takdir akan menemukan jalannya. Soraya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama dua orang anaknya. Ada misi yang ingin dilaksanakan demi memulakan hidup barunya, namun tanpa dia sedar kepulangan itu bakal mengubah sejarah hidupnya. Remi, lelaki asing yang tiba-tiba muncul dikampung itu lima tahun lalu tidak begitu disenangi oleh penduduk kampung, kecuali Tok Salim, ketua kampung. Kutu rayau, kaki lepak, itulah gelaran yang diterima. Namun itu semua langsung tidak diendahkannya. Soraya, kepulangannya menjadi buah mulut. Remi, kemunculannya menjadi tanda tanya. Apabila hati yang terluka bersatu dengan hati yang penuh rahsia, akhirnya menimbulkan kekalutan. Remi dan Soraya cuba untuk meleraikan kekalutan itu, dan bersama mereka menemui dan membongkar satu rahsia yang disembunyikan bertahun lamanya. Termasuklah rahsia tentang hati.
Novel Butterfly - By Anna Lee by PrologMed
PrologMed
  • WpView
    Reads 1,016
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 11
Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan? Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun semua itu hilang sekelip mata hanya kerana sebuah kejadian dan sebaris kata. Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'?Dan yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas? Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu buat Laikha mula keliru dengan realiti sebenar. Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam. Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta? Info : Novel ini sudah diterbitkan pada tahun 2019. Dicetak semula pada 2022 dengan cover berwajah baru (seperti yang tertera) Boleh miliki novel ini dengan klik link shopee kami. Atau dm kami di mana-mana platform sosial media Prolog Media.
Novel Kenzi X Embun Oleh Anna Lee by PrologMed
PrologMed
  • WpView
    Reads 1,240
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 10
Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hati. Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya. Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya mempunyai zuriat yang sah. "Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?" Cadang Ross. Kenzi Julian sebal dengan ayah saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju. "But with one condition." Matanya merenung serius. "Okey?" Ross dekatkan diri dengan Kenzi. "Find someone whom I will never fall in love with, will you?" Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross. Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah? Kenzi x Embun, masihkan ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?