Belum read
53 stories
Si Gila dan Si Tergila-gila by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 8,918
  • WpVote
    Votes 430
  • WpPart
    Parts 15
Aurish X Qael Entah bosan
Captain Qaisy Emir(New version) by Aeloriss_
Aeloriss_
  • WpView
    Reads 14,184
  • WpVote
    Votes 734
  • WpPart
    Parts 19
Captain Qaisy Emir|Evelyna Arabella (Hiatus) "Hanya kau yang kupilih."-Kapten Qaisy Emir (Slow update new version) Permusuhan yang sudah berlaku sejak lama. Bukan hanya musuh biasa,tetapi musuh di dalam akademik juga. Setiap kali markah peperiksaan keluar mesti mereka akan bergaduh untuk membandingkan markah siapa lebih tinggi. Qaisy Emir,seorang yang sangat tegas dan berdisiplin dengan apa jua keadaan. Selalu serius kecuali dengan orang-orang terdekatnya. Suka mengusik musuhnya,Evelyna Arabella. Merupakan seorang anggota Tentera Darat Malaysia berpangkat kapten. Evelyna Arabella,seorang yang periang dan kuat melawan. Selalu mempertahankan dirinya sendiri. Tidak suka dibantu oleh orang lain. Tidak suka apabila diusik terutama sekali oleh musuhnya. Merupakan seorang model antarabangsa yang terkenal selepas menamatkan pengajiannya di University of Sydney. 9 tahun berlalu sejak mereka meninggalkan zaman sekolah mereka. Takdir yang tidak terjangka membuat mereka bertemu kembali. "Oi kau buta ke?!" -Evelyna Arabella "Kau yang langgar aku tiba-tiba lepastu nak salahkan orang. Harap muka je lawa tapi perangai hauk!" -Kapten Qaisy Emir Sehari selepas pergaduhan itu, tanpa diketahui mereka di jodohkan oleh kedua orang tua mereka. "Daddy apa ni?! Adik tak nak kahwin ngan jantan kerek nak mampus ni." -Evelyna Arabella "Siapa kau panggil kerek?!" -Kapten Qaisy Emir Mampukah mereka menulis takdir mereka bersama?
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 531,714
  • WpVote
    Votes 20,792
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 395,440
  • WpVote
    Votes 15,148
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
π™„π™¨π™©π™šπ™§π™ž 𝙐𝙣𝙩π™ͺ𝙠 π™‡π™šπ™‘π™–π™ π™ž π™‹π™šπ™£π™™π™€π™¨π™–  ( OG ) by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 52,915
  • WpVote
    Votes 2,261
  • WpPart
    Parts 48
His Possessive Sin " Cuma Cempaka Inara yang layak bertahta dihati abang.. Fath Zayden " Cempaka Inara... wanita yang dipaksa mengikat janji dengan seorang lelaki bernama Fath Zayden - Lelaki dingin yang penuh luka silam.Hidup bersama bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila cinta yang datang hanya diiringi dendam dan ujian. Namun, siapa sangka... di sebalik kerasnya hati Fath, ada ruang yang akhirnya jatuh hanya untuk seorang Inara. Mampukah rumah tangga yang bermula dengan kebencian itu bertahan, bila masa lalu terus menghantui. Mampukah dua dunia yang bertentangan hidup dalam satu ikatan suci? Atau perkahwinan ini akan menjadi lebih perit daripada luka lama yang belum sembuh? Fath Zayden X Cempaka Inara Book 2 by thederyshaa
Kesayangan Kapten Hanif by misssharieyrose
misssharieyrose
  • WpView
    Reads 2,525
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 12
Mengisahkan dua pasangan yang pernah berkenalan sewaktu masih kanak-kanak namun terpisah kerana ayah mereka ditugaskan di lain-lain kem dan menyebabkan mereka berpisah seketika. Namun takdir seakan memahami, mereka dipertemukan kembali setelah hampir 16 tahun berpisah dimana kolej tempat belajar Sammy atau Nur Ibthisam Medina mengadakan program lawatan ke universiti tempat sahabat kecilnya belajar iaitu, Hanif. Disitu lah pertemuan pertama antara Sammy dan Hanif atau Muhammad Hanif Hazerel, kawan zaman kanak-kanaknya dahulu buat pertama kalinya setelah berpisah bertahun-tahun lamanya. Hanif seakan dapat merasai bahawa Sammy adalah gadis kecil yang dahulunya pernah menjadi salah seorang kawan rapatnya kerana Hanif seorang yang tak pandai berkawan dengan orang, maka Sammy adalah satu-satunya kawan yang dia miliki sewaktu kecilnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya pada Sammy dan Hanif? Pastikan anda terus membaca untuk mengetahui kelanjutan dari cerita ini. Terima kasih! Sekiranya terdapat kekurangan digalakkan untuk komen agar dapat diperbaiki kekurangan yang ada😊
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 78,669
  • WpVote
    Votes 3,531
  • WpPart
    Parts 19
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
π‚πˆππ“π€ π‡π€π“πˆ π’πˆ 𝐃𝐔𝐃𝐀 | 𝐍𝐄𝐖 π•π„π‘π’πˆπŽπ | 𝐏𝐀𝐔𝐒𝐄𝐃 by theaurelithh
theaurelithh
  • WpView
    Reads 6,080
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 1
CINTA HATI SI DUDA Athea Aurelle - gadis yang sentiasa menyinari sekeliling dengan senyumannya. Adrien Rafael - lelaki pendiam yang menyembunyikan terlalu banyak luka di sebalik renungan kosongnya. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang, apatah lagi bersedia untuk terikat dalam kisah yang tidak terjangka. Kehadiran Athea bagaikan sinar yang cuba menembusi tembok kelam Adrien, namun tidak semua luka mudah diubati dengan cahaya. Namun, hidup tidak berhenti pada saat mereka mula saling mengenali. Ketika kasih mula berputik, ujian datang dengan cara yang tidak terduga... dan rahsia yang mereka bawa menjadikan setiap senyuman seolah-olah hanya topeng. Adakah sinar Athea cukup untuk memecahkan sunyi yang membelenggu Adrien, atau... ia hanya menjadi cahaya yang akhirnya padam di tengah jalan?
Hud Hudzaifah [OG] by maleekaa
maleekaa
  • WpView
    Reads 5,083
  • WpVote
    Votes 439
  • WpPart
    Parts 14
Sipnosis: Pernah dengar tentang cinta pandang pertama? Itulah yang dirasakan Adella Catalina tatkala pertama kali berjumpa lelaki pujaannya, Leftenan Hud Hudzaifah. Hanya mendengar namanya saja, Adella sudah rasa berdebar tidak keruan. Setiap hari, setiap jam, gadis itu tak putus-putus mahu menarik perhatian lelaki itu. "Hud, awak rasa tak bumi ni bergoncang? Sebab hati saya rasa bergoncang bila ada dekat dengan awak!"-ADELLA CATALINA "Kau bukan hati bergoncang. Kau tu otak yang bergoncang. Bukan setakat bergoncang, dah jadi gempa bumi kut dalam otak kau. Itu yang tak betul."-HUD HUDZAIFAH Bermacam cara dicuba Adella untuk memikat hati Hud. Tapi gadis itu tak kenal istilah putus asa. Kalau dia mahu, dia tetap akan cuba. "Hud, saya ada buat nasi goreng untuk awak."-ADELLA CATALINA "Puih! Kau letak secubit garam ke kau letak satu bekas terus? Masin sangat ni, boleh kena darah tinggi aku."-HUD HUDZAIFAH Bahagia mereka terasa manis, namun tidak lama. Datang pula ujian yang melanda, menguji kesetiaan dan kepercayaan. Kadang manusia tak lari dari sifat dengki, dan pengkhianatan boleh muncul dari arah yang tidak disangka. "Aku tak tahu kau boleh jadi racun untuk aku. Kenapa kau buat aku macam ni?"-ADELLA CATALINA "Aku minta maaf."-? Tanpa diduga, keputusan yang dibuat oleh si 'dia' bakal menggoncang hidup Adella. Apakah keputusan itu? Mengapa 'dia' sanggup meruntuhkan kebahagiaan yang baru mula dirasa? ⚠️ Maafkan saya kalau tatabahasa semua tu teruk. Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Minta maaf juga kalau cerita ini agak membosankan. Terima kasih kalau korang sudi singgah cerita yg cringe ni. Apa-apapun, happy reading πŸ’ž