complete
82 stories
Jarak Umur Antara Kita | C by farahnotfara
farahnotfara
  • WpView
    Reads 781,437
  • WpVote
    Votes 6,864
  • WpPart
    Parts 10
Baihaqi, seorang jejaka yang berumur 34 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis yang berumur 23 tahun yang bernama Aleesya Qaisara. Konflik bermula pada awal pernikahan mereka lagi dimana Baihaqi tidak dapat menerima Aleesya Qaisara sebagai isterinya. Umur Aleesya Qaisara yang terlalu muda untuk Baihaqi itu telah menyebabkan dia tidak dapat layanan yang selayaknya dia terima sebagai seorang isteri. Baihaqi kerap kali menganggap dia sebagai budak-budak. Tidak matang. "Minum duduklah abang." -Aleesya Qaisara "Kau tak payah nak mengajar aku lah. Kau tu cuma budak muda yang tak matang!" -Baihaqi Baihaqi juga kerap memperlekehkan apa-apa yang Aleesya Qaisara lakukan. Baihaqi selalu anggap budak muda seperti Aleesya Qaisara hanya akan menimbulkan masalah dan tidak akan pernah menyenangkan dirinya. Namun, lama-kelamaan perlakuan seorang isteri yang ditunjukkan oleh Aleesya Qaisara semakin lama mula menjentik hati Baihaqi. Aleesya yang selalu mengemas tempat tidur mereka, Aleesya yang selalu membasuh baju mereka, Aleesya yang selalu menyediakan makanan buat dia. Tetapi, satu konflik sebenar mula timbul apabila Aleesya sendiri mendengar pengakuan suaminya terhadap rakan-rakannya. Selain itu, satu pengakuan baru yang disebut oleh Baihaqi benar-benar menjatuhkan hati Aleesya Qaisara ke lubuk yang paling dalam. "Eya, you matang. Nampak berkerjaya. Kenapalah I tak kahwin dengan you dari mula lagi?" -Baihaqi
AriqRissa: His Little Cherry by itserynsss
itserynsss
  • WpView
    Reads 284,293
  • WpVote
    Votes 9,293
  • WpPart
    Parts 51
ARIQRISSA TENGKU ARIQ ~ ARISSA AMANDA The Tengku's First series~~ Pertemuan pertama antara Ariq dan Arissa tidaklah semanis mana. Namun siapa sangka? Rupa2 nya Family Ariq dan Family Arissa berkawan baik. Walau bagaimanapun Pertemuan yang tidak manis itulah mula berubah menjadi manis dan berwarna tatkala Arissa mula jatuh cinta pada Ariq. "Awak, kenapa awak makan bekas sudu saya? Kan kotor tu. Tak geli ke?" -ARISSA AMANDA "Nak geli buat apa? Lagipun aku makan dari bekas perempuan yang cantik macam kau. So aku tak nampak apa-apa masalah disitu." -TENGKU ARIQ DENNIZ Dengan kata-kata manis Ariq lah..Arissa mula jatuh hati pada Ariq makin mendalam dan membuatkan hati Arissa semakin meronta ingin memilik Ariq. "That means..i already kiss you but not directly." -TENGKU ARIQ DENNIZ Namun tatkala mereka masuk ke alam perkahwinan satu persatu rahsia terbongkar termasuk lah identiti tersembunyi pada diri Arissa yang Ariq tidak tahu. "You will gonna hate me if you know who i am." -ARISSA AMADA "I don't even care!! I already hate you! Just tell me who are you?!! Or not , i will kill you." -TENGKU ARIQ DENNIZ "Just kill me! Kill me Ariq!! Bunuh aku!" -ARISSA AMANDA Akhirnya rahsia terbesar Arissa yang dipendam telah terbongkar. Adakah jodoh mereka berdua masih kekal atau tidak? Mungkin mereka akan berpisah kalau itu yang terbaik buat mereka.. Kalau nak tahu jemput lah bacaaaa!! Kena baca tau!! Kalau tak Seryn babap readers hehehe just jokeee -Cringe -sexy story line -romance -hambar
C| Raden's Queen by umyhaise
umyhaise
  • WpView
    Reads 2,204,665
  • WpVote
    Votes 65,732
  • WpPart
    Parts 52
[ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 2] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐝𝐞𝐧 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 <> 𝐄𝐫𝐲𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚☽︎ Eryna Amanda, seorang gadis yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Namun, nasibya menjadi baik dengan adanya sebuah keluarga yang sudi mengambilnya sebagai 'anak angkat' sejak lahir. Dapat jua dia merasa mempunyai ibu bapa serta seorang kakak yang penyayang. Kewujudan Raden Ilham sebagai tunang kakaknya, Erina Khaisarah membuatkan dia gembira. Gembira kerana lelaki itu berjaya membahagiakan kakaknya. Lelaki itu juga sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri walaupun lelaki itu agak menakutkan baginya. Hari demi hari, kegembiraan dan kebahagiaan yang ada terasa bagai ditarik. Apatah lagi dengan kehadiran lelaki bernama Kasyah yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki itu mula mengganggu hidupnya. Gangguan yang pada mulanya sedikit, semakin lama semakin menjadi-jadi bila Eryna Amanda kehilangan kedua ibu bapanya. Siapa sangka lelaki yang dianggap abang sendiri itu terpaksa diterima olehnya sebagai seorang suami? Hanya kerana satu sebab. Sebab yang memberi kesan terhadap diri Amanda hingga mati. Nasibnya sudah berubah sekarang, dia sudah tidak punya apa-apa. Yang ada hanyalah suami yang masih mengharapkan kakaknya. "Diam, Amanda. Kau dan aku. Kita ni sama je, entah dari mana, tiba-tiba muncul dalam hidup orang," -Kasyah "Jangan buat macam ni. Manda cuma ada kakak seorang je sekarang," -Eryna Amanda "Sudah, Amanda. Kau hanya seorang adik bagi aku dan tak lebih dari tu," -Raden Ilham Namun, walau apa pun lelaki itu tetap menjadi pelindung dan tempat dia bergantung. "𝐵𝑒 𝑚𝑦 𝑞𝑢𝑒𝑒𝑛 𝑡𝑖𝑙𝑙 𝑦𝑜𝑢𝑟 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑏𝑟𝑒𝑎𝑡ℎ" started: 31/12/22 ended:01/01/24 ⚠️content warning⚠️ - harsh words - abused content - umyhaise
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 1,034,370
  • WpVote
    Votes 9,124
  • WpPart
    Parts 13
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?
Sir, I love you  | C |  by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 299,726
  • WpVote
    Votes 11,286
  • WpPart
    Parts 55
Zenriq Edzlan, pensyarah muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dinginnya di dalam kelas. Baginya, peraturan adalah prinsip, dan hubungan dengan pelajar harus kekal profesional. Namun, dia tidak pernah mampu menafikan kehadiran Erissa Zahra, pelajar manja, penuh gelagat gedik yang selalu berjaya mencuri perhatiannya dalam diam. Apa yang bermula sebagai perasaan terpendam, berubah menjadi kenyataan apabila mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan atas aturan keluarga. Erissa, yang sebelum ini hanya tahu mengusik, mula mengenali sisi Zenriq yang lembut dan penuh kasih. Dalam diam, cinta mereka tumbuh-perlahan, tetapi mendalam. Namun, di saat rumah tangga mereka mula mekar dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus, takdir sekali lagi menguji. Satu kemalangan meragut separuh daripada memori Erissa termasuk semua kenangan tentang suaminya sendiri. Bagi Erissa, Zenriq hanyalah orang asing. Tetapi bagi Zenriq, Erissa tetap cinta pertamanya dan kini dia tekad untuk menjadikan dirinya cinta terakhir isterinya, walaupun harus bermula dari kosong... dan walaupun hatinya sendiri hampir hancur menanggung rindu yang tak dikenali lagi.
Love, Ariq Farhan | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 705,982
  • WpVote
    Votes 49,211
  • WpPart
    Parts 62
2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau nak jumpa aku kan?" -ARIQ FARHAN "Haah sebab aku nak pikat kau dengan masakan aku!" -QISYA RIHANA Hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka memilih untuk berkahwin. Meskipun Qisya kuat berahsia dan suka menipu Ariq, Ariq tetap menerima isterinya itu seadanya. Ketika rumah tangga terasa indah, kebenaran mula terbongkar satu persatu yang mengakibatkan rumah tangga mereka retak. Kepercayaan Ariq terhadap Qisya mula hancur. "Izinkan aku jadi isteri yang baik untuk kau sebelum kita berpisah." -QISYA RIHANA Penyesalan dirasakan oleh si isteri namun dia terlambat. Lalu, benarkah perpisahan adalah pilihan terbaik untuk mereka berdua? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
Love, Aish Rayhan | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 3,452,829
  • WpVote
    Votes 195,717
  • WpPart
    Parts 69
1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan saya. Saya nak awak jaga saya. Please, saya takut." -NAYRA ADELIA "Ingat Nayra Adelia, aku kahwin dengan kau sebab aku kasihankan kau saja." -AISH RAYHAN Mereka berkahwin namun hanya atas dasar simpati dan perlindungan. Meski Aish masih mencintai masa lalunya dan melayan Nayra dengan teruk, Nayra tetap cuba untuk membuka hati Aish untuknya kerana dia ikhlas mencintai suaminya itu. Tetapi kesabaran setiap orang pasti ada batasnya. Apatah lagi dugaan tak henti menguji rumah tangga mereka. Di kala itu hanya perpisahan yang terlintas di fikiran. "Izinkan saya pergi, Encik Rayhan." - NAYRA ADELIA Pada akhirnya, pilihan apa yang terbaik untuk mereka? Bertahan bersama atau perpisahan selamanya? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa