complete story
17 storie
UNKNOWN [COMPLETE] di CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LETTURE 1,277,309
  • WpVote
    Voti 97,447
  • WpPart
    Parti 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
✓ HR : MANIAC  di ilightraes_
ilightraes_
  • WpView
    LETTURE 52,918
  • WpVote
    Voti 3,302
  • WpPart
    Parti 86
SIRI MANIAC #1 Safar Nuhzen x Raes Puspawangi Terbentuknya satu jiwa pemangsa apabila titian hidupnya dihabiskan dalam sebuah dunia yang tidak kenal erti perikemanusiaan. Darah Rodriguez dalam dirinya sudah sebati dengan pengaruh didikan Fedorov yakni sebuah keluarga Russian Bratva. Raes Rodriguez aka The Maniac Lady. "Go back to your homeland." - Kamirez Fedorov Selepas satu peristiwa yang meragut puluhan nyawa, Raes berhijrah dari bumi Rusia ke Malaysia. Berselindung di balik identiti Raes Puspawangi, dia menceburi bidang jururawat psikiatri di sebuah hospital universiti. Mampukah seorang lunatik sepertinya melaksanakan tugas yang penuh si-empati? Maha kuasa Allah, takdir menemukan Raes dengan seorang pakar bedah saraf. Ketampanannya menggugat hati anak gadis, kebijaksaannya mengundang dengki manusia. Safar Nuhzen. Jejaka scrubs biru itu mungkin tampak tenang dari luaran, namun jauh di sudut hatinya terbuku satu dendam kesumat. Kes pembunuhan adik lelakinya beberapa tahun lalu menjadi sebab utama punahnya syurga keluarganya. "Nuh maafkan mereka, walid. Tapi Nuh tak janji yang Nuh tak akan buru mereka. Selagi nyawa dikandung badan, Nuh sendiri akan heret mereka ke tali gantung." - Nuhzen "They didn't take an innocent life only, they took a home." "Walid rasa ini kifarah walid yang terpaksa keluarga kita tanggung. Allahuakbar.." - Tuan Zulqarnain Tipu daya Raes menjerat sisi protective Nuhzen. Sejarah hitam yang membelenggu jejaka itu, membawa alur hikayat mereka ke satu titik penceritaan. Maniac bertemu Pendendam. Mampukah mereka bersama sehingga akhir cerita? Start : 17.08.2024 End : .@ilightraes_
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] di sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    LETTURE 975,955
  • WpVote
    Voti 43,378
  • WpPart
    Parti 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
Sempurnakan Cinta Kita (C) di thelykaa
thelykaa
  • WpView
    LETTURE 348,944
  • WpVote
    Voti 9,602
  • WpPart
    Parti 52
'Sempurnakan Cinta Kita' ⭑.ᐟLet me introduce the characters in this story⭑.ᐟ ⭑.ᐟ Important character ⭑.ᐟ ╰┈➤ Muhammad Arif Iskandar (28 Tahun) ╰┈➤ Nurul Nabella Natasya (26 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Taufik Haiqal (28 Tahun) ╰┈➤ Nurul Nabila Natasya (24 Tahun) .𖥔 ݁ ˖ supporting character.𖥔 ݁ ˖ ╰┈➤ Muhammad Danish Haiqal (5 Tahun) ╰┈➤ Rose Laylina (25 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Alif Hazriq (29 Tahun) ╰┈➤ Nur Qaisara Amani (24 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Akif Azril (27 Tahun) ╰┈➤ Datin Tina (47 Tahun) ╰┈➤ Dato' Hassan (50 Tahun) ╰┈➤ Datin Emliy (53 Tahun) ╰┈➤ Tengku Ariyan Kasyaf (28 Tahun) ˖⋆⭒˚.⋆Enjoy and happy reading ⋆⭒˚.⋆
Oh My Husband di missyhzyy
missyhzyy
  • WpView
    LETTURE 473,168
  • WpVote
    Voti 13,598
  • WpPart
    Parti 113
[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kepada abangnya. Namun Hani pendam. Dia tak nak kerana dia, abangnya dan kawan baiknya bergaduh. Hani cuba melupakan Ryan bila mendapat tahu lelaki itu mempunyai teman wanita. Dia cuma mencintai kawan sekelasnya namun gagal kerana Ryan terlalu baik buatnya. Malah membawanya ke Ipoh. "Hujung minggu jalan-jalan ke Ipoh."- Ryan. Hani bersetuju sahaja tanpa berfikir panjang. Dia tidak tahu bahawa lelaki itu ingin menyelamatkan dia dari menjadi mangsa Zarif. Pada hari yang sama Zarif telah ditangkap basah. Layanan Ryan terhadapnya membuatkan Hani jatuh cinta dekat lelaki itu dan menerima pinangan dari lelaki itu. Akhirnya mereka berkahwin juga. Banyak halangan yang mereka hadapi sepanjang perkahwinan mereka. Namun suatu hari Puteri muncul kembali. Apabila Ryan mendapat tahu bahawa Puteri mempunyai penyakit dia membantu gadis itu sehingga sembuh. Namun kebaikan Ryan itu telah disalah anggap oleh Hani kerana suaminya itu sering kali pulang lewat dan jarang bercakap dengannya. Apabila ditanya Ryan pasti akan memberi alasan yang sama. Tapi semuanya terbongkar apabila Hani ternampak gambar suaminya dan Puteri di galeri telefon milik Ryan dan menyebabkan kepercayaan Hani terhadap Ryan mula hilang. Dia kemudian bertindak keluar dari rumah dan kembali semula ke rumah keluarganya. Hari demi hari Ryan memujuk namun hatinya telah tertutup. Tapi suatu hari Hani terpaksa juga kembali semula disisi suaminya. Persoalannya mengapakah Ryan sanggup menipu dirinya dan apakah punca Hani kembali semula kepada suaminya? Mampukah mereka mempertahankan perkahwinan tersebut? ⚠DILARANG MENCIPLAK, MENIRU ATAU MENCURI IDEA DAN JUGA JALAN CERITA BUKU INI⚠ ⚠100% IDEA PENULIS⚠
(C) HANYALAH DIRIMU  (Bakal Terbit)  di yunakarim
yunakarim
  • WpView
    LETTURE 96,089
  • WpVote
    Voti 3,101
  • WpPart
    Parti 16
Hanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira
C| MANUSKRIP di Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    LETTURE 463,208
  • WpVote
    Voti 22,636
  • WpPart
    Parti 54
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
Moonlight | C di CROOKED567
CROOKED567
  • WpView
    LETTURE 4,543
  • WpVote
    Voti 219
  • WpPart
    Parti 15
·˚ ༘ 𝓢𝓱𝓸𝓻𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 1 ࿐ཻུ۪۪ "𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧, 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐦𝐢𝐧𝐠." ˚✧ 𝐀𝐢𝐬𝐲 𝐀𝐧𝐚𝐪𝐢 | 𝐃𝐡𝐮𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 ˚✧ "Cinta tak seharusnya memiliki." "Pada akhirnya aku masih sendiri." ♪ OST: Untuk Cinta - Adira dan Hafiz Suip. ⚠️green flag male lead. ⚠️strong friendship. ⚠️short story. ⚠️cringe. start: 7 Dis 2023 end: 20 Dis 2023
 HARAAZ MATEEN✔ di cahayadza
cahayadza
  • WpView
    LETTURE 67,589
  • WpVote
    Voti 1,822
  • WpPart
    Parti 30
Haraaz Mateen vs Haura inara love 💕
Takdir Dia di nurinnzulkifli
nurinnzulkifli
  • WpView
    LETTURE 351,998
  • WpVote
    Voti 11,893
  • WpPart
    Parti 82
Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tambah pula dengan harga yang murah! Pertemuan dengan Irfan Fakhri, anak bongsu Datin Fatiha yang merupakan salah seorang wanita tersohor yang menempah keknya, membuat hatinya jadi tak keruan. Jika mahu dibandingkan Fakhri dengan abangnya, Farhan, memang seperti langit dan bumi. Farhan beku, dingin. Fakhri pula baik dan sopan, bukan macam abangnya! Insiden yang 'hampir sama' menemukan Aisy dan Farhan, begitu jua menemukan Aisy dan Fakhri. "Weh, kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah reverse kereta?" - Izz Farhan "Sorry, saya betul-betul tak sengaja! Awak okay?" - Irfan Fakhri Baik betul Fakhri, Aisy yang bersalah tapi dia pula yang minta maaf. Jatuh hati? Aisy keliru dengan perasannya. Kenapa semudah itu hatinya terbuka untuk mencintai lelaki? Selama ini, hatinya itu dibiarkan saja kosong tanpa penghuni. "Ri tak sayang Aisy. Kalau tak sayang, macam mana nak kahwin?" - Irfan Fakhri Rupanya dalam diam, Fakhri menyimpan rasa terhadap Fiya, tunang abangnya. Aisy pula bertepuk sebelah tangan dalam menyimpan rasa. Kecewa? Tidaklah sampai begitu sekali. Aisy percaya, apa yang digariskan oleh Tuhan itu baik-baik belaka. Siapa sangka, Aisy bertemu jodoh dengan Farhan. Namun, bahagia memang jauh dari sangkaannya. Farhan masih menyimpan hati terhadap Fiya. Dalam hatinya cuma Fiya, Fiya dan Fiya. Walaupun Fiya sudah menjadi adik iparnya sendiri. Ya, Fiya disatukan dengan Fakhri. "Kau jangan ingat kau dah menang." - Izz Farhan "Terima jelah kau tak ada jodoh dengan Fiya." - Irfan Fakhri Mampukah Farhan menerima kenyataan itu? Aisy pula, bahagiakah dia saat terasa dirinya semakin terpinggir? Mampukah dia bertahan ketika diuji buat kesekian kalinya?