Aza no complate
192 stories
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 119,901
  • WpVote
    Votes 5,747
  • WpPart
    Parts 27
GHAZRIL MIKAIL X SEROJA MIKAYLA Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah tujuh tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Kerana pertemuan singkat itu, hadirnya seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla. Hasrat di hati begitu tulus mencintai lelaki seperti Ghazril. Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Ya tuhan, apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan, cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Ujian mula membadai rumah tangga mereka. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
Mrs. Tengku Ayash Nuqman | HIATUS by quainsha
quainsha
  • WpView
    Reads 10,149
  • WpVote
    Votes 606
  • WpPart
    Parts 40
Dia pernah percaya pada cinta. Pernah serahkan seluruh hatinya kepada lelaki yang paling dia sayang... hanya untuk dihancurkan tanpa belas. Sejak itu, Inaya Nisyah Dariah A'iza mengunci pintu hatinya rapat-rapat. Baginya, cinta tak lebih daripada luka yang menyamar sebagai bahagia. Kemunculan seorang lelaki bernama Tengku Ayash Nuqman Al-Fariqi mengubah segalanya. Lelaki itu ego, keras kepala, dan selalu pentingkan dirinya sendiri. Namun setelah Inaya hadir dalam hidupnya, perlahan-lahan Ayash mula jatuh-jatuh cinta, jatuh pada sesuatu yang tak pernah dia percaya. Malangnya, Inaya tidak mahu. Biar berkali-kali dipujuk, berkali-kali ditolak, Ayash tidak pernah berhenti. Dia nekad menjadikan Inaya miliknya, meski gadis itu hanya mahu menjauh. Tanpa mereka sedari, takdir sudah lebih awal menulis cerita mereka. Dua jiwa yang pernah bersua di masa lalu, kini bertemu semula dalam versi yang berbeza- sebuah kisah yang akan merobek luka lama, namun dalam masa sama, mungkin juga menjadi penawar yang tak pernah dijangka. DILARANG MENIRU KARYA INI !! start : 26.09.25 end :
[ OG ] Mr Cold Bodyguard  by Xanderalqis
Xanderalqis
  • WpView
    Reads 19,625
  • WpVote
    Votes 2,025
  • WpPart
    Parts 33
Jatuh cinta dengan bodyguard sendiri? Betul, itu yang berlaku dalam hidup Halwa Liyana Dia telah jatuh cinta pada salah seorang bodyguard ayahnya sendiri iaitu Khalid Al-Fateh. Namun mampukah dia cairkan hati beku lelaki itu?
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | 𝐂 by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 497,256
  • WpVote
    Votes 27,721
  • WpPart
    Parts 34
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
ANGELO POSSEDUTO SIGNOR.ZAYDEN | SLOW UPDATE by loliseraphiess_
loliseraphiess_
  • WpView
    Reads 404
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 6
Naura Elisa anak kepada Encik Razin. Ayahnya meninggalkan nya bersendirian kerana mempunyai kerja di luar bandar. Tanpa dia sedar selepas ibunya meninggal dunia, ayahnya bersatu bersama kumpulan 'Black Spider Hound's '. Ayahnya di bunuh. Naura tidak boleh terima akan kematian ayahnya yang begitu sahaja. Dia memutuskan untuk berkerja sama dengan kawan baik ayahnya, Tengku Zayden 'Ketua Black Spider Hound's '. Dan dari situlah hati masing-masing telah berubah. "Marry me." - TZ "Saya tak boleh buat keputusan ini sekarang juga. Beri saya masa." - Naura Elisa Kerana ingin nyawa orang yang paling ia sayangi selamat, mereka bersetuju untuk berkahwin. "I love you, Il mio angelo." - TZ "Awak yakin kita akan selamat?" - Naura Elisa "Yes. Selagi i masih hidup, you always safe, dear." - TZ Adakah dengan perkahwinan ini Naura Elisa akan selamat daripada ancaman Megat Hans?
AARIZ ZAYYAN: HER ALBATROSS [C] by HaniQadeeja
HaniQadeeja
  • WpView
    Reads 18,243
  • WpVote
    Votes 717
  • WpPart
    Parts 43
[2nd His Series] Pertemuan itu bukan dirancang, tapi takdir menemukan mereka. Malam yang gelap, jeritan cemas di tempat parkir, dan seorang lelaki asing yang muncul sebagai penyelamat. Sejak detik itu, hidup Nadeera Ayla mula berubah. Aariz Zayyan, lelaki berkarisma yang berani dan penuh kesungguhan, jatuh hati pada Ayla sejak pertemuan pertama. Berkali-kali dia meluahkan rasa, berkali-kali juga Ayla menolak. Bukan kerana tidak ada rasa, tapi kerana ketakutan yang membelenggu hati, takut untuk jatuh cinta, takut untuk terluka. Namun, saat Ayla akhirnya berani membuka hati... takdir sekali lagi menguji. Aariz dipaksa memikul tanggungjawab besar apabila syarikat milik ayahnya, Tan Sri Kamal, jatuh ke bahunya. Mereka terpaksa berjauhan, menempuh cinta jarak jauh yang penuh liku. Ego, salah faham, dan jarak mula menjadi racun dalam hubungan. Mampukah Aariz dan Ayla mempertahankan rasa yang telah dibina, atau adakah cinta mereka akan tersungkur di tengah jalan? Kerana dalam perjalanan ini, mereka akan sedar... cinta bukan hanya tentang rasa, tetapi juga tentang keberanian untuk memilih, bertahan, dan percaya. [No Plagiat] Aariz X Ayla♥️ by Author Hani Qadeeja
HIS SIDE OF LOVE by elvy_syer
elvy_syer
  • WpView
    Reads 176,498
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 55
Ryanne Delisha bukan perempuan biasa. Dengan kecantikan yang menggoda dan langkah yang yakin, dia simpan luka lama yang tak pernah sembuh. Di langit antarabangsa, dia terbang bebas... tapi di bumi, hatinya terikat pada seorang lelaki yang tak sepatutnya dia cinta - Dato' Riaz Mikael, duda yang menyimpan terlalu banyak rahsia. Riaz bukan lelaki mudah disentuh. Tapi Ryanne bukan perempuan mudah dilepaskan. Segalanya mula rumit bila anak lelaki Riaz, Zayyan, mula tertarik pada adik Ryanne sendiri. Dan saat bekas isteri Riaz kembali menuntut apa yang pernah jadi miliknya, permainan ini jadi lebih gelap. Dalam dunia penuh darjat, politik dan rahsia - cinta mereka bukan hanya salah... tapi juga berbahaya. Dan satu nama, mungkin tak cukup untuk sembunyikan segalanya.