Liya_Qis
- Reads 2,617
- Votes 145
- Parts 31
"Kalau ego setinggi Menara KLCC, jangan harap sensor hati boleh berfungsi!"
Bagi Umi Karmila, masuk asrama adalah satu-satunya jalan untuk lari daripada realiti pahit: melihat tempat arwah ibunya diganti oleh wanita lain. Namun, kehidupan di asrama tidaklah seindah drama TV3. Daripada berdepan dengan 'ayam keras' dewan makan sehinggalah insiden 'ketiak air mineral', Umi sedar yang dia perlu lebih daripada sekadar sikap memberontak untuk bertahan.
Segalanya berubah apabila sebekas Sambal Hitam buatan mak tirinya menjadi "mata wang" paling laku di dom. Bukan sahaja ia berjaya menjinakkan Kak Husna yang garang seperti singa, malah ia menarik perhatian Kak Zulaikha-senior Ice Queen yang cantik tetapi beku.
Antara misi "mengurat" kak senior yang penuh debar dan rasa bersalah terhadap keluarga di rumah, Umi mula sedar: adakah dia tersadung "pagar" hidupnya sendiri, atau sebenarnya kunci kebahagiaannya selama ini ada di dalam bekas sambal tersebut?
"Satu suap untuk persahabatan, satu bekas untuk kemaafan."