rieannesz's Reading List
2 stories
𝗧𝗵𝗲 𝗘𝗻𝗲𝗺𝘆 𝗜 𝗟𝗼��𝘃𝗲𝗱 || 𝗢𝗚 by amyrroses
amyrroses
  • WpView
    Reads 159
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 11
Nur Nayla Zafrina - gadis berani, lantang bersuara, dan keras kepala. Cantik luar biasa, tapi sikapnya tegas dan tajam membuatkan ramai lelaki menjauh. Baginya, lelaki egois dan penuh sombong adalah racun yang tak patut wujud. Malangnya, lelaki itu jugalah yang tak henti-henti hadir dalam hidupnya. Muhammad Zarif Haqeem - lelaki berkarisma, dingin, dan penuh keyakinan diri. Sebagai pewaris syarikat ternama, dia terbiasa memberi arahan dan melihat orang lain patuh. Namun, semua itu tidak berfungsi pada seorang gadis bernama Nayla - gadis yang berani melawan setiap kata-katanya. Bagi Zarif, Nayla hanyalah musuh yang menyakitkan hati. Bagi Nayla, Zarif adalah mimpi buruk yang tak pernah berakhir. Namun, takdir bukan sesuatu yang mudah ditebak. "Aku sumpah benci dengan lelaki macam kau!" - Nur Nayla Zafrina, dengan mata berkilat menahan marah. "Benci? Bagus. Lagi kau benci aku, lagi aku akan pastikan kau selalu menderita setiap kali nampak aku." - Muhammad Zarif Haqeem, dengan senyum sinis yang buat jantung gadis itu bergetar. Dalam setiap pertelingkahan, ada debaran yang tak mampu mereka akui. Dalam setiap kebencian, ada cinta yang diam-diam menyelinap. Kerana bagi Zarif, Nayla bukan sekadar musuh. Dia adalah takdir... yang akhirnya menjadi cintanya. Start [4/11/2025] End [ ]
SHE by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 4,563,825
  • WpVote
    Votes 6,643
  • WpPart
    Parts 2
Mahu menolong, malah disalah erti dan akhirnya membuatkan seorang gadis gelandangan terpaksa berkahwin dengan lelaki kaya.