aechooosis
- Reads 158,568
- Votes 3,915
- Parts 75
Qiu Rayyan seorang lelaki berketurunan Chinese berasal dari Singapura. Seorang ahli perniagaan terkenal merangkap personal assistant kepada sahabatnya, Aaric Vogt. Di usia 24 tahun, Rayyan masih sendiri dan belum pernah bercinta sejak melanjutkan pengajian di Berlin, Jerman. Hatinya kosong, namun jauh di sudut hati, dia masih menanti seseorang yang mampu mengetuk pintu hatinya yang lama tertutup.
Aileen Diya wanita yang pernah berkahwin pada usia 19 tahun, namun rumah tangganya hanya bertahan selama dua tahun. Di usia 21 tahun, dia diceraikan oleh bekas suaminya, Akmal. Lelaki yang menjadikannya sekadar boneka pemuas nafsu, sambil curang di belakangnya dan melanggan perempuan di kelab malam. Lebih menyakitkan, selepas diceraikan, Diya dibuang keluarganya sendiri.
Namun, Tuhan itu adil.
Takdir mempertemukannya dengan Qiu Rayyan, lelaki yang tanpa sedar telah mengubah seluruh hidupnya.
"Saya pernah berkahwin dan diceraikan." - AILEEN DIYA
"Orang yang pernah berkahwin dan diceraikan tak boleh kahwin semula ke, sayang?" - QIU RAYYAN
Dan kerana lelaki itu, seluruh hidupnya mula berubah.