flwrro's Reading List
4 historias
Takdirku Bukan Kita | SU | por _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Lecturas 94,261
  • WpVote
    Votos 4,151
  • WpPart
    Partes 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
LASYKAR ILMI 1: FIRAZ UTHMAN [C] por __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Lecturas 14,276
  • WpVote
    Votos 1,775
  • WpPart
    Partes 60
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Jihad Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END: 22 JUN 2024
Hey! Captain Zharyan Arayqarl por Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Lecturas 69,428
  • WpVote
    Votos 3,855
  • WpPart
    Partes 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
Sedetik Lebih [COMPLETE] por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Lecturas 1,555,189
  • WpVote
    Votos 82,332
  • WpPart
    Partes 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?