hollyfuns's Reading List
11 stories
✓ RAJA DAIYAN GHAZI by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,376,070
  • WpVote
    Votes 382,828
  • WpPart
    Parts 74
(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur dengan jalan takdir hidupnya. Tipikal cinderella melayu. Ada kakak tiri yang jahat. Ada mak tiri yang dengki. Dia ingin sangat berjumpa ibu kandungnya yang masih entah bagaimana kewujudannya. Dia pasrah. Papa bahagia. Itu dah cukup walaupun dia tak bahagia sama sekali. RAJA DAIYAN GHAZI. Lelaki itu misteri. Bagai punya seribu satu rahsia yang tak akan terungkap. Misteri. Tapi dia tetap tertarik. Kacak. Misteri. Menarik. Dan bahaya. "Halah biologi je pun." "Biologi je pun? Awak ingat saya ni spesies gifted macam awak boleh sesenang tu je dapat A+?" "Aku kan tutor kau. Confirm kau mesti boleh dapat A+ punya." Berlagaknya ya ampun! Tapi Raissa Nurrana berterima kasih juga kepada lelaki itu. Buat pertama kali dalam sejarah, dia dapat A+ biologi! Raissa terkilan sendiri. Lelaki itu sudah hilang entah ke mana. Keputusan SPM milik lelaki itu bagai tidak bertuan. Raissa baru faham. Sakit rasanya bertepuk sebelah tangan. Raissa reda dengan penantiannya. Pasrah. Allah tahu jalan terbaik untuknya. SYED ARIF. Lelaki itu diterima dengan ikhlas. Walaupun dia masih diantara dua rasa. "Daiyan Ghazi?" lelaki berhoodie yang misteri itu bagai magnet yang menarik Raissa Nurrana mendekat. "Kau tak pernah berubah." Daiyan Ghazi! Dia... Daiyan Ghazi! "Awak pembunuh?" "Kau boleh anggap aku lebih daripada itu." siapa Daiyan Ghazi sebenarnya? Kenapa dia nampak semakin bahaya? Adeera cemburu. Raissa Nurrana tak layak bersama keluarga Tuan. Dan dia berjaya menghancurkan separuh hidup Raissa. "Jangan tanya aku kenapa. Demi Allah. Aku ikhlas terima kau sepenuhnya." ~Raja Daiyan Ghazi "Saya sudi jaga awak, Raissa. Kita mula semula." ~Syed Arif
✓ TUNKU NOAH NATHAN  by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,359,884
  • WpVote
    Votes 486,235
  • WpPart
    Parts 71
#1st UNDER HE SERIES: •Tunku Noah Nathan 👑 ~Under His Killing Eyes~ TUNKU NOAH NATHAN... Sebut saja Noah De'Angelo, nama yang digeruni dan ditakuti. Nama yang tidak dinafikan kehebatan. Nama gah yang terkenal di mata dunia. Bila dia Tunku Noah Nathan... semua wanita menggila. Namun bila dia Noah De'Angelo... tak ada siapa yang berani melihat anak matanya yang membunuh itu. Tapi bukan bagi ARMAYA MIKAEYLA... Baginya lelaki itu bukanlah sesiapa untuk dihormati dan disanjung tinggi. Hanya sebaris nama buat dia rasa muak. Menyampah dengan dunia orang kaya seperti Tunku Noah itu. Menyampah dengan dunia sendiri semestinya. Tunku Noah pastinya tak ubah seperti orang kaya tipikal yang lain. Cliche! "He is nothing. Dengar nama pun aku tak suka. Semoga muka macam jamban tak siap. Kalau muka dia handsome macam mana sekalipun, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Cinta tentang hati bukan tentang muka. Kan?" Saat pertama kali berjumpa Tunku Noah Nathan... bagi Armaya Mikaeyla, dia tak ada masa nak jatuh cinta pandang pertama, love at first sight, tersungkur tergolek ke apa ke, tak PAYAH! Buang masa. Bak kata sahabatnya, dari mata turun ke hati. Tipulah kalau hati Armaya tidak lemas dengan pandangan membunuh mata cantik itu. Tapi maaf... he just not my type! Armaya tersilap langkah. Dia hanya kenal Tunku Noah Nathan. Namun dia belum kenal siapa Noah De'Angelo. "Welcome to my world, my little angel." When his golden eyes collide with mine, when my dark eyes meet him's, That's when the feeling comes. Always...
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 3,062,725
  • WpVote
    Votes 190,358
  • WpPart
    Parts 52
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cinta pandang pertama? Nonsense. Tapi memang benar dia sudah jatuh suka pada pandang pertama. Saat salam perkenalan yang dihulur disambut, bermulalah titik permulaan kisah manusia antara dua dunia yang berbeza. "Jom kita couple." ~Tunku Niel "Saya tak nak kita couple. Tapi saya nak kita bercinta." ~Qhaiyra Aralyn. Qhaiyra Aralyn terima. Dia suka Tunku Niel. Dia suka lelaki misteri disebalik mask emas itu. Namun dia terima Tunku Niel pada akhirnya. Lumrah bercinta. Hanya indah pada mulanya. "I hate violence. Mafia. Gangsters. Everything." ~Qhaiyra Aralyn Bimbang gadis itu akan terluka dengan kenyataan yang bakal diterima. Bimbang terancam keselamatan si pemilik hati. Tunku Niel memilih untuk menjauh. Angel deserves someone better. Tunku Niel pulang semula ke agenda asalnya. Dia perlu cari Helenna Mia D'Angelo dengan segera. Tanpa Tunku Niel sedar, Qhaiyra kecewa. Qhaiyra terluka. Tanpa khabar. Tanpa nota. Tunku Niel menghilang begitu sahaja. Dan di saat Qhaiyra Aralyn tersedar akan sesuatu, dia yakin Tunku Niel adalah si lelaki misteri di sebalik topeng emas itu. "You hate violence. You hate mafia. You hate gangsters. Remember?" ~Tunku Niel "I do hate violence. I do hate mafia. I do hate gangsters. Tapi saya tak benci cinta saya." ~Qhaiyra Aralyn "Kita sama-sama pernah terluka. Sekarang, terima saya sepenuhnya. Kita akan bahagia. Itu janji saya." ~Tunku Niel
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,703,832
  • WpVote
    Votes 344,951
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
[EBOOK] FENDI ERISYAD : Fell in Love  by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 356,177
  • WpVote
    Votes 3,148
  • WpPart
    Parts 16
⚠️Kena baca RAYYAN MIKHAEL dulu baru FENDI ERISYAD sebb diorang berkait. Cinta? Itu semua mengarut! Dalam fikirannya iaitu FENDI ERISYAD tidak pernah terlintas pun mahu di temani oleh seorang perempuan dalam hidupnya. Semua perempuan adalah gold digger! Baginya. Sehingglah pada suatu malam, pertemuan tidak di rancang di mana seorang gadis bernama NATHALIYA BASYIRAH atau panggilan pendeknya LIYA terpaksa melewati jalan kaki di hadapan kelab malam. Ketika dia melewati jalan itu secara tibanya seorang lelaki tumbang tepat ke arahnya kerana lelaki itu kemabukan. Cepat-cepat LIYA menyambut meskipun tubuh badan lelaki itu lebih berat darinya. "Ya allah! Ya rabbi! Awak okey tak ni?" - NATHALIYA BASYIRAH "B..bawa aku.. aku balik.." - FENDI ERISYAD "H..ha? Bawa awak balik? Tapi saya tak kenal rumah awak kat mana.." - NATHALIYA BASYIRAH Tiada pilihan lain, LIYA terpaksa memapah tubuh FENDI yang mabuk itu terus pulang ke rumah dengan menaiki grab. Setibanya di rumah agam milik FENDI, FENDI yang dalam keadaan tidak sedar menyuruh LIYA bawanya ke dalam bilik dan meminta untuk tidur bersamanya. "Dia ada sentuh kamu tak?" - TOKNDA FENDI "Ada. Dia cuba nak cabul saya.." - NATHALIYA BASYIRAH "Kau.." - FENDI ERISYAD "Dah tak payah nak gaduh. Toknda nak korang berdua kahwin." - TOKNDA FENDI "What?!" - FENDI ERISYAD Namun begitu, secara tidak sedar perasaan cinta FENDI terhadap LIYA kian wujud setelah satu insiden yang berlaku pada LIYA. "I miss you so much, Liya." - FENDI ERISYAD Apakah yang terjadi sehingga membuatkan FENDI mula ada perasaan cinta terhadap gadis tidak diundang ke hatinya itu? ------------------------ ⚠️MAAF UNTUK KESALAHAN BAHASA OR TYPO TERLEBIH DAHULU. AMPUN MAAP YE? ⚠️TAK PAYAH NAK SERIUS SANGAT, CITA NI HANYA SUKA-SUKI JURR. ⚠️DONT COPY-COPY. KAU COPY, AKU SANTAU. ⚠️JIKALAU CERITA INI MEMBOSANKAN ATAU MEMBUANG MASA UNTUK AWAK, MAKA BERHENTILAH.
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 213,580
  • WpVote
    Votes 13,987
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
1.0 | Tuan Aayyan Danish © by asyaash_
asyaash_
  • WpView
    Reads 1,338,633
  • WpVote
    Votes 59,870
  • WpPart
    Parts 73
TAD series 1 [Completed] 📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang pelajar yang cemerlang di kolejnya. Memang famous habis la budak ni. Sebab rupa parasnya yang cantik, bulu mata lentik, kulit putih kemerah-merahan, mata berwarna hitam likat dan hidung mancung. Dia seorang yang ceria dan peramah. Aayyan Danish. Seorang jejaka tampan yang mempunyai sepasang mata greyish green, rambut light brown dan hidung mancung. Nama lebih kurang tapi perangai macam langit dan bumi. Satu je sama. Ego. Aayyan bekerja sebagai lecturer sementara selama setahun setengah. Atas sebab perjanjiannya dengan ayahnya. Kemudian dia akan mengambil alih syarikat ayahnya dan menjadi CEO. Typical drama melayu anak orang kaya jadi CEO. Ikatan pertunangan terjalin atas dasar cinta. Namun ada suatu tragedi yang menyebabkan mereka jadi renggang. Kepercayaan hilang dengan mudah hingga timbul rasa benci antara satu sama lain. Selepas 2 tahun berpisah, kini bersua kembali. "K-kalau ikutkan hati memang tak nak! Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana, nak ja la!" "Sekali lagi aku tanya nak kahwin dengan aku ke tak?" "Ish ya laa nak. Haa nak kawin. Jom kawin!" Untuk menjaga maruah keluarga, Ayeena terpaksa menerima Aayyan dalam hidupnya sebagai suami. Sudahlah lelaki ni paling dia anti. Dan sekarang jadi suami pulak. Bala! "Mummy!" "La pulak anak sapa pulak ni?! " "Anak kita." "Hah?!" Dapat anak express. Mantap hang Ayeena! "Ye sayang mummy!" "Anrique sayang, tunggu mummy!" "Mummy sentiasa ada untuk Anrique." "Mummy sayang Anrique." Aayyan tersentuh melihat layanan Ayeena terhadap anaknya, Anrique Danial. Sedang diulit kebahagian, tiba masanya badai melanda. Macam-macam dugaan yang melanda. Dapatkah mereka bertiga bahagia macam keluarga normal di luar sana? Siapakah Ariana Humayra? Siapa pula Aiman Haqir ? Start : 15/8/2021 End : 22/10/2021
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 479,630
  • WpVote
    Votes 16,970
  • WpPart
    Parts 73
( spin-off The Hidden Lies. ) Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk move on dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder ialah lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? "You are my unbreakable and unforgettable love, Tengku Aysha Hanisah." - Hazeem Hayder Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 683,359
  • WpVote
    Votes 23,326
  • WpPart
    Parts 66
Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu bapanya memang melayan dia dengan penuh kasih sayang! Tapi disebabkan satu kemalangan, hidup Ivy mula berubah 180 darjah. "Ivy, Ivy kena janji dengan Daddy yang Ivy boleh berdikari tau." - Dato Aqhar Qayyed Tambahan lagi selepas kemalangan tersebut, Ivy hilang satu persatu harta peninggalan Dato Aqhar. Bermulalah hidup Ivy seperti manusia normal yang lain, kerja dari pagi hingga ke malam dan rutin itu mungkin akan berterusan sampai bila-bila... Mungkin? Dalam tidak sedar dia sebenarnya diperhatikan oleh 'seseorang'. Muncul pula 'Hero Of The Night' Ivy, Tengku Ayyash Hakimi. "Dah dua kali aku selamatkan kau." - Tengku Ayyash Hakimi Siapa sangka lelaki itu juga sebenarnya mempunyai muslihat tersendiri mendekati Ivy. "Kenapa Awak nak sangat tolong saya, Tengku Ayyash Hakimi?" - Ivy Adelia "Sebab aku dah diberi tanggungjawab, tanggungjawab untuk jaga kau sampai nyawa aku terhenti." - Tengku Ayyash Hakimi Namun tanpa Ivy sedari, Tengku Ayyash menyembunyikan satu rahsia yang besar, yang mungkin akan mengubah perasaan wanita itu terhadapnya dalam sekelip mata. "One day... I will tell you the truth, Ivy Adelia" - Tengku Ayyash Hakimi "This is the biggest hidden lies ever that happen in my life, Tengku Ayyash Hakimi." - Ivy Adelia Apakah rahsia penipuan yang disembunyikan oleh Tengku Ayyash selama ini? Siapakah pula dalang bagi semua masalah ini? Start : 30th nov 2023 End : 11th march 2024