Riana_naaa's Reading List
21 stories
THE DON'S KILLER by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 1,568
  • WpVote
    Votes 179
  • WpPart
    Parts 5
SPIN OFF NOVEL MASTER ANGELO GENRE : DARK ROMANCE, ACTION PENULIS : HYZWAYNE START : 1/2/2026 - ???? BLURB :- Fahnaz Wais. Dia dikenali sebagai King of Killer dalam sebuah organisasi Red Blood yang bergerak di antara undang-undang dan darah demi menamatkan kejahatan yang tidak mampu disentuh oleh sistem. Satu hari, dia ditugaskan mengetuai operasi penghapusan sindiket pemerdagangan manusia di pelabuhan Cambodia. Namun, tugasan yang dikira akan berhasil rupanya telah mengubah segalanya. Apa yang disangka mangsa... rupanya umpan. Dia bertemu dengan seorang wanita licik dan dominan. "You want to save me? You need to save your group first, stupido." Dialah Chantrea Andrea - anak kepada seorang kepala gangster yang paling berkuasa dalam dunia gelap Cambodia. Ketua organisasi gangster yang mengawal perdagangan manusia dari balik bayang. Seorang Don wanita yang tidak pernah kalah dan tidak pernah memberi belas. Pertemuan mereka bermula dengan darah dan berakhir dengan dendam. "Aku akan cari kau, perempuan." - FAHNAZ WAIS "I will be waiting for you, handsome." - CHANTREA ANDREA Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua. Chantrea akhirnya tumpas dan dipenjarakan. Dan pada akhirnya, dia bertemu kembali dengan Fahnaz dan makin rapat. Apabila dua musuh bertemu semula, garis antara benar dan salah mula kabur. Ancaman berubah menjadi perbualan. Dendam bertukar menjadi tarikan cinta yang tidak mampu dinafikan. "Kau patut bunuh aku masa tu." - CHANTREA ANDREA "Aku tak akan bunuh perempuan yang dah curi hati aku." - FAHNAZ WAIS Dalam dunia di mana kuasa adalah segalanya, cinta menjadi kesilapan paling fatal. Dan apabila seorang King jatuh cinta kepada seorang Don... pengkhianatan tak akan pernah berhenti. Kerana dalam dunia mereka, love becomes the deadliest weapon.
Married To My Nemesis by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 2,995
  • WpVote
    Votes 231
  • WpPart
    Parts 1
Adinda Lathifah memilih ketenangan di sebuah kafe buku kecil miliknya yang bernama Dinda's Chapter, jauh daripada cinta lama yang pernah menghancurkan kepercayaannya. Aathif Noah pula adalah seorang Offshore Civil Engineer yang tidak pernah berhenti berada di sisi Adinda. Jiran yang suka mengusiknya sejak kecil itu kembali sebagai lelaki yang tenang, matang dan terlalu peka untuk seorang yang kononnya sekadar mahu "mengacau". Apabila masa lalu Adinda muncul semula dengan tuntutan dan ancaman, Aathif tidak menjanjikan dunia, dia hanya berdiri, melindungi dan menunggu. Aathif berdiri di hadapan tanpa drama dan tanpa janji kosong. Dia tidak memujuk dengan kata manis. Dia melindungi dengan kehadiran. Di antara trauma lama dan perasaan yang semakin jelas, Adinda harus memilih untuk terus hidup dalam bayang ketakutan atau percaya pada cinta yang tidak pernah memaksa namun menunggu. Kerana ada cinta yang tidak perlu menjerit, ia cukup hadir dan tidak pernah pergi.
My Husband Rayyan Adyan  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 384,110
  • WpVote
    Votes 3,302
  • WpPart
    Parts 13
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,228,931
  • WpVote
    Votes 89,035
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 484,143
  • WpVote
    Votes 30,211
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
C l DISEBALIK AL A'RAF by roseseclipsee
roseseclipsee
  • WpView
    Reads 369,868
  • WpVote
    Votes 11,294
  • WpPart
    Parts 65
𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀 [ 1st story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf di pasar akan mengubah hidupnya selamanya. Hud, dengan sikapnya yang dingin dan kata-kata mengejek, menjadi satu-satunya lelaki yang membuatkan Haura berani bermimpi tentang kebahagiaan. Walaupun mereka berasal dari dua dunia yang berbeza, cinta antara mereka berkembang perlahan-lahan. Haura, dengan kesabaran dan kelembutannya, berjaya melembutkan hati Hud yang kelihatan keras di luar. "maka kenanglah akan nikmat nikmat Allah supaya kita berjaya, daripada surah al a'raf." - haura sophia mereka bersama menghadapi cabaran hidup dan membina keluarga kecil yang penuh kasih sayang. Namun, kebahagiaan mereka diuji dengan satu masalah apabila hud dan haura sedang menunaikan umrah. Haura masih merindukan senyumannya. Haura hatinya hancur berkeping-keping. sebalik senyuman Hud, tersembunyi satu rahsia yang boleh menghancurkan segala kebahagiaan yang baru mula Haura rasai. Haura terpaksa berdepan dengan kehilangan, ketakutan, dan rasa cinta yang tak terucap. Tapi mampukah cinta mereka bertahan, atau takdir punya rancangan lain untuk mereka berdua?
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 545,523
  • WpVote
    Votes 22,394
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
Wanita Titanium (Sekuel Lelaki Astatine) by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 10,781
  • WpVote
    Votes 686
  • WpPart
    Parts 1
Sekuel Lelaki Astatine. Wajib baca Lelaki Astatine dulu. A sad romance. Ardean Tufail x Eshal Elzahra
Titanium Milik Khayra ✔ by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 556,930
  • WpVote
    Votes 24,127
  • WpPart
    Parts 50
Nina Fini | Karya Ketiga Titanium X Nur Khayra Iffat ~Aku tidak tahu makna cinta sehingga bertemu sepasang mata. He's my real definition of love.~ 30/5/2020 - 30/3/2021
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,298,859
  • WpVote
    Votes 824
  • WpPart
    Parts 1
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025