meysaaz's Reading List
10 stories
[EBOOK] Dalam Genggaman Mr. Vampire  by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 156,183
  • WpVote
    Votes 1,715
  • WpPart
    Parts 11
Disebabkan ketakutan menguasai diri akibat dikejar oleh orang suruhan bakal suaminya kerana melarikan diri dari pernikahan tersebut dengan terpaksanya ELICHA menerjah masuk ke dalam kawasan rumah agam mewah serta besar yang langsung dia tidak kenali. Fikirannya hanyalah untuk selamatkan diri dari dikejar oleh orang suruh bakal suaminya itu. Tapi, siapa sangka setelah dia menjejak kaki dalam kawasan itu dia akan terperangkap buat selamanya? "Kau dah berada dalam genggaman aku. Sekali lagi aku ulang. Kau dah berada dalam genggaman aku, Elicha. Dalam Genggaman Mr. Vampire." - NOAH Mampukah Elicha terus menerus hidup dalam genggaman lelaki itu atau lebih dikenali sebagai makhluk penghisap darah? ------------------------- Hey! Saja nak bagitahu yang saya ubah cara penulisan. Sebelum tu maaf ler kalau book ii sebelum ni dan sekarang banyak typo atau kesalahan bahasa. Biasa ler kalau dah idea mendadak timbul dalam otak ni, macam tu la jadinya. Takut idea tu hilang sebab saya jenis pelupa orangnya. ANYWAYS, THANKS ALWAYS SUPPORT SAYA HINGGA SEKARANG❤️💋MEMANG TERHUTANG BUDI SUNGGUH DENGAN U ALL🤍SAYA DOAKAN YANG ALWAYS BACA BOOK SAYA SENTIASA SIHAT DAN MURAH REZEKI SLALU🥺I LOPE YOU GUYS SO MUCH!!🫶🏻😘 _________________________________________ ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA MATA TIADA KENA MENGENA PUN YANG HIDUP ATAU YANG MATI. ⚠️NAK SERIUS? oh sorry.. INI BUKAN CERITA YANG TEPAT UNTUK AWAK DIBACA. ⚠️HARAP FAHAM KESALAHAN TATABAHASA ATAU TYPO. KALAU TAK FAHAM, KOMEN AJE. *NOTICE PENTING‼️ Cerita ni ala orang puteh punya style. Mean, NON MUSLIM punya jalan cerita. So, kalau berminat baca la, kalau tak, tak payah. >3<
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 69,078
  • WpVote
    Votes 2,097
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.
HANYA UNTUK SEDETIK ✔️ by nurnaein
nurnaein
  • WpView
    Reads 293,377
  • WpVote
    Votes 10,449
  • WpPart
    Parts 45
Uzzair | Camelia Segalanya bermula dengan pendustaan. Sepanjang hidup, pernah kau buat keputusan meninggalkan sesuatu yang sempurna demi mengejar sesuatu yang tidak pasti? --------------------- Hidup adalah pilihan. Kata orang, pilihan itu di tangan sendiri. Semestinya, benar sekali. Mengapa harus biarkan orang lain yang menentukan haluan hidup yang bakal kita lalui? "Awak yakin?" "Yakin, sebab itu jalan yang terbaik. Saya dah tak sanggup jadi hipokrit dan berpura-pura depan semua orang. Jadi tolong..." "Baiklah. As you wish. Tapi jangan pernah menyesal dengan pilihan ni." Ternyata, benar juga. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Andai saja boleh diputarkan waktu, takkan mungkin dia mengambil keputusan segila itu. Gila. Sungguh, dia menyesal! "Kalaulah..." Tidak pernah ada istilah 'kalau' kerana kehidupan juga berlandaskan takdir. Sudah terhidang peluang dan pilihan, mengapa dipersiakan? Di antara mereka, siapa yang akan berakhir dengan penyesalan? Benarkah pilihan yang telah mereka lakukan? Masihkah akan wujudnya sinar harapan? "Antara kau atau aku. Siapa yang pendusta?" "Kita." **** [Based on true story] •Digubah semula dengan idea author sendiri• No plagiat• Warning: Read carefully on each part. Don't skip any paragraph‼️
LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA by Arina_Elara
Arina_Elara
  • WpView
    Reads 126,033
  • WpVote
    Votes 3,743
  • WpPart
    Parts 60
Zareef Ilham, anak kedua dalam keluarga Tan Sri Yusof, ditemui mati di apartmennya dalam keadaan mencurigakan. Mayatnya dikelilingi petunjuk-petunjuk yang membingungkan, tetapi hanya satu nama yang tertulis di atas kertas dalam biliknya, Laila Hagia. Hagia, tunangan Ilham terkejut apabila dituduh sebagai suspek utama dalam kematian lelaki itu. Lebih parah, Nael Hayyan, abang Ilham yang selama ini menetap di London pulang ke Malaysia dengan dendam yang membara. Baginya, Hagia adalah penyebab kematian adiknya. Dia berikrar untuk menjatuhkan hukuman kepada perempuan itu dengan caranya sendiri. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mereka terpaksa berkahwin, dan itu memberi peluang kepada Nael untuk menyeksa Hagia tanpa belas kasihan. Tetapi semakin lama Nael hidup bersama Hagia, semakin dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perlahan-lahan, dia mula menyedari ada kejanggalan dalam bukti-bukti yang membuatkan Hagia kelihatan bersalah. Saat dia menyiasat lebih dalam, Nael mula sedar bahawa dia telah menjadi alat bagi seseorang yang lebih licik, seseorang yang telah lama merancang kehancuran mereka semua. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Ilham bukan mati kerana Hagia, tetapi kerana sebuah dendam lama yang ditanam dalam diam. Di saat Nael menemui kebenaran dan menyedari kesalahannya. Setelah sekian lama Nael membalas dendam kepada Hagia, kini dia ingin menjadikannya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya. Namun, adakah cinta masih ada untuk Nael, atau segalanya sudah terlalu terlambat? Antara Dendam dan Cinta, manakah pengakhirannya?
YOU ARE MINE (#2): HIS REGRET by NZA1125
NZA1125
  • WpView
    Reads 6,139,005
  • WpVote
    Votes 136,867
  • WpPart
    Parts 41
"Budak paling pandai dalam kolej dah jadi pelayan lelaki kelas atasan or should I call you a prostitute? But when I touched you several years ago,you still a virgin. I must be special to you,am I right?" - Tengku Alex Iskandar "Mind your own bussiness Tengku" - Zahira Aina Zahira Aina. Nama secantik tuan empunya badan. Namun kisah hidupnya penuh dengan penderitaan. Dia terpaksa berhenti belajar akibat kerakusan seorang lelaki. Hanya kerana satu penolakan kesucian dirinya diragut. Selama 7 tahun,Zahira cuba mengemudi semula hidupnya. Namun kembalinya lelaki tersebut menyuburkan kembali kedukaan. Bukan permohonan kemaafan yang diterima tetapi cacian dan hinaan yang berterusan daripada lelaki tersebut. Tengku Alex Iskandar. Anak kepada jutawan dunia. Dia juga bergelar jutawan di usia muda.Menjadi lelaki pujaan wanita daripada zaman universiti lagi.Dia playboy. Dia tidur dengan ramai wanita. Duit yang dimiliki boleh membeli sesiapa sahaja. Namun,hatinya terpaut dengan seorang gadis bernama Zahira Aina. Kerana satu penolakan,dia bertindak di luar kawalan. Kembalinya dia selepas 7 tahun membawa seribu satu muslihat dan dendam. Pelbagai cara digunakan supaya gadis itu tersungkur di kakinya. Namun kerana satu rahsia,dia jatuh tersungkur merayu dan meminta keampunan.
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 218,625
  • WpVote
    Votes 14,123
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Purrfect Match (Kita Yang Disusun Semesta) by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,953,066
  • WpVote
    Votes 382
  • WpPart
    Parts 12
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs
Pemilik Hati Kapten by pulutcendol
pulutcendol
  • WpView
    Reads 102,478
  • WpVote
    Votes 5,060
  • WpPart
    Parts 60
Adrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi,dia sudah tertarik dengan seorang perempuan ni. Ariena Haifa yang merupakan gadis kampung lepasan degree.Sedikit kasar dan kadang-kadang menjengkelkan.Pintu hati ditutup serapatnya kerana cinta monyet zaman sekolah yang tak bermoral tu. --------------------------------------- "Umi!Umi the best!",tak sangka uminya pilih orang yang dia tertarik. ---------------------------------------- "Buleh dok awok jangan kaca saya.Saya ade tunang doh!",marah Ariena. 'Tunang kau tu aku my heart!',bisik hati Adrien. Apa kesudahan kisah mereka berdua ni?Adakah bahagia?.
MR SNIPER ( COMPLETE ) by M1SS_IZQUEEN
M1SS_IZQUEEN
  • WpView
    Reads 54,525
  • WpVote
    Votes 1,673
  • WpPart
    Parts 38
ZAYDEN MIKAEL - Seorang ejen rahsia negara tetapi telah difitnah kerana membunuh kawan baiknya sendiri, Naufal sedangkan dia tidak sengaja.Dia telah dibuang kerja. Setelah insiden tersebut, dia nekad untuk mencari siapa yang telah mengkhianatinya. IMAN NUHA - Seorang gadis yang bekerja sebagai housekeeping disebuah hotel terkemuka di tanah air. Takdir telah menemukan mereka dihotel tempat Iman bekerja dan mereka terpaksa bekerjasama atas kehendak Zayden sendiri untuk mencapai matlamatnya. " Kenapa awak nak buru dia?" - IMAN NUHA " Jangan nak sibuk hal aku!" - ZAYDEN MIKAEL " Itu pun nak marah, tua nanti baru tahu." - IMAN NUHA Rupa-rupanya, dia hanya menjadi kambing hitam terhadap perbuatan orang lain. Misi mereka menjadi agak sukar apabila ada campur tangan dari pihak ketiga tetapi rancangan tetap diteruskan. Nyawa menjadi ancaman kalau mereka gagal. " Lepaskan dia!!" - ZAYDEN MIKAEL " Awak bunuh je dia Zayden!" - IMAN NUHA Mampukah Zayden membongkar rahsia kematian kawan baiknya dan siapakah dalang disebalik kejadian yang berlaku. Kalau nak tahu, kenalah baca MR SNIPER‼️‼️‼️ Start :11/08/2024 End : 13/09/2024 NO PLAGIAT❌ 💯 % IDEA SENDIRI