Read later (C) ♡︎
32 stories
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 411,601
  • WpVote
    Votes 15,487
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
SEEKING LOVE [COMPLETED] by arqareen
arqareen
  • WpView
    Reads 39,683
  • WpVote
    Votes 1,653
  • WpPart
    Parts 60
𝟑𝐑𝐃 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 Oh, love is kind of... unrequited. Am I, wrong? No. Yumna Mahjabeen. Jelita. Namun, benci akan cinta. "Do I have to tell you in sign language? I don't. love you!" - Yumna Setelah berkali-kali gagal bersama cinta, Yumna tidak lagi percaya akannya. Baginya, cinta hanyalah permainan dunia. Hanya, membuang masa, tenaga. Tetapi, Ayyan Zavian memaksanya. Memaksanya untuk kembali mengenal makna sebenar... sebuah percintaan. "Don't believe in my words but see my action. Sejuta kali kau reject aku sekali pun, aku akan tetap ada dengan kau. In your hard time, l'll be there." - Ayyan "Aku tak nak lalui semua tu lagi. Buang masa." - Yumna Adakah traumanya dapat disembuhkan semula? "Boleh ke aku percayakan kau?" - Yumna "Maaf. Aku rasa aku silap. Aku bukanlah pilihan yang terbaik untuk kau. Aku selfish." - Ayyan Atau... hanyalah sekadar trauma baru yang akan datang semula pada seorang Yumna Mahjabeen? "Never let me see your face again." - Yumna 🔞 VIOLENCE ⚠️ READ AT YOUR OWN RISK ⚠️ NO PLAGIARISM
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 739,796
  • WpVote
    Votes 25,847
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
C | His Little Parrot by elvryss
elvryss
  • WpView
    Reads 570,852
  • WpVote
    Votes 29,155
  • WpPart
    Parts 54
"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadis. Seorang COO of Delux Hotel. Anak tunggal dan sangat pandai berdikari. Berjumpa dengan seorang gadis dengan tidak sengaja dan sejak dari itu, dia dan gadis itu selalu terserempak sehingga lah perasaan aneh wujud di hatinya. "Encik, cuba encik senyum sikit. Asyik serius je. Semua orang takut tengok muka singa encik ni," Nur Adelaide Safrina • Gadis cantik berumur 20 tahun ini amatlah ceria perwatakannya. Dirinya yang amat peramah dan suka senyum itu membuat dirinya disenangi ramai. Namun, dalam sifat nya ceria itu tersimpan satu rahsia yang menyakitkan. Penderitaan, kesengsaraan hanya dia yang merasai nya. Berjumpa dengan jejaka itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan semuanya mula berubah. ❝𝑰'𝒍𝒍 𝒕𝒂𝒌𝒆 𝒄𝒂𝒓𝒆 𝒐𝒇 𝒉𝒆𝒓,❞ - Adam Darrius. Mampukah seorang jejaka sinis dan gadis yang ceria ini menggapai kebahagiaan bersama? Mampukah jejaka itu menahan telinga nya mendengar apa yang di katakan oleh si gadis? Dan mampukah mereka kekal bersama hingga hujung nyawa? 𝐀𝐝𝐚𝐦𝐱𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚𝐢𝐝𝐞 ♡︎ [ WARNING 📌 ] [ CRINGE ] [ A LOT OF TYPOS ] [ SWEET OVERDOSE ] [ GRAMMAR ERROR ] [ AKSI PEMBUNUHAN ] START ; 7 Januari 2022 END ; 15 April 2023
Pencinta Setiamu © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 473,220
  • WpVote
    Votes 23,763
  • WpPart
    Parts 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*
Rejuvenate Love [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 124,783
  • WpVote
    Votes 3,959
  • WpPart
    Parts 61
[THERES A LOT OF ERRORS IN HERE, SORRY IN ADVANCE] SINOPSIS Noah Khan - Seorang pemilik kafe dan doktor Psikologi yang berdedikasi, lelaki yang pada awalnya tidak mahu mencari pasangan hidup. Namun, takdir mengubahnya, dia menjadi seorang lelaki yang terluka kerana cinta manusia. Raja Hannah Eliana - Doktor pakar bedah dan bakal menjadi pemegang syarikat hospital empunya datuknya. Dia seorang yang berbakat, wanita penuh ego, keras hati, dan penuh rahsia. Cinta mereka bermula dari pertemuan tidak dirancang. Disulami ketawa, salah faham, dan janji-janji manis. Namun, cinta yang dibina akhirnya runtuh dek kesilapan, keangkuhan, dan ego masing-masing. Hannah menghilang tanpa jejak ke Perancis, meninggalkan Noah terkapai-kapai dalam luka dan kemarahan. Bertahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Noah kini tunangan Zeera, wanita yang pernah menjadi pengganti sementara dalam hidupnya. Hannah pula kembali, bukan untuk merayu cinta, tetapi untuk menebus dosa dan mungkin, mencintai semula dengan cara yang betul. Namun, cinta yang lama tak semudah itu kembali pulih. Tersimpan di sebalik mata Noah adalah benci yang berselindung di balik rindu. Sementara Hannah terpaksa berdepan dengan masa lalu yang menghantuinya, termasuk kisah pengorbanan Ishaan, lelaki yang menyelamatkannya dengan nyawa sendiri. Dugaan demi dugaan menguji mereka. Dari pertengkaran, fitnah, sehingga ke perpisahan yang hampir kekal. Tetapi apabila cinta itu benar, ia akan kembali dalam cara paling tidak terduga. Saat Noah akhirnya tahu kebenaran, dia sedar... dia tidak pernah berhenti mencintai Hannah. Dari kejatuhan, mereka bangkit. Dari luka, mereka membina harapan baru. "Rejuvenate Love" adalah kisah tentang bagaimana cinta sejati tidak pernah salah alamat. Ia hanya mengambil masa, air mata, dan keberanian untuk sampai ke takdirnya. Ia adalah tentang memaafkan, memilih semula, dan membina semula untuk cinta yang tidak pernah mati.
 LOVE HATE  by ftnfzyyy
ftnfzyyy
  • WpView
    Reads 715,010
  • WpVote
    Votes 29,902
  • WpPart
    Parts 59
𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «2𝐧𝐝 𝐁𝐎𝐎𝐊» ©2021• ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐃𝐘 𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐗 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐈𝐋𝐈𝐀˚ ༘♡ ·˚ gorgeous cover : @pplyoumayknow Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Adi dengan sikap bekunya manakala Ariana dengan sikap cerianya. Apa akan jadi bila Ariana mengejar si beku, Adi? Tanpa mereka sedari, mereka dapat melengkapi antara satu sama lain dengan sempurna. Bagaikan magnet, mereka tak dapat dipisahkan! Semakin kuat Adi Ashraf menolak, maka makin kuatlah Ariana Atilia menarik. Sehinggalah akhirnya mereka berakhir dengan sebuah perkahwinan. "Marry me." - Ariana Atilia. "I'm not crazy." - Adi Ashraf "Aku tak pernah cakap kau gila." - Ariana Atilia. "Jadi, kau nak cakap kau yang gila?" - Adi Ashraf "Gilakan kau? Yes, I am." - Ariana Atilia. 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓: 31 • 1 • 2021 𝐄𝐍𝐃: 29 • 8 • 2021 #1 𝗜𝗻 𝗿𝗮𝗻𝗸𝗶𝗻𝗴 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 5/8/2021 © 2021 By ftnfzyyy All right reserved No plagiat allowed.
C |  Warkah Cinta Terindah by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 105,614
  • WpVote
    Votes 3,535
  • WpPart
    Parts 43
"Siapa kau sebenarnya?" suara garau itu, memecah keheningan malam itu. Pandangan matanya tajam menikam pada wajah polos itu. "Aku tanya... siapa... kau sebenarnya?" soalan itu diulang lagi oleh Megat Nufail. Nafasnya dihela kasar, dada bidangnya jelas kelihatan berombak. "Jawab!" tengking lelaki itu. Langkahnya kian mendekati tubuh wanita yang kecil itu hingga rapat bersandar pada dinding. Anak mata mereka berdua saling bertaut. "S..saya..." suara Indah Qasreena serak, dia menelan liur. Renungan Megat Nufail semakin tajam, seolah pisau belati yang menikam. "Kau isteri aku. Aku percayakan kau... Ini yang kau balas? Siapa kau!" tengkingnya lagi. Megat Nufail semakin mendesak Indah Qasreena untuk memberikan jawapan. Tak semena-mena, segaris senyuman sinis merekah di bibir Indah Qasreena. "Jadi... kau dah tahulah ya?" ucapnya, dingin. Megat Nufail menghentak tangannya ke arah dinding. Dia mendekatkan wajahnya. Renungan matanya masih tajam dan tidak berganjak dari wajah polos isterinya. Indah Qasreena segera menepis tangan Megat Nufail. "Siapa pun aku... aku dah jadi isteri kau. Isteri kau yang sah." sinis, senyuman semakin melebar di wajahnya. Megat Nufail menggenggam erat pada tangannya, cuba menelan sabar yang semakin membara di ruang hatinya. "Kau...!" ucapnya, menahan marah. Indah Qasreena hanya menatap wajah suaminya yang sudah merah padam itu. "Nak pukul? Pukul lah," dia cuba memarakkan lagi api yang sudah tersedia membara. PANG! Satu tumbukan dilaynangkan tepat di sisi wajah Indah Qasreena. Nafas kasar Megat Nufail jelas kedengaran. "Aku belum dayus lagi, untuk pukul perempuan," ujar Megat Nufail, dingin. Start: 26th September 2025 End: 23rd November 2025
Dendam Dalam Cinta [REVAMPED] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 739,866
  • WpVote
    Votes 22,692
  • WpPart
    Parts 85
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.