arfannormal's Reading List
22 stories
Tengku Zayn Aryan : His Obsession, His Love [OG] SLOW UPDATE  by ryneviera
ryneviera
  • WpView
    Reads 40,282
  • WpVote
    Votes 1,613
  • WpPart
    Parts 28
Avelyn Zayra hanya ingin menjalani kehidupan biasa di universitinya. Semuanya berubah apabila dia bertemu dengan Tengku Zayn Aryan, pensyarah muda yang penuh dengan misteri. Zayn tidak seperti pensyarah lain. Dia terlalu tenang, terlalu serius dan yang paling penting terlalu fokus padanya. Setiap pergerakannya seolah-olah diperhatikan. Setiap perbualan mereka dipenuhi dengan kata-kata yang tersirat makna. Semakin lama, Avelyn mula merasakan bahawa pertemuan mereka bukanlah kebetulan. Siapa sebenarnya Tengku Zayn Aryan? Kenapa dia begitu mengambil berat tentang Avelyn atau lebih tepat lagi, kenapa dia begitu terobsesi dengannya? Dalam dunia yang penuh rahsia, antara perlindungan dan obsesi, antara cinta dan kawalan, Avelyn perlu mencari jawapan sebelum dia tenggelam dalam permainan yang tidak pernah dia fahami. "Siapa Owl?" - Avelyn Zayra. Start : 8/2/25 End :
FIGHT FOR YOU by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 45,870
  • WpVote
    Votes 5,174
  • WpPart
    Parts 8
[SPORT ROMANCE 2] Dia tiada sesiapa. Dia tiada apa-apa. Tapi takdir mempertemukannya dengan lelaki yang mengubah segalanya. Naureen Arani. Gadis yang dipandang sepi oleh dunia. Hidupnya hanyalah sisa - berbekas luka, berdiri di hujung jalan yang tiada arah. Namun semuanya berubah dalam satu pertemuan tidak dijangka... saat dia bertembung dengan Rizqin Yasla - lelaki misteri, tenang, dan berhati beku. "Kenapa awak peduli sangat? Kita baru kenal sepuluh minit." "Aku peduli... sebab aku manusia. Bukan sebab kau istimewa pun. Jadi, jangan cepat sangat nak perasan." Dari asing menjadi sahabat, dari gurauan menjadi pengubat, dan dari tangisan menjadi pengikat. Tapi di balik wajah ceria Ara, tersembunyi satu kebenaran yang boleh mengubah segalanya. "Kita masih boleh jadi kawan kan, Iqi?" - NAUREEN ARANI "Jangan panggil aku Iqi... Nama aku Riz." - RIZQIN YASLA Dan sejak saat itu, dunia yang pernah mempertemukan mereka... mula meleraikan satu demi satu simpul persahabatan yang terbina. Dalam sekelip mata, insan yang dulunya digelar sahabat, kini berdiri sebagai musuh diam, dipisahkan oleh ego, luka lama dan salah faham yang tak pernah terjelaskan. Ara menghilang tanpa khabar. Namun demi sebuah penyesalan... dia kembali. Tapi bukan lagi sebagai Ara yang penuh celoteh dan jenaka spontan. Kali ini, dia kembali sebagai Naureen, wanita yang berbeza. Matang. Tersusun. Penuh rahsia. "Saya nak belajar boxing dari awak. Be my personal trainer. One-on-one. Exclusive. Just me... and you. I don't do crowd." - NAUREEN ARANI "Maaf, Cik Naureen. Tapi saya tak terima sesiapa untuk belajar di RCA. Terutama... awak." - RIZQIN YASLA Rizqin sudah membina tembok. Tapi Naureen tak berniat untuk berundur. Tetapi dalam permainan yang penuh amarah dan ego ini, mampukah mereka kembali menemui diri mereka yang sebenar, atau akhirnya, mereka hanya akan menjadi dua jiwa yang saling terluka? "Betul ke perasaan benci awak lebih dalam daripada rasa sayang pada saya?" START : 23 APRIL 2025
The Lavender Roses: Tengku Ammar Dareeq. by Fally_Illy
Fally_Illy
  • WpView
    Reads 301,676
  • WpVote
    Votes 7,871
  • WpPart
    Parts 57
[Completed] Bagi orang ramai Tengku Ammar Dareeq merupakan CEO dan juga duda hot Malaysia yang mempunyai 2 orang anak lelaki kembar yang berusia 3 tahun. Ayreen Elina pula merupakan cikgu di sekolah menengah Tanjung Kemboja tempat di mana ayahnya duly berkerja dan tempat Ammar menimba ilmu. "Adik ingat lagi tak bekas murid ayah Tenguk Ammar Dareeq?" -Encik Irsyad Siapa sangka pertemuan kembali di majlis tunang abang Ayreen membuatkan cinta diantara mereka berputik. ⚠️ terlalu banyak kesalahan bahasa dan typo.⚠️
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 418,411
  • WpVote
    Votes 17,659
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Dari Benci Jadi Rindu (OG) by arfannormal
arfannormal
  • WpView
    Reads 36
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 9
Dia, si gadis keras kepala yang tak suka drama. Dia, si jejaka selamba yang tak reti serius. Alya Imani dan Harith Rayqal - musuh sejak hari pertama sekolah menengah. Tiap kali bertembung, mesti ada perang mulut. "Kalau awak diam satu hari je, dunia boleh aman." "Aman tu bosan. Saya suka tengok awak marah." Tapi bila takdir memaksa mereka bekerjasama untuk projek sekolah, sesuatu yang tak dijangka berlaku. Dari usikan, jadi perhatian. Dari perhatian, jadi rasa. Rasa yang mereka cuba nafikan. "Saya tak tahu sejak bila... tapi awak buat saya fikir dua kali." "Apa yang awak fikirkan?" "Sama ada saya masih benci awak... atau sebenarnya saya dah mula suka." Namun, tak semua kisah cinta berjalan lurus. Mereka dipisahkan selama dua tahun - tanpa khabar, tanpa janji. Bila bertemu semula, hati sudah dewasa, tapi luka lama masih berdarah. "Saya cari awak dalam semua orang... tapi tak pernah jumpa yang sama." "Sebab awak tinggalkan saya waktu saya paling perlukan." Kini, mereka harus memilih - biarkan masa lalu terus jadi luka, atau beri peluang pada cinta yang tak pernah padam. Sebuah kisah dari musuh ke kawan, dari kawan ke kekasih, dan dari kekasih ke... siapa tahu?
CLANDESTINE - ALL THE SECRETS REVEALED by daisieerr
daisieerr
  • WpView
    Reads 4,215
  • WpVote
    Votes 137
  • WpPart
    Parts 17
WATAK UTAMA ARSHAN MAURICE AFEEYA MIKAYLA TUAN EIJAZ HARZAN ADELINE ZAHRAA Jangan lupa kasi vote kat kita okey?!! Luv you guys! Happy reading!
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐘𝐀𝐃 ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 3,357,592
  • WpVote
    Votes 30,039
  • WpPart
    Parts 8
(Terbit PBAS 2023) Keputusan mereka untuk berkahwin bukan hanya sebab saling mencintai. Tapi ada lagi sebab lain. Redza mahu menyingkirkan sikap buruknya. Dan, Zya pula ingin bersama Redza untuk menutupi kisah silamnya. Sepenuh hati, dia percaya Redza boleh menerima buruk baiknya. Namun, segalanya bertukar apabila dia bertentang mata dengan lelaki yang diperkenalkan oleh Redza kepadanya. Lelaki itu alfa. Rupanya, tuturnya dan tingkahnya mampu menggoyahkan mana-mana hati wanita. Dia... Ziyad Al Falikh. "Perkenalkan, ini daddy I. Harap you dan daddy I boleh get along." - REDZA AZHAD "Daddy?" - ZYA MIKAYLA "In specifically, your sugar daddy?" - ZIYAD AL FALIKH Ziyad Al Falikh pernah bergelar "sugar daddy" pada Zya tiga tahun lepas. Dan, itulah kisah silam yang cuba ditutup kemas olehnya selama ini. Sekarang, bagaimana dia mahu tinggal sebumbung dengan lelaki itu dan menganggapnya sebagai bapa mentua? Gawat! "Zya, I already told you before. Kau tak mungkin dapat lari daripada aku. Kau ingat lepas kau sedap-sedap kikis duit aku, kau boleh berhambus begitu saja? You're mine love. My only one." - ZIYAD AL FALIKH "Saya dan Redza akan berkahwin tak lama lagi. Tuan tak perlu ganggu saya lagi!" - ZYA MIKAYLA "Should we play a game then? Attempt to get rid of me. I want to see how far you can go. You know, sayang... I really miss you."- ZIYAD AL FALIKH Apa akan jadi pada hubungan Zya dan Redza? Apakah Zya mampu lari dari Tuan Ziyad yang sentiasa mengejarnya?
Bukan Cinta Sempurna ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 2,426,472
  • WpVote
    Votes 28,764
  • WpPart
    Parts 11
(Terbit PBAKL 2024) (ADAPTASI DRAMA AKASIA BUKAN IPAR SEMPURNA DI TV3) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
BIDADARI TUAN ELQAR |PBKL25 by thenssya
thenssya
  • WpView
    Reads 723,844
  • WpVote
    Votes 16,295
  • WpPart
    Parts 27
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
Ustaz Faqih Ruzain [Ebook dan Buku Fizikal] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 164,700
  • WpVote
    Votes 1,693
  • WpPart
    Parts 7
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.